Hamdani Nationwide Services

Hamdani Nationwide Services Menyediakan perkhidmatan pembungkusan, dan pengeposan di seluruh Malaysia. Caj RM5 untuk setiap 1kg parcel, tidak termasuk caj pengeposan.

Juga menyediakan perkhidmatan pengutipan dari lokasi anda yang tidak melebihi 5km dari lokasi perkhidmatan.

PORTFOLIO TENGAH MERAH KE TU?Rilekslah. Dunia belum kiamat. Kalau tak jual, belum rugi(Kata-kata untuk penyedap hati) 😂U...
13/03/2025

PORTFOLIO TENGAH MERAH KE TU?

Rilekslah. Dunia belum kiamat. Kalau tak jual, belum rugi
(Kata-kata untuk penyedap hati) 😂

Unit trust jatuh.
Saham jatuh.
Private mandate jatuh.
Kripto jatuh.
Emas pun jatuh.

Itulah yang terjadi beberapa hari ini.

Apabila pasaran naik, semua seronok dan tamak. Apabila pasaran jatuh, semua mula panik dan takut. Kenapa?
Sebab ramai yang melabur ikut trend, bukan ikut ilmu.

PASARAN SENTIASA BERGERAK DALAM GELOMBANG

Dalam dunia pelaburan, naik turun pasaran itu perkara biasa. Hari ini naik, esok jatuh, lusa naik balik. Ini bukan fenomena baru, tapi benda yang berulang setiap tahun.

Contohnya, Peter Lynch, seorang pelabur legenda yang buat +604% pulangan dalam 13 tahun, pernah melihat portfolionya jatuh sebanyak 27% hingga 56% beberapa kali sepanjang kerjayanya. Tapi apa dia buat? Bertenang. Sebab dia faham bahawa kejatuhan pasaran itu sementara.

Sama macam pilot yang bawa kapal terbang. Tak kira sehebat mana dia terbang, turbulen tetap akan ada.
Tapi adakah dia panik setiap kali kapal terbang bergegar?
Tidak. Sebab dia tahu ini sebahagian daripada perjalanan.
Jadi, kalau anda seorang pelabur, jangan panik apabila pasaran jatuh.

Anda tak boleh kawal apabila pasaran nak jatuh, tapi anda boleh kawal bagaimana anda bertindak.

KENAPA PASARAN JATUH TAPI BISNES TAK BERUBAH?
Harga saham dan nilai sebenar sesebuah perniagaan adalah dua benda yang berbeza. Dalam jangka pendek, harga saham banyak dipengaruhi oleh:
✅ Market maker yang memanipulasi harga
✅ Algo trading berkelajuan tinggi
✅ Forced selling oleh broker apabila akaun margin meletup
✅ Panic selling oleh pelabur yang tak faham apa dia buat

Sebagai contoh, dalam satu kejatuhan pasaran, harga saham Amazon (AMZN) pernah jatuh 20% hingga 30%.

Adakah ini bermaksud Amazon tiba-tiba jadi syarikat yang teruk?
Tidak! Mereka masih buat duit, masih menjual barang, masih untung.

Harga jatuh sebab orang ramai panik. Tapi kalau anda ada saham dalam bisnes berkualiti tinggi, anda tak rugi apa-apa pun kecuali anda sendiri yang panik dan jual!

Bayangkan anda ada rumah sewa bernilai RM500K. Esok jiran sebelah rumah jual rumahnya pada harga RM350K sebab dia kena scam pelaburan dan terdesak nak duit.

Adakah itu bermaksud rumah anda tiba-tiba jadi RM350K juga?
Tidak. Nilai sebenar rumah itu masih RM500K.

Tapi kalau anda fikir,
"Alamak, harga rumah jatuh, baik aku jual cepat!", dan anda jual pada harga RM350K juga... nah, memang sah rugi!

APA PATUT ANDA BUAT SEKARANG?

Apabila pasaran jatuh, ada 3 pilihan utama:

⁉️PANIK DAN CUT LOSS
Terus jual sebab takut rugi lebih banyak. Tapi masalahnya, jual sekarang confirm rugi sebab dah beli harga tinggi.

⁉️ TAMBAH PELABURAN SEBAB HARGA MURAH
Anggap ini shopping time. Apabila harga tengah murah, inilah masa terbaik untuk beli lebih banyak.

⁉️ BIARKAN SAHAJA DAN TUNGGU NAIK BALIK
Kalau anda melabur untuk jangka panjang, naik turun pasaran itu biasa.

Mana satu pilihan terbaik?

Jawapannya bergantung kepada objektif dan ilmu pelaburan anda.
Sebelum panik, tanya diri sendiri:

1️⃣ APA TUJUAN ASAL ANDA MELABUR?
Kalau untuk jangka pendek (setahun dua), memang patut risau. Tapi kalau untuk dana persaraan atau jangka panjang, harga jatuh bukan masalah besar.

2️⃣ ADAKAH ANDA MELABUR DENGAN DUIT LEBIHAN?
Kalau ya, relaks. Tapi kalau melabur guna duit nak bayar rumah bulan depan, memang tak boleh tidur malam.

3️⃣ ADAKAH SYARIKAT YANG ANDA BELI MASIH BERKUALITI?
Kalau bisnes itu masih kukuh, untung tetap masuk, apa yang anda takutkan?

KEJATUHAN PASARAN ADALAH PELUANG, BUKAN MALAPETAKA
Kalau anda tahu cara melihat peluang, market correction ini adalah masa terbaik untuk tambah pegangan dalam syarikat berkualiti.
Tapi ingat, jangan fikir nak beli "the bottom". Tak ada siapa boleh predict bila harga akan betul-betul sampai ke lantai. Jadi, beli secara berperingkat dan average down harga pegangan anda.
Kalau anda sudah all-in dan tiada modal tambahan? Watlek, watpis.
Logout akaun dan datang balik beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan atau beberapa tahun lagi 😂

Kalau beberapa hari lagi masih merah, datang balik beberapa minggu lagi
Kalau beberapa minggu lagi masih merah, datang balik beberapa bulan.
Kalau beberapa bulan masih merah, datang balik beberapa tahun
Percayalah, anda mungkin akan lupa market correction ini pernah berlaku.

Tapi kalau selepas beberapa tahun masih merah, maknanya memang itu bukan pelaburan yang menguntungkan. Kena solat taubat tu 😄

KESIMPULAN: PELABURAN BUKAN UNTUK YANG CEPAT PANIK
Pasaran akan naik dan turun, itu lumrah. Tapi kalau anda melabur kerana ikut trend dan tak faham apa yang anda buat, memang confirm panik apabila harga jatuh.

Kalau anda serius nak melabur, anda perlu:
✅ Tahan sabar dan fikir jangka panjang
✅ Melabur berdasarkan nilai bisnes, bukan harga saham semata-mata
✅ Jangan bertindak berdasarkan emosi, tapi berdasarkan strategi
Jangan biarkan pasaran mengawal emosi anda. Sebaliknya, kawal emosi anda supaya boleh manfaatkan pasaran.

Ramai ke baca sampai habis? Cer komen sepatah dua kata
Nak belajar melabur? Dapatkan buku terbaru saya, MELABUR UNTUK KAYA
https://infaqconsultancy.onpay.my/.../labu.../AsmahAhmad8205
https://infaqconsultancy.onpay.my/.../labu.../AsmahAhmad8205
https://infaqconsultancy.onpay.my/.../labu.../AsmahAhmad8205

Kredit Afyan Mat Rawi

Majoriti masalah kewangan berpunca daripada salah beli keretaPengalaman saya buat sesi konsultansi kewangan dengan anak ...
10/03/2025

Majoriti masalah kewangan berpunca daripada salah beli kereta
Pengalaman saya buat sesi konsultansi kewangan dengan anak muda bawah 35 tahun, kebanyakan yg ada masalah kritikal dalam kewangan (terutama bab hutang dan ketiadaan simpanan), adalah daripada kalangan mereka yang membeli kereta yang berharga melebihi gaji setahun mereka sejak daripada awal bekerja.

Contoh, gaji 3K beli kereta Bangsa H / Bangsa T.
Berbanding dgn anak muda yg berusia sama dengan gaji yg lebih kurang sama tapi hanya beli kereta mur-mur je.

Contoh, gaji 3k beli kereta Axia jeeeeeeee….

Anak muda kedua ni lebih mudah utk saya guide cashflow mereka utk planning buat simpanan, beli rumah, langgan takaful, mulakan pelaburan dan sebagainya.

Berbanding yg pertama, perlu banyak nak kena overhaul sebelum mula bergerak.

Cara untuk buat overhaul ialah dengan mengubah cara fikir. Apabila cara fikir berubah, maka tindakan juga akan berubah. Dan akhir sekali, hasil pun akan berubah.

Namun tak ramai yang sanggup untuk berubah waluapun mereka tahu hidup mereka susah.

Perkara yang lebih susah daripada susah ialah berubah.
Ini antara perkara yang dikongsi dalam buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E, kesedaran untuk berubah.

Ia adalah langkah kedua daripada 7 langkah penting untuk mengubah kewangan menjadi lebih baik, dan seterusnya mencapai FIRE.

Dalam langkah kedua ini ada 9 cara fikir dan habit yang perlu dibuat perubahan.

[KLIK]
https://infaqconsultancy.onpay.my/.../Buku.../AsmahAhmad8205
https://infaqconsultancy.onpay.my/.../Buku.../AsmahAhmad8205
https://infaqconsultancy.onpay.my/.../Buku.../AsmahAhmad8205

Kredit Afyan Mat Rawi

Masalah keberhutangan tidak akan selesai dengan membuat hutang baru.Ia hanya gali lubang tutup lubang. Lebih teruk, luba...
09/03/2025

Masalah keberhutangan tidak akan selesai dengan membuat hutang baru.

Ia hanya gali lubang tutup lubang. Lebih teruk, lubang lama ditutup tapi digantikan dengan lubang baru yang lebih besar.
Perkara pertama yang kena buat ialah berhenti berhutang dan ubah gaya hidup.

Orang yang mempunyai masalah keberhutangan serius bukanlah semata disebabkan tidak ada wang, tapi tidak mempunyai habit dan mindset kewangan yang betul.
Jangan takut dengan AKPK. Ikut nasihat AKPK, ia untuk membantu mengubah tabiat kewangan kita.

Apabila tabiat dan mindset kewangan berjaya diperbaiki, sedikit demi sedikit dapat keluarkan diri daripada belengu hutang.
Kemudian boleh fokus untuk tambahkan pendapatan dan simpanan.

Perkara ini ada saya kongsikan dalam buku Financial Independance Retire Early .

Dalam buku ini fokus utama adalah berkenaan dengan pembinaan mindset dan habit berdasarkan orang-orang yang berjaya, kaya dan jutawan.

Mereka boleh jadi jutawan bukan sebab mereka lahir dalam keluarga jutawan, tapi mereka jadi jutawan disebabkan mereka mempunyai tabiat dan mindset seorang jutawan.

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah untuk mencapai FIRE dan 9 identiti jutawan.

Ini salah satu review daripada para pembaca buku Financial Independence Retire Early a.k.a , ini antaranya.
Comel Lote,

“Ikhlas drp saya,satu buku yang menjadikan sumber inspirasi untuk membakar semangat kpd saya.

Semangat utk tetap KONSISTEN bagi mencapai ke arah meningkatkan CASH FLOW yang positif,dan seterusnya mencapai tahap FIRE (bersara awal,bebas kewangan).

Bahasanya juga mudah faham ,disertai peta minda, gambar dan berwarna.

Satu buku yang sangat sangat puas hati. Tak sabar nak tunggu buku-buku daripada Tuan yang lain. Terima kasih”

[IKLAN]
https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/BukuFIRE/AsmahAhmad8205

https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/BukuFIRE/AsmahAhmad8205

https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/BukuFIRE/AsmahAhmad8205

Kredit Afyan Mat Rawi

Ramai individu ingin melabur tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan atau sering kali membuat kesilapan yang tidak s...
09/03/2025

Ramai individu ingin melabur tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan atau sering kali membuat kesilapan yang tidak sepatutnya.

Tanpa persediaan dan pengetahuan yang betul, pelaburan anda mungkin tidak memberi pulangan yang diharapkan. Bayangkan kehilangan wang anda kerana keputusan yang tidak matang atau kerana terpengaruh dengan nasihat yang salah.

Ikuti 7 langkah penting sebelum melabur:

1. Utamakan pelaburan ilmu. Beli buku, hadiri seminar dan kursus. Sebagai contoh, jika berminat dalam hartanah, belajar dulu ilmu pelaburan hartanah. Nak melabur emas, belajar ilmu pelaburan emas.

2. Disiplin dalam simpanan. Sebelum melabur, pastikan anda mampu untuk menyimpan. Jika simpanan pun tak berapa hendak boleh buat, jangan harap hendak membuat untung dengan melabur. Pelaburan 10 kali lebih sukar dari menyimpan.

3. Selesaikan hutang-hutang jahat seperti hutang kad kredit, hutang personal loan, hutang court mammoth, hutang kereta kedua, hutang kereta baru yg tukar dua tiga tahun sekali, hutang kutu, hutang sontot dan sebagainya. Kalau hutang keliling pinggang, nanti anda akan melabur dengan penuh emosi.

4. Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Selepas cukup simpanan tersebut, barulah mulakan simpanan menggunakan wang lebihan simpanan bukan wang simpanan.

5. Jangan sekali-kali mulakan pelaburan menggunakan hutang. Jika ada ejen / broker / wakalah mengajar utk melabur dengan membuat pinjaman yg tak pernah anda melabur – lari jauh-jauh dgn kelajuan 1000km/j. Kecuali pelaburan hartanah.

6. Jika berurusan dgn ejen, pilih ejen yg turut melabur dlm pelaburan yg dia promosikan. Jika pelaburan hartanah, pilih ejen yg turut melabur hartanah. Jika broker saham, pilih broker yg turut melabur dan untung dlm saham. Jika ejen emas, pilih mereka yang memang melabur dalam emas. Bukan apa, utk dapatkan 'success story' pelaburan mereka utk dijadikan panduan.

7. Jangan semata-mata bergantung harap kepada ejen. Biar kita yang memantau pelaburan kita. Mereka hanya sebagai pemudah-cara utk pelaburan kita, bukan pengurus dana kita.

Mulakan langkah pertama anda dengan mendalami ilmu pelaburan. Jangan terburu-buru, tetapi jadilah bijak dalam setiap keputusan.
Dengan persediaan yang betul, anda akan lebih yakin dan siap untuk memulakan pelaburan anda dengan risiko yang lebih rendah dan potensi pulangan yang lebih tinggi.

Saya cadangkan mula melabur dengan membaca buku Melabur Untuk Kaya

Duit banyak tanpa ilmu kewangan = resepi gagal.

Klik link di bawah untuk detail

https://infaqconsultancy.onpay.my/.../labu.../AsmahAhmad8205
https://infaqconsultancy.onpay.my/.../labu.../AsmahAhmad8205
https://infaqconsultancy.onpay.my/.../labu.../AsmahAhmad8205

Kredit Afyan Mat Rawi

07/12/2022

Aimy Amsyar Arissa Alma Matady Akula Siti Asmah Ahmad Hamdan

07/12/2022

Takaful for all, Takaful for life.

Situasi:

En A mempunyai seorang isteri dan 3 org anak. Isteri beliau tidak bekerja tetapi menguruskan hal rumah tangga sepenuh masa. Komitmen bulanan En A adalah RM2,500. Setahun bersamaan dgn RM30,000.

Jika En A meninggal dunia, kewangan keluarga beliau menjadi zero. Bagaimana En A boleh membuat persediaan awal bagi menggantikan pendapatan En A sekiranya beliau pergi semalam?


Beli rumah masa umur 30, loan rumah 35 tahun. Umur 65 baru habis bayar loan rumah.Jika berlaku sesuatu pada diri sendiri...
25/09/2022

Beli rumah masa umur 30, loan rumah 35 tahun. Umur 65 baru habis bayar loan rumah.

Jika berlaku sesuatu pada diri sendiri sebelum hbs loan tenure, maka fungsi MRTT atau MLTT bermula.

Tetapi, tahukah anda perbezaan keduanya, yang mana satu memberi lebih manfaat?

MRTT? atau MLTT? yang menjadi pilihan?

Lihat table perbezaan di bawah, dan ketahui manfaat keduanya, kemudian buat pilihan yg tepat.


Matady Akula Aimy Amsyar Arissa Alma
21/09/2022

Matady Akula Aimy Amsyar Arissa Alma

Jom buat Hibah Takaful. 100% letak nama isteri pon boleh.

Jom buat Hibah Takaful. 100% letak nama isteri pon boleh.
21/09/2022

Jom buat Hibah Takaful. 100% letak nama isteri pon boleh.

20/09/2022

Matady Akula Siti Asmah Ahmad Hamdan Aimy Amsyar Arissa Alma

Address

Subang Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 00:00

Telephone

+60199390931

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hamdani Nationwide Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hamdani Nationwide Services:

Share