Buku Checklist Amalan Challenge 100days

Buku Checklist Amalan Challenge 100days Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Buku Checklist Amalan Challenge 100days, Skudai.

Stokis Sah Buku Checklist Amalan Challenge 100days by Puan Saira - Johor

Harga seunit : R M 4 9
Tidak termasuk postage
Pos seluruh Malaysia

Terbuka pada yang berminat untuk jadi Dropship / mini agent / agent seluruh Malaysia

أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِي...
30/08/2021

أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا: ﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد ﴾ وَ﴿ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق ﴾ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاس ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ، وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi SAW jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.”

Riwayat Al-Bukhari (5017)

Promo Muharram
Free postage untuk semenanjung

Harga : RM 49.00 + 10 freegift + free postage SM

DOA HARI ISNINHari kelahiran Nabi Muhammad s.a.wSemoga menjadi amalan dan mendapat keberkatanNya in sha Allah
16/08/2021

DOA HARI ISNIN

Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Semoga menjadi amalan dan mendapat keberkatanNya in sha Allah

Jom kita challenge puasa
15/08/2021

Jom kita challenge puasa


10/08/2021

Untuk semua wanita2 solehah di luar sana

NAK JADI KETUA BIDADARI SYURGA

Taat pada Allah swt
Taat pada Rasulullah swt
Taat pada suami

InshaAllah..jom mulakan berchecklist dari hari pertama sehingga terbiasa..



WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBANBermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)Waktu yang afdhal melakukan...
21/07/2021

WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)

Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.

Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

27/06/2021

Doa dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Amalkan 7kali setiap selepas solat fardhu

Surah At-Taubah
Ayat 128 - 129

Buku Checklist Amalan Challenge 100days

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci1.    "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap ...
05/06/2021

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci
1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya s**a mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.
2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang s**a bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, s**a cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang s**a memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].
Kredit : Dr. Kamilin Jamilin

Dah standby makan untuk berbuka?Jom kita standby doa sebelum berbuka p**a👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻Ya Allah, kurniakanlah aku dan keluarga...
23/04/2021

Dah standby makan untuk berbuka?
Jom kita standby doa sebelum berbuka p**a

👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

Ya Allah, kurniakanlah aku dan keluargaku syafaat Nabi Muhammad SAW

Lapangkanlah masa ku untuk beribadah kepadaMu

Temukanlah aku dengan malam Lailatulqadar

Aaminnn ya rabbal alaminn

Checklist Subuh🌵 DOA PAGIاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاًAlla...
16/04/2021

Checklist Subuh

🌵 DOA PAGI

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah).

🌵SEDEKAH

1. Sedekah/Infaq Harta pada waktu Subuh sebaiknya sebelum syuruk

2. Sedekah Al-Fatihah kepada
✔️ Nabi Muhammad saw & keluarga serta sahabat Baginda
✔️ Kedua ibu bapa
✔️ Pasangan suami/isteri dan anak2
✔️ Diri sendiri
✔️ Para Anbiya, ulama, guru2
✔️ Sahabat dan kenalan
✔️ Seluruh kaum muslimin samada yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia

2. Sedekah doa.
Doakan kesejahteraan, kebahagian dan kelancaran rezeki kepada min 10orang setiap pagi.

3. Sedekah lain2.
Berkongsi kata2 positif, share video yang bermanfaat, sampaikan ilmu yang bermanfaat walaupun sepotong ayat setiap pagi.


"Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"
Rasulullah SAW menjawab: "Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. " (Riwayat al-Bukhari)
Sebelum Kita Melangkah Pergi Ke Kerja, Manfaatkan Masa Subuh Ini Dengan Bersedekah...
Supaya Kehidupan Seharian Diberkati Olehnya & Dimurahkan Rezeki Lagi...
JANJI ALLAH ITU PASTI PADA ORANG YANG BERSEDEKAH..
Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Ramadhan adalah bulan bagi seluruh umat Islam di mana jua mereka berada untuk melaksanakan kewajipan ibadah puasa; yang ...
08/04/2021

Ramadhan adalah bulan bagi seluruh umat Islam di mana jua mereka berada untuk melaksanakan kewajipan ibadah puasa; yang pastinya memerlukan kekuatan dari sudut fizikal, rohani mahupun jasmani dalam melakukannya.

Berikut dikongsikan beberapa persiapan yang boleh kita lakukan bagi menghadapi bulan yang di dalamnya terkandung 1001 keistimewaan ini;

#1 – Melazimkan Diri Untuk Berpuasa

Seperti sedia maklum, bulan Ramadhan adalan bulan yang diwajibkan ke atas umat Islam untuk menjalankan ibadah puasa selama sebulan.

Oleh itu, sebaiknya kita melazimkan atau membiasakan diri untuk melatih diri berpuasa sunat pada bulan sebelumnya; seperti puasa Isnin dan Khamis.

#2 – Mencari Guru Agama

Bagi mereka yang baru ingin mendekatkan diri dengan agama, inilah masa yang terbaik untuk dimanfaatkan.

Carilah guru agama yang benar dari sudut kefahaman agamanya, akidah, ibadah, akhlak dan lain-lain perkara yang berkait agar kita dapat meneladani cara hidup Islami yang sebenarnya.

#3 – Mendekatkan Diri Dengan Masjid Atau Surau

Jika sebelum ini kita terlalu sibuk dengan pekerjaan duniawi sehingga kadang-kadang, jarang-jarang bahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Allah (masjid atau surau).

Maka sebaiknya sebelum melangkah ke bulan Ramadhan ini kita mengambil sedikit masa sama ada setiap kali solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib mahupun Isyak untuk berjemaah bersama masyarakat di masjid atau surau berdekatan tempat kerja atau tempat tinggal kita.

#4 – Mencari Persekitaran Atau Lingkungan Yang Baik

Persekitaran juga turut memainkan peranan yang cukup penting bagi membentuk diri setiap individu. Ia seakan perumpaan bagi hati, jika hati baik maka baiklah seluruh anggotanya.

Namun, jika berlaku sebaliknya, maka sebaliknyalah yang akan berlaku. Jika persekitaran yang didiami itu terdiri daripada mereka yang tidak mengendahkan suruhan agama, dibimbangi kita yang lemah imannya ini juga akan terikut sama dengan mereka.

#5 – Tidak Membazirkan Masa Dengan Aktiviti Yang Sia-sia

Jika sebelum ini kita sibuk dengan gadget, bermain game di siber cafe, melepak di tepi jalan atau warung kopi dari pagi hingga ke petang, sehinggakan ada yang mengabaikan ibadah solat fardu 5 waktu.

Maka menjelangnya Ramadhan ini cubalah untuk mengurangkan aktiviti sebegini dan ubahnya dengan aktiviti yang lebih bermanfaat seperti memperbanyakkan membaca al-Quran, mempelajari hukum tajwid, menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid, surau atau apa jua karnival yang menjayakannya.

Dan sebenarnya, masih banyak perkara yang boleh kita lakukan sebagai persiapan menghadapi ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Justeru, bersamalah kita untuk menanamkan azam dan niat untuk memperbaiki diri, sama ada dari sudut akhlak, tingkah laku, ibadah, akidah, dan segala aspek kehidupan.

Mudah-mudahan, Ramadhan tahun ini menjadi kenangan indah dan saham akhirat buat kita dalam melaksanakan amal kepada Allah s.w.t, seterusnya beroleh keredhaan di sisi-Nya. InsyaAllah. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.


07/04/2021

Address

Skudai

Telephone

+60137141100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buku Checklist Amalan Challenge 100days posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share