02/09/2020
PES CILI SEGERA by DAPO MAMA
Atau INSTANT CHILLI PASTE
Berat: 1kg
Tahan disimpan di dalam peti sejuk selama 6-12 bulan
Pes cili segera yang siap dimasak selama 7 jam. Sangat mudah untuk kaum ibu yang hendak memasak apa juga jenis sambal, makanan bergoreng seperti mihun, mee, kuew teow. Tumis bawang putih masukkan pes cili segera yang siap mengandungi bawang merah, goreng beberapa minit, kemudian masukkan telor atau ikan bilis goreng atau sotong. Boleh juga digunakan untuk masakan lain seperti asam pedas, rendang dan pelbagai jenis masakan yang berasaskan cili.
SEDAP: tak pedas, bau harum, tak pahit
SENANG: tak perlu nak pedihkan jari jemari nak kisar cili kering
CEPAT: proses menumis jadi singkat sebab cili pes sudah dimasak selama 7 jam