22/06/2026
Insurance: Adakah Insurans, Cukai Untuk Orang Yang Tak Pandai Kira?
Ada dua orang bergaduh:
Orang A cakap:
"Aku baik simpan RM1,000 sebulan daripada bayar insurans. Kalau sakit nanti aku bayar sendiri."
Orang B cakap:
"Jangan buat macam tu! Nanti bankrap. Kena ada insurans."
Siapa betul?
Jawapannya...
Dua-dua boleh jadi betul. Bergantung pada keadaan.
Pertama sekali kena faham macam mana syarikat insurans buat duit.
Bayangkan macam ni.
100,000 orang bayar insurans.
Setiap orang bayar RM100 sebulan.
Jumlah duit yang syarikat kutip ialah...
RM10 juta sebulan.
Daripada RM10 juta tu...
Claim pelanggan mungkin RM6 juta
Gaji pekerja RM1 juta
Kos operasi RM1 juta
Baki RM2 juta...
Itulah untung syarikat.
Kalau syarikat selalu rugi...
Mereka dah lama tutup kedai.
Maksudnya...
Secara purata, pelanggan memang bayar lebih daripada apa yang mereka claim.
Kalau tak macam mana syarikat nak untung?
Jadi kenapa orang masih beli insurans?
Hanya ada 3 sebab.
1. Sebab diwajibkan
Contoh:
Insurans kereta Third Party
MRTA rumah
Kalau kerajaan atau bank wajibkan...
Nak tak nak kena beli.
2. Sebab kita tak mampu tanggung risiko
Contoh.
Rumah terbakar.
Kos bina semula mungkin RM600,000.
Ada simpanan RM600,000?
Kalau tak ada...
Insurans memang penting.
Contoh lain.
Masuk ICU.
Bil hospital RM300,000.
Kalau simpanan cuma RM20,000...
Memang habis.
Sebab tu medical card penting.
3. Sebab kita tahu risiko kita lebih tinggi
Contoh.
Ada penyakit
Nak bersalin
Kerja bahaya
Selalu memandu jauh
Kalau kita memang berisiko tinggi...
Insurans lebih berbaloi.
Jangan fikir insurans boleh jimat duit.
Ramai fikir macam ni.
"Aku beli medical card supaya tak payah bayar hospital."
Sebenarnya...
Insurans bukan untuk jimat duit.
Insurans ialah...
Pindahkan risiko besar kepada syarikat insurans.
Contoh mudah.
Pilihan A.
Bayar RM300 sebulan.
10 tahun.
RM300 × 12 × 10
= RM36,000
Tak pernah masuk hospital.
Rugi ke?
Secara matematik...
Ya.
Sebab tak guna langsung.
Tetapi...
Kalau tahun ke-5 tiba-tiba kena kanser.
Bil hospital RM600,000.
Medical card bayar.
Masa tu RM36,000 tadi rasa sangat kecil.
Penulis artikel kata...
Kalau dah ada simpanan yang banyak...
Mungkin tak perlu beli semua jenis insurans.
Contohnya.
Jam Rolex hilang.
Harga RM50,000.
Kalau akaun bank ada RM5 juta...
Tak perlu pun insurans jam.
Beli je jam baru.
Kereta p**a macam mana?
Kalau kereta lama.
Nilai cuma RM10,000.
Dan kita ada simpanan RM300,000.
Kalau kemalangan...
Boleh beli kereta lain.
Jadi mungkin tak perlu Comprehensive Insurance.
Third Party pun cukup.
Extended Warranty p**a?
Beli laptop RM4,000.
Kedai offer warranty tambahan RM500.
Patut ambil?
Biasanya...
Tak.
Sebab syarikat warranty dah kira awal-awal.
Mereka tetap untung.
Life Insurance p**a?
Kalau pasangan kita dah cukup kaya dan mampu sara hidup sendiri...
Life Insurance mungkin tak perlu.
Tetapi...
Kalau isteri dan anak bergantung kepada pendapatan kita...
Life Insurance sangat penting.
✔ Ambil deductible paling tinggi supaya premium murah.
✔ Bandingkan harga beberapa syarikat.
✔ Duit premium yang berjimat tu simpan dan laburkan.
Lama-lama...
Kita jadi "syarikat insurans" untuk diri sendiri.
Kesimp**annya
- Insurans bukan alat untuk menjimatkan duit.
- Insurans ialah alat untuk melindungi kita daripada kerugian yang kita tak mampu tanggung sendiri.
- Kalau sesuatu kerugian kita boleh bayar sendiri tanpa menjejaskan kewangan, mungkin tak perlu insurans untuk perkara itu.
- Kalau kerugian itu boleh menyebabkan kita bankrap atau mengganggu kehidupan keluarga, insurans sangat berbaloi walaupun secara purata kita mungkin bayar lebih daripada jumlah yang kita claim.