17/08/2025
MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN SEMPENA PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI KOPERASI DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
KOPERASI ISKANDAR PUTERI BERHAD,
ARAS BAWAH, PEJABAT MEDINI,
06 0G0S 2025 | RABU
Koperasi Iskandar Puteri Berhad telah mengadakan majlis ini sempena pembukaan kedai koperasi yang telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan diringi oleh Tuan Shahrulizam bin Abd Rashid, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Tuan Ir. Ts. Mohd Zamri bin Buang Pengerusi Koperasi Iskandar Puteri Berhad,
Turut sama memeriahkan majlis ini ialah Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pegawai Institut Koperasi Malaysia, Ahli majlis, Pengarah Jabatan, Ahli Lembaga Koperasi dan seluruh anggota Koperasi Iskandar Puteri Berhad
Majlis tersebut diadakan dengan tujuan sebagai penghargaan buat semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan pembukaan kedai koperasi ini untuk kemudahan mendapatkan barangan harian, minuman dan makanan buat semua kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
‘MEMBANGUN BERSAMA ANGGOTA’