17/08/2026
SEJAMAS GROUP JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KOPERASI AFATS BERHAD
Pada 15 Ogos 2026, Sejamas Group telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Koperasi AFATS Berhad bersempena Mesyuarat Agung Tahunan koperasi yang berlangsung di Shah Alam Selangor Club.
Kerjasama ini membuka ruang kepada ahli Koperasi AFATS untuk menikmati kemudahan dan manfaat yang ditawarkan oleh Sejamas Group, khususnya melalui Program Bateri PERCUMA apabila memperbaharui insurans kenderaan komprehensif melalui Sejamas Group.
Bagi Sejamas Group, kerjasama bersama Koperasi AFATS Berhad merupakan satu lagi langkah dalam usaha kami memperluaskan akses kepada perkhidmatan yang lebih mudah, bernilai dan memberi manfaat terus kepada masyarakat.
Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Koperasi AFATS Berhad dan berharap kerjasama ini akan terus berkembang serta memberi manfaat kepada lebih ramai ahli pada masa akan datang.
Perbaharui insurans komprehensif. Nikmati perlindungan. Dapatkan bateri PERCUMA.