Empayar AMUS

Empayar AMUS Satu syarikat besar yang meneraju beberapa syarikat kecil yang telah wujud oleh pemilik Empayar aMus

22/09/2022
Sebab tu sijil Halal bukan sekadar boleh makanan
12/09/2022

Sebab tu sijil Halal bukan sekadar boleh makanan

Soalan bila perempuan over thinking๐Ÿ˜‚

Credit:ruffeeyruffian


04/04/2022
03/04/2022

"Produk dan kaedah sertu telah disemak dan disahkan oleh USIM" - Produk ni satu contoh bagus kerjasama universiti dan syarikat ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Boleh beli kat sini --> http://bit.ly/3wWmSYt

13/03/2022

Assalamualaikum rodong seme, Ea dah buka cawangan baru jom like

fb.com/easedaq
fb.com/easedaq
fb.com/easedaq

27/01/2022
27/01/2022

Limau Mandarin, Batuk dan Sulfur Dioksida

Sambutan Tahun Baru Cina dah semakin hampir, mesti anda semua dah dapat hadiah limau mandarin yang dihadiahkan oleh rakan-rakan berbangsa Cina atau beli sendiri di kedai buah atau pasaraya.

Buahnya manis dan sedapkan.. Tapi pernah tak anda makan buah limau manderin ni dan batuk teruk? Saya pernah mengalaminya, tapi dah lama laaa, 15 tahun yang lepas. Tapi tahukah anda apa puncanya??

Hasil siasatan yang dibuat, saya dapati limau mandarin yang saya makan telah disalut dengan sulfur dioksida. Buah limau mamderin direndam dengan bahan kimia ini bertujuan sebagai bahan pengawet bagi memanjangkan jangka hayat buah tersebut sebelum dipasarkan.

Walau bagaimanapun, oleh kerana saya mempunyai penyakit lelah menyebabkan saya mendapat gejala batuk dan lelah berpanjangan. Kesian kan...

Sebenarnya di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin namun pada kadar tidak melebihi 30mg/kg.

Sulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).

Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan.

Jika ada penggunaan Sulfur Dioksida dalam buah limau manderin, di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, setiap bungkusan makanan untuk jualan termasuk limau mandarin yang ditambah sulfur dioksida lebih daripada 10mg/kg, mesti dilabel dengan pernyataan "mengandungi sulfur dioksida".

Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

Di bawah subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label.

Kalau ada sesiapa yang membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983

Saya kongsikan tips nak makan limau manderin supaya tak batuk..

1. Basuh la kulit limau manderin tu sebelum makan.

2. Jangan gigit kulit limau bagi mengupas buah tersebut.

3. Selepas mengupas kulit limau, cuci lah tangan.

4. Jangan makan kulit limau. Makan isinya sahaja.

5. Suruh je orang lain kupaskan.

Diharapkan tips ini berguna kepada anda semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2022 dari Sazly tulih.

25/01/2022

Geran Khas Program Pensijilan Halal,MESTI & BEST BUAT USAHAWAN BUMIPUTERA.

Adakah anda usahawan bumiputera yang belum mendapatkan pensijilan Halal, Mesti & BEST?

Pernah memohon pensijilan halal tetapi permohonan ditolak?
Tiada kepakaran dan ingin mendapatkan pensijilan halal?

Ingin dapatkan pensijilan halal bagi produk anda?

Anda hanya perlu lengkap 4 syarat berikut:

1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
2. Produk/perkhidmatan layak dipersijilkan Halal
3. Keutamaan kepada pengusaha produk / perkhidmatan yang
mempunyai premis berdaftar dengan PBT
4. Minimum 2 pekerja muslim

Klik sini untuk maklumat lanjut dan daftar segera:
https://forms.gle/RMwCy9Woc5NGnF6Q8
https://forms.gle/RMwCy9Woc5NGnF6Q8
https://forms.gle/RMwCy9Woc5NGnF6Q8

Ayuh rebut peluang bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi meluaskan lagi perniagaan anda.

23/10/2021
25/05/2021

Address

Subang Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60145032954

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Empayar AMUS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Empayar AMUS:

Share