11/01/2023
Dalam Tutorial 3 Minit Power BI kali ini, saya akan berkongsi bagaimana untuk mendapatkan data daripada PDF dan Website ke dalam Power BI.
Power BI mempunyai pelbagai jenis connectors yang boleh berhubung dengan pelbagai jenis data source yang lain seperti Excel, Json, Website, Sharepoint, Salesforce, Website, PDF, dan sebagainya.
Sekiranya anda faham peranan dan fungsi connectors, anda boleh menghubungkan Power BI dengan bermacam macam data source yang anda perlukan.
Website dan PDF adalah salah satu contoh "Unstructured Data", dan dalam sesebuah organisasi, unstructured data merangkumi hampir 70% daripada keseluruhan data manakala selebihnya adalah "Structured Data"
Topik "Unstructured" dan "Structured Data" ni kita akan kupas dalam video yang lain sebab ada ianya kaitan dengan Cognitive Services, AI, ML dan sebagainya
Dengan adanya fungsi ini, hampir semua data daripada pelbagai sumber boleh kita analisis. Ianya juga menjimatkan masa!
Untuk ikut belajar bersama, sila gunakan sumber ini:
1. Link kepada IMF Data :
https://www.imf.org/en/Publications
2. Link kepada Emission Report : https://www.researchgate.net/.../5cc1acd0299bf12.../download
Semoga bermanfaat!
https://www.youtube.com/watch?v=yM-gwfSHzbE&t=3s
Dalam video 3 Minit Power BI kali ini, saya akan berkongsi bagaimana untuk mendapatkan data daripada PDF dan Website ke dalam Power BI. Power BI mempunyai pe...