26/11/2021
Takaful dan Insurans memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita sekarang. Ini kerana, perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, kerugian harta benda atau kematian boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Adakah korang ingin dapatkan perlindungan insurans yang terbaik? Di sini Qoala akan bantu korang dengan membandingkan ciri-ciri insurans takaful dan konvensional supaya anda boleh memilih pelan insurans mengikut citarasa korang..
Apa itu insurans takaful? Takaful ini adalah satu konsep insurans yang berlandaskan hukum Syariah. Secara asasnya konsep takaful adalah berteraskan kerjasama, tanggungjawab, perlindungan atau erti kata lain ia memberikan perlindungan ke tas aset bersama dan menawarkan perkongsian risiko sesama ahli. Buat pengetahuan korang, syarikat takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984.
Syarikat Insurans Takaful ditubuhkan di Malaysia sebagai satu alternatif untuk korang beralih daripada syarikat insurans konvensional yang dipercayai membawa unsur riba’, maisir, dan al-gharar kepada syarikat perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan Syariah dan Agama Islam.
.
*Sebab Utama Wajib Mempunyai Takaful Sebagai Perlindungan*
1. Semua orang berhadapan dengan risiko
Korang wajib mengambil insurans takaful sebagai alat perlindungan adalah kerana korang sentiasa berhadapan dengan risiko. Cumanya, masa dan tempat risiko itu berlaku sahaja yang korang tidak ketahui dan kebarangkalian untuk korang berhadapan dengan risiko adalah tinggi. Sebagai contih, semakint tinggi usia korang semakin tinggi risiko yang akan korang hadap. Jadi, insurans takaful membantu korang untuk hadapi risiko ini di mana korang akan mendapat perlindungan atau pampasan untuk sekiranya korang ditimpa musibah.
2. Melindungi harta dan aset
Bukan itu sahaja, korang wajib ada insurans takaful supaya harta dan aset korang dilindungi daripada sebarang musibah. Kalau korang tiada insurans takaful, korang mungkin harus mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk membiayai kos-kos seperti kos pembaikan rumah. Jadi, korang kena tahu yang takaful bukan sahaja melindungi diri korang tetapi juga harta benda korang daripada sesuatu musibah.
3. Untuk membantu orang lain
Selaras dengan definisi takaful itu sendiri, pembelian takaful membolehkan korang membantu orang lain kerana takaful adalah berteraskan kontrak tabarru iaitu derma ikhlas daripada ahli ahlinya. Dalam erti kata lain, korang boleh membantu orang lain yang ditimpa musibah apabila korang membuat bayaran ataupun dipanggil derma..
*Panduan Membeli Insurans Takaful*
Di sini kami ada menyediakan beberapa tips untuk korang membeli insurans takaful supaya korang boleh memilih takaful yang memberikan perlindungan terbaik kepada korang.
1. Selidik jika mereka ejen berdaftar bawah MTA (Malaysian Takaful Association)
Untuk pengetahuan korang, semua ejen syarikat yang menawarkan perkhidmatan Takaful perlu berdaftar dengan MTA sebelum menjual produk Takaful. Jadi korang harus selidik dahulu sama ada ejen itu berdaftar di bawah MTA ataupun tidak untuk mengelakkan penipuan berlaku. Korang boleh semak status pendaftaran ejen Takaful dengan MTA di laman web MTA atau semak senarai penuh syarikat Takaful berlesen di Malaysia di lama web Bank Negara Malaysia.
2. Ambil tahu keperluan jumlah perlindungan
Jumlah perlindungan yang setiap orang dan diri korang sendiri perlukan adalah berbeza, jadi korang harus mengenalpasti keperluan jumlah perlindungan. Korang disarankan untuk mengambil jumlah perlindungan 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan korang seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia, LIAM). Sebagai contoh, jika pendapatan tahunan korang adalah sebanyak RM40,000, maka korang harus mengambil jumlah perlindungan sebanyak RM300,000. Sebelum korang ingin mengambil sebarang produk perlindungan insurans takaful, korang mesti membuat kira-kira dulu berapakah jumlah perlindungan yang korang perlukan. Bila korang dah tahu jumlah perlindungan korang, senanglah korang nak berbincang dengan ejen insurans takaful nanti.
3. Pilih manfaat atau risiko yang korang ingin lindungi
Sekiranya korang ingin dapatkan perlindungan takaful, korang kena pastikan semua manfaat asas dilindungi oleh takaful tersebut seperti kematian, kecacatan, penyakit kritikal dan harta benda korang. Tapi, susah nak dapatkan satu pelan yang boleh lindung kesemua manfaat asas korang. Jadinya, korang kena pilih pelan yang boleh tolong beri perlindungan untuk manfaat asas, sebagai contoh untuk dapat manfaat kematian korang boleh ambil pelan insurans takaful hayat dan keluarga. Bukan itu sahaja, kalau korang ingin menambah perlindungan tambahan, korang boleh pertimbangkan manfaat seperti simpanan, pelaburan dan lain-lain.
Jadi, korang tiada lagi alasan untuk tidak mengambil sebarang perlindungan kerana sudah banyak syarikat takaful yang terdapat di Malaysia. Syarikat Takaful berperanan sebagai alternatif lain untuk korang menjauhi insurans konvensional yang mempunyai unsur riba, maisir dan gharar. Untuk pengetahuan korang, Sistem Takaful bukan sahaja memberi manfaat kepada umat islam (muslim) tetapi juga memberi manfaat kepada semua ahlinya tanpa mengira agama yang mereka anuti. Dapatkan maklumat lanjut mengenai insurans dan takaful di laman web syarikat insurans.