9bulan10hari

9bulan10hari 🍓Buku 9Bulan10Hari = Perkahwinan - Merancang Kehamilan - Hamil - Kelahiran - Pantang - Didik Anak2🍓
(742)

Bila anak mula membesar, kita tak mampu memilih siapa yang akan berkawan dengannya.Kita mungkin risau…takut anak tersala...
10/08/2026

Bila anak mula membesar, kita tak mampu memilih siapa yang akan berkawan dengannya.

Kita mungkin risau…
takut anak tersalah pilih kawan, terpengaruh dengan perkara yang tidak baik, dipergunakan atau disakiti tanpa kita tahu.

Tapi selain sentiasa memantau, jangan lupa ajar anak untuk mengenal mana yang baik dan mana yang perlu dijauhi.

Didik mereka supaya berani berkata “tidak”, tahu menjaga batas, dan tahu bahawa mereka boleh pulang kepada ibu ayah bila berdepan masalah.

Kita mungkin tak mampu berada di sisi anak setiap masa.
Sebab itu, bekalkan mereka dengan doa, nilai dan keberanian untuk menjaga diri.

Dan jangan pernah berhenti berdoa…

“Ya Allah, lindungilah anakku daripada pergaulan yang membawa mudarat, dan dekatkanlah dia dengan sahabat yang baik.” ❤️

Mommy pernah kena bengkak susu? 😞😞Bila breast kita bengkak, nak susukan anak pun susah. Dia punya keras tu sampai sakit....
10/08/2026

Mommy pernah kena bengkak susu? 😞😞

Bila breast kita bengkak, nak susukan anak pun susah. Dia punya keras tu sampai sakit. Anak pun melalak kehausan dan kita pun akan jadi stress dan ikut sekali anak menangis. 😌😌 itulah antara cabaran2 ibu menyusukan anak.

Jangan risau mommy! bila kena bengkak susu boleh cuba TIPS ni!

1- Ambil ais bungkus dalam kain, dan tuam sekitar breast yang bengkak tu. Lepastu tuam tuala panas ke sekitar breast. Bila breast dah mula mengendur sedikit, pam susu sekejap sebelum menyusukan anak.

2- Urut dari belakang badan, ketiak dan sekeliling breast anda, urut dengan lembut ya.

3- Susukan anak dengan lebih kerap. Jika anak tidur, pam siap2 susu. Jangan biarkan kantung penuh dan memberat baru nak pama. Ia akan menyukar proses penyedutan.

4- Jangan susukan anak ketika breast bengkak, ia akan buat ni**le mommy luka. Seeloknya pam dahulu.

5- Ada orang letak kobis dalam bra untuk hilangkan bengkak susu. Tapi ada juga yang kata kobis boleh mengganggu proses pengeluaran susu. Terpulang kepada mommy nak ikut kaedah yang mana ya.

Moga bermanfaat!

Aamiin Ya Allah ❤️
09/08/2026

Aamiin Ya Allah ❤️

09/08/2026

Anak mana paling menguji anda?

HORMATI SUAMI BUKAN KERANA DIA SEMPURNAHormatilah suami bukan kerana dia tidak pernah silap.Bukan kerana dia sentiasa ta...
09/08/2026

HORMATI SUAMI BUKAN KERANA DIA SEMPURNA

Hormatilah suami bukan kerana dia tidak pernah silap.

Bukan kerana dia sentiasa tahu apa yang kita rasa.
Bukan kerana dia sentiasa romantik.
Bukan juga kerana dia sentiasa mampu memenuhi semua kehendak kita.

Tetapi kerana dia juga seorang manusia yang sedang belajar menjadi suami.

Ada hari dia kuat.
Ada hari dia penat.
Ada masa dia tersilap kata.
Ada ketika dia tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan kasih sayang.

Begitu juga kita.

Dalam rumah tangga, kita bukan mencari pasangan yang sempurna.
Kita sedang belajar menjadi pasangan yang saling melengkapi.

Hormati suami ketika dia ada kekurangan.
Tegur jika dia tersilap, tetapi jangan menjatuhkan maruahnya.
Luahkan rasa kecewa, tetapi jangan gunakan kelemahannya sebagai senjata.

Kerana menghormati pasangan bukan bermaksud membenarkan segala kesalahan.

Ia bermaksud kita masih memilih untuk menjaga adab, walaupun sedang kecewa.

Dan jika suami juga belajar menghormati isteri dengan cara yang sama, insya-Allah rumah tangga akan menjadi tempat dua manusia yang tidak sempurna… saling belajar, saling memaafkan dan saling menguatkan. 🤍

Postur ibu hamil penting untuk elakkan sakit belakang, keletihan dan memberi keselesaan pada bayi dalam kandungan. Berik...
09/08/2026

Postur ibu hamil penting untuk elakkan sakit belakang, keletihan dan memberi keselesaan pada bayi dalam kandungan. Berikut beberapa panduan posture ibu hamil:

1. Semasa Berdiri

Tegakkan badan, jangan bongkok.

Bahu ditarik sedikit ke belakang.

Berat badan diagih sama rata pada kedua-dua kaki.

Elakkan berdiri lama tanpa rehat.

2. Semasa Duduk

Duduk di kerusi dengan sokongan belakang.

Pinggang disokong dengan bantal kecil.

Kaki cecah lantai (atau letak di stool kecil).

Jangan bersilang kaki terlalu lama.

3. Semasa Berjalan

Jalan dengan langkah sederhana.

Pastikan kepala tegak, pandangan ke hadapan.

Pakai kasut yang selesa (tapak rata atau sedikit tumit rendah).

4. Semasa Tidur

Posisi terbaik: mengiring ke kiri, lutut sedikit dibengkokkan.

Letak bantal di antara lutut untuk sokongan pinggul.

Boleh juga letak bantal di bawah perut & belakang badan untuk keselesaan.

Elakkan tidur menelentang terlalu lama terutama selepas trimester kedua.

5. Semasa Bangun dari Baring

Jangan terus bangun mendadak.

Pusing ke sisi dahulu, kemudian tolak badan dengan tangan untuk duduk.

👉 Postur yang betul membantu kurangkan sakit pinggang, elakkan tekanan pada urat dan tingkatkan pengaliran darah kepada ibu dan bayi.

Address

BLOCK C NO. 16 Jalan TP 6, TAMAN PERINDUSTRIAN SUBANG UEP
Subang Jaya
47620

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601156447910

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 9bulan10hari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 9bulan10hari:

Shortcuts

Share