Ashraf Prubsn takaful

Ashraf Prubsn takaful Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ashraf Prubsn takaful, Sungai Buloh.

Apa itu hibah takaful ????Ramai lagi antara kita masih cetek ilmu mengenai hibah takaful. Kita sebagai seorang muslim di...
14/09/2021

Apa itu hibah takaful ????

Ramai lagi antara kita masih cetek ilmu mengenai hibah takaful. Kita sebagai seorang muslim disarankan untuk bersedia sebelum ditimpa apa2 sahaja yg berlaku di luar duga. Cth kematian dan cacat kekal yg akan mengakibatkn punca pendapatan keluarga kita putus.

Hibah ni dalam bahasa arab bermaksud hadiah.
Hadiah yg kita akan wariskan kepada keluarga dan kaum kerabat jika berlaku kematian keatas kita nanti. Kita tidak mahu kelarga kita yg ditinggalkan berada dalam kesusahan apabila kita meninggalkan mereka nnti. Oleh sebab yg demikian hibah takaful dapt membantu mnyelesaikan masalh yg dihadapi.

Kepentingan dan Kelebihan Hibah Bersyarat dan Hibah Takaful

• Paling penting, apabila berlaku kematian, segala aset akan dibekukan kecuali Pelan Takaful. Maka, segala Pampasan Takaful boleh diterima dengan cepat tanpa sebarang tangguhan.

• Boleh digunakan untuk menguruskan proses pencairan harta Wasiat dan Faraid.

• Boleh digunakan sebagai harta sementara sebelum harta-harta lain yang melalui Wasiat dan Faraid boleh diterima.

• Menyelesaikan perbelanjaan keluarga untuk beberapa tempoh.

• Segala hutang tertunggak boleh diuruskan keluarga dengan mudah dan pantas.

• Penama adalah penerima mutlak.

• Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja tidak kira ahli faraid atau bukan.

• Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid.

• Hibah tidak boleh dipertikai. Maka ia boleh mengelakkan daripada konflik keluarga seperti perebutan pampasan.

Boleh pm untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hibah takaful.

Attention Kepada kwn kwn yang sudah membeli rumah..untuk pengetahuan kalian Semu:MLTT/MLTA vs MRTT/MRTA—————————————-Umu...
05/11/2020

Attention Kepada kwn kwn yang sudah membeli rumah..untuk pengetahuan kalian Semu:

MLTT/MLTA vs MRTT/MRTA
—————————————-
Umum yg membeli rumah pasti tau apa tu MLTT/MLTA dan juga MRTT/MRTA. Kalo yg xtau, tu adalah insuran utk rumah kita.

Biasanya bank akan offer siap2 MRTT/MRTA tu. Tp tahukah kita sebenarnya kita boleh tolak insuran tu dan ambil MLTT/MLTA yg lebih berbaloi.

Jadi, pada yg dah memiliki rumah xda masalah. Anda juga boleh tukarkan insuran anda kepada MLTT/MLTA. Dan bayaran MRTT/MRTA anda akn dikembalikan semula. Dengan bayaran semula tu, anda boleh memiliki pelan MLTT/MLTA yg lebih berbaloi itu.

Nk tau apa beza MRTT/MRTA vs MLTT/MLTA anda boleh refer gmbar rajah di bawah.

Untuk keterangan lanjut, boleh book slot appointment anda dengan sy. Penerangan adalah percuma. 😊

p/s : mrtt - mortage reducing term takaful
mrta - mortage reducing term assurance
mltt - mortage level term takaful
mlta - mortage level term assurance

Nak detail...kena roger. Insyaallah kita kasi clear

MINTA MAAF SAYA TAK JADI AMBIL TAKAFULRamai yang bila tak jadi ambil TAKAFUL, mereka minta maaf dengan ejen. Jangan mint...
25/10/2020

MINTA MAAF SAYA TAK JADI AMBIL TAKAFUL

Ramai yang bila tak jadi ambil TAKAFUL, mereka minta maaf dengan ejen. Jangan minta maaf dengan ejen.

Tapi,

Minta maaf dengan diri sendiri, pasangan, anak-anak & keluarga.

Saya TAK JADI ambil TAKAFUL,

Bermakna saya TAK JADI tinggalkan wang untuk menyara hidup mereka bila saya di panggil mengadap Illahi.

Saya TAK JADI ambil TAKAFUL,

Bermakna saya TAK JADI sediakan wang untuk menyara keluarga bila saya diuji lumpuh, cacat kekal @ mengidap penyakit kritikal dan tiada sumber pendapatan lagi.

Saya TAK JADI ambil TAKAFUL,

Bermakna saya TAK JADI sediakan dana perubatan, bila perlu bayar bil hospital puluhan ribu.

Bila datang saat itu, masih mahu minta maaf dengan ejen?

JANGAN MINTA MAAF DENGAN SAYA, SAYA OKAY 😊

So for those who understands this, do not hesitate to reach out to me for help..I am ready to fulfill my duty to help YOU and YOUR FAMILY..the sooner you decide, the quicker you can get those worries away.

12/10/2020
Nak cakap pasal Takaful masa reunion tak sesuai nanti kena p**au dengan member. Masa birthday tak sesuai takkan nak semb...
05/10/2020

Nak cakap pasal Takaful masa reunion tak sesuai nanti kena p**au dengan member.
Masa birthday tak sesuai takkan nak sembang pasal musibah kot.
Masa weekdays tak sesuai balik kerja tak mahu fikir dah benda berat.
Masa lunch time tak sesuai nak rushing masuk kerja balik

Masa public holiday tak sesuai nak jalan jalan nanti jadi mood killer p**a.
Nak tahu bila masa sesuai cakap pasal Takaful? Bila doktor suruh sediakan RM 200 000 untuk transplant buah pinggang. Masa ni paling sesuai cakap pasal Takaful.

Yang nak tunggu income cecah 5 angka tiba tiba sanggup mencarum sampai 4 angka.
Yang nak tanya bini dulu tiba tiba boleh buat keputusan sendiri.
Yang biar polisi Lapsed tiba tiba kalut nak Revival semula.
Yang nak survey dulu tiba tiba dah habis survey.
Yang busy tiba tiba jadi free nak jumpa Agen.
Yang nak fikir dulu tiba tiba dah habis fikir.
So nk tanya awak ni. Bila masa sesuai kita nak jumpa cakap pasal Takaful?

Kredit ejen takaful wasiat hibah

02/10/2020

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki:

Bacalah selalu
1 . La hawla Wala Quwwata Illa billah
2. La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
3. Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
4. Baca Surah Al ikhlas
5. Baca Surat Al Waqiah
6. Selawat ke atas Nabi
7. Beristighfar

01/10/2020

Ada orang tangguh ambil Takaful sebab Nak beli kereta/rumah. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚/𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥.

Ada orang tak nak bayar Takaful sebab nak kumpul duit kawin. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐠 𝐲𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐭𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐬 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Ada orang tak nak ambil Takaful sebab nak melancong luar negara. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐠 𝐲𝐠 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 '𝐦𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠' 𝐤𝐞 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐳𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐢𝐭𝐮𝐥𝐦𝐚𝐥 𝐮𝐭𝐤 𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥.

Kita sedar risiko boleh berlaku bila bila tapi apa usaha kita dah buat? Bersediakah kita andai diuji? Beringat ketika masih sihat, asingkan 10% gaji utk protect 100% pendapatan kita.😚

Usha dulu baru tawakal.
Ke tawakal dulu baru usha?

JOM BERLAGAK SEPERTI ORANG  KAYA!!!Nak merasa jadi orang kaya? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :1. Lepas maka...
25/09/2020

JOM BERLAGAK SEPERTI ORANG KAYA!!!

Nak merasa jadi orang kaya?
Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani p**ak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita p**a yg akan menerima!

Cuba Lepas tu Try ye...

Editor
PAP...

Inspiration Motivation Quotes

21/09/2020

Memberi adalah pilihan,
Buat baik adalah pilihan,
Senyum adalah pilihan,
Beri laluan adalah pilihan,
Tolak ansur adalah pilihan,
Sikap baik adalah pilihan,
Disiplin adalah pilihan,
Bercakap baik adalah pilihan,
Fikir baik adalah pilihan.

Kita adalah apa yang kita pilih. Betul di situ, betul semua. Salah di situ, salahlah semua.

Begitulah.

Syurga juga adalah pilihan kan

20/09/2020

Airbag kereta.
Alat pemadam api.
Security guard.

Apa persamaan benda2 di atas?

Semua benda di atas ni benda/perkara yang kita kena ada/wajib ada, tetapi tidak pernah terdetik di hati kita nak ‘guna’ @ ‘pakai’ benda/perkara di atas kan?

Ada tak orang beli kereta, cakap dekat salesman, “bang saya tak nak la variant yang ada airbag. Saya rasa membazir, kalau amik yang takdak airbag murah sikit kan.” Ada tak?

Ada tak orang yang dalam rumah dia takdak alat pemadam api? Terkejut kan, memang ramai yang takdak benda ni di rumah. Hahaha. Ya kena pi beli at least satu fire extinguisher ni letak di rumah. Tapi yang mana yang dah ada, pernah terfikir “hmm bila la rumah aku nak terbakaq ni, aku beli pemadam api ni tak guna pun rugi la.” Ada tak?

Ada tak orang yang mendapatkan khidmat bodyguard di kediaman/di kilang dsb lepas tu pi dok berdoa, “ya Allah, bagi la pencuri mai masuk rumah aku, bari berbaloi aku amik khidmat pak guard ni.” Ada tak?

Takda kan. Tapi orang tetap nak kan benda/perkara di atas ada bila depa beli kereta, ada rumah etc. Sebab apa? Persediaan awal andai berlaku situasi yang memerlukan.

Kalau kereta, andai kata kemalangan, airbag tu boleh kurangkan impak/kecederaan.
Kalau rumah, jika kebakaran sekurang2nya dapat control/padam terus api tu sebelum tunggu bomba sampai.
Kalau security guard, sekurang2nya dia boleh belasah pencuri sebelum tunggu bantuan sampai.

Begitulah Takaful sahabat2, satu perkara yang sudah menjadi keperluan pada hari ini. Tapi kita yang mencarum takaful ni tak pernah berdoa untuk sakit/cacat etc sebab nak pastikan takaful tu ‘berbaloi’. Kita ikhtiar, andai ada keperluan untuk dapatkan rawatan yang menelan belanja yang besar, kita dah ada persediaan. Andai ada kehilangan nyawa, yang ditinggalkan tidak perlu meminta minta untuk teruskan kehidupan.

“Bertawakkal kepadanya, tapi jangan lupa tambat unta kamu.”

Thanks lah baca sampai habis. Harapnya mesej yang nak disampaikan tu sampai lah.

😊

Credit

10/09/2020

Prudential BSN Takaful covers 43 types critical illness.

Why do you need coverage for critical illness?

Because once diagnosed with any critical illness, our health won't be the same anymore.

Address

Sungai Buloh

Telephone

+60189744890

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ashraf Prubsn takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share