23/09/2022
Ramai Yang Tersilap Tentang Income Replacement dan Income Protection. Ini Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu.
Ramai yang tahu bahawa pelan penggantian pendapatan (Income Replacement) dan pelan perlindungan pendapatan (Income Protection) sangat penting terutama kepada individu yang bekerja.
Apakah perbezaan antara Income Replacement dan Income Protection ini? Adakah kedua-duanya adalah satu pelan yang sama?
1โฃ Penggantian Pendapatan (Income Replacement) :
Satu pelan yang berfungsi untuk menggantikan pendapatan jika anda tidak dapat lagi bekerja akibat daripada cacat kekal atau menghidap penyakit kekal.
Selain itu, pelan ini juga berfungsi sebagai penggantian pendapatan kepada individu yang anda tanggung (seperti pasangan dan anak-anak) apabila berlaku kematian.
Pelan yang sesuai untuk income replacement adalah Pelan Hayat Takaful (Life Takaful Plan) atau simpanan anda sendiri (jika ada dan mencukupi).
2โฃ Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
Satu pelan yang berfungsi untuk melindungi pendapatan anda jika menghadapi masalah kesihatan atau kemalangan yang menyebabkan anda terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatakan rawatan.
Pelan ini memastikan pendapatan bulanan anda dilindungi dan tidak diusik apabila anda dimasukkan ke hospital.
Pelan yang sesuai untuk income protection ini adalah kad perubatan (Medical Card) yang disediakan oleh syarikat takaful/insuran.
Adakah Income Protection Sudah Mencukupi? Jika anda sudah mempunyai kad perubatan, anda sudah melindungi pendapatan anda. Namun, anda perlu pastikan manfaat kad perubatan anda adalah mencukupi untuk memastikan pendapatan anda dilindungi sepenuhnya.
Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai Income Protection tetapi tidak ramai yang mempunyai Income Replacement yang mencukupi.
Untuk bantuan dan nasihat mengenai kedua-dua pelan ini, boleh hubungi saya ya.
Wawa
Perunding Takaful
www.wasap.my/+60172028755