Kejor Yong Kejor - Atiqah A.H.

Kejor Yong Kejor - Atiqah A.H. Nak tanya stokin kat mana, tanya mak. Nak tanya pasal HIBAH & MEDIKAL KAD, tanyalah saya.

Apartment Mampu Milik, IPOH, PERAKHarga jualan  bermula daripada RM160,000. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!! ✅ Ha...
02/04/2026

Apartment Mampu Milik, IPOH, PERAK

Harga jualan bermula daripada RM160,000.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!

✅ Hakmilik Kekal (FREEHOLD)
✅ PERCUMA Yuran Guaman untuk SPA
✅ PERCUMA Yuran Guaman perjanjian pinjaman
✅ PERCUMA 5 Tahun Yuran Penyelenggaraan*
✅ Booking SERENDAH RM100 sahaja
✅ Pakej KHAS EASY BOOKING

Type A : 1 bilik (Nett Price starts from RM 14X,###)
Type B : 2 bilik (Nett Price starts from RM 16X,###)
Type C : 3 bilik (Nett Price starts from RM 18X,###)
Type D : 4 bilik (Nett Price starts from RM 22X,###)

-Kemudahan-
📌Proposed Rumah Kelab
📌Kolam Renang
📌Kolam Renang Kanak-Kanak
📌Shoplot & Commercial Area
📌Taman Permainan & Rekreasi
📌Security

Kawasan Berdekatan:

+ Mydin Meru
+ Casuarina Meru
+ Bandar Ipoh (15-20min)
+ Pejabat2 Kerajaan
+ Tenby School
+ Bank
+ Sekolah
+ KPTM
+ MSU College
+ Exit Hiway PLUS

Sesuai untuk :
1. Pembeli rumah pertama
2. Rumah rehat
3. Investment
4. Homestay/AirBNB

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:-
01111415176
ATIQAH HASRI

💫 RUMAH LANDED PERAKKU Paling Murah di Perak, 2 Jam Setengah Ke KL - Hanya RM175,000 Sahaja 💫 🔥RM790 bulanan boleh dapat...
02/04/2026

💫 RUMAH LANDED PERAKKU Paling Murah di Perak, 2 Jam Setengah Ke KL - Hanya RM175,000 Sahaja 💫

🔥RM790 bulanan boleh dapat 3 Bilik 2 Tandas(Luas 1300sqft!)🔥
🔥 CASHBACK R M 70,000
💫Sesuai untuk Ownstay & Investment💫

⭐️ Branded Developer
⭐️ 0 downpayment
⭐️ Free Lawyer Fees
⭐️ Free Disbursement
⭐️ Free SPA & Loan Agreement
⭐️ Free MOT
⭐️ Free Booking
⭐️ ROI 10%

Developer Hotline:
Atiqah Hasri
☎ 011-11415176 ☎

Harini baru sempat nakshare pasal MySalam.Ater itu hari bulan 6 kan ikah warded 8 hari kat hospital manjung. Time teman ...
06/12/2025

Harini baru sempat nakshare pasal MySalam.

Ater itu hari bulan 6 kan ikah warded 8 hari kat hospital manjung. Time teman nk balik tu, nurse tu kabo 'nnt ambik discaj note ni pegila claim mysalam'. uish boleh claim apa ni?

Eksaited la teman google. Ropenye kalau warded kat hospital, boleh claim RM50 sehari kome woi.

Kalau kene sakit kritikal pulak boleh claim RM8,000. Sape nak bagi? Org memberi kita terima je la, beso tapak tangan menadah ye hehe

Tapi nak claim sakit kritikal tu untuk penyakit yg didiagnos start 1 Januari 2024 saje ye.

Sebelum daripada tu, x valid lagi. Baru dibuat claim 8K ni, sebelum ni x mandang.

Sakit, jantung ke, kanser ke, apa2 je lah.. pergi ler try tgk layak ke tak. Teman tau 8k tu beso nilainya kalau udah sakit. Pegi ler claim

Ader 50 jenis penyakit yang boleh claim, termasuk dengan 3 sakit mental.
50 Jenis penyakit tu terbahagi kepada 12 jenis
1) Kanser
2) Keadaan berkaitan jantung
3) Otak, saraf dan otot
4) Mata, telinga dan pertuturan
5) Keadaan berkaitan hati
6) Keadaan berkaitan buah pinggang
7) Keadaan berkaitan HIV
8 ) Lain-lain jenis penyakit kritikal
9) Penyakit Terminal
10) Tulang, sendi, darah dan tisu penghubung
11) Penyakit jarang jumpa
12) Penyakit mental (bipolar, MDD & Skizo)

Ater kome, untuk yang takde ape-ape perlindungan insurans takaful, jangan lupa claim! Ni teman tepek sekali link mysalam https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=main

19/08/2024

Bayangkan ini adalah ketua keluarga, apa kita akan buat?

𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡Kelmarin saya meeting dengan team, salah satu ketakutan yang jadi puncca isteri tak buat hi...
15/08/2024

𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡

Kelmarin saya meeting dengan team, salah satu ketakutan yang jadi puncca isteri tak buat hibah ni adalah,
𝗜𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗵𝗶𝗯𝗮𝗵 𝘂𝘁𝗸 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶, 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗘𝗥𝗔𝗜.

Ok, meh saya bagi solution untuk masalah ni.
Baca sampai habis, pasti akan membuka minda korang.

Sepertii musibah kematian.. jodoh jugak antara salah satu rahsia Allah. Kes ex-suami buang nama ex-isteri dalam hibah adalah perkara biasa berlaku, apabila penceraian tu berlaku dgn cara yang tak baik.

Kebanyakan kes, isteri yang ambik hak jagaan anak-anak. jadi yang menjadi mangsa selalunya anak-anak.

Masa bersama, suami buat hibah RM500,000 utk dihadiahkan kepada isteri.
Tup-tup bercerai! Hibah tu takkan terbatal pun kalauibercerai.
Tetap jalan sambung mcm biasa

TAPI

Tapi banyak kes di mana hibah tu isteri buat sendiri. Dan isteri yang tolong bayar.
𝑪𝒐𝒏𝒕𝒐𝒉;
𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐬𝐢: Aliff
𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢: Aliff
𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡: Amira

Kat sinilah ada loophole, yang boleh menyebabkan hibah tu boleh diubah oleh ex-suami selepas penceraian. Sebab polisi hibah tu adalah MILIK Aliff, Aliff ada hak untuk menukar penerima (penama) hibah kepada orang lain. Bila-bila masa dia nak.

Walaupun selama ni hibah tu Amira yang tolong bayarkan setiap bulan!

Jadi macam mana para isteri seperti Amira nak secure part dia dan elak benda tu berlaku? Memastikan nafkah anak-anaknya tetap terjamin ada.

Ingat senang ke perempuan nak besarkan anak sorang-sorang dengan status janda kat dahi?

Saya nasihatkan korang buat macam ni.

Memandangkan pemilik polisi adalah orang yang berhak untuk buat keputusan tentang polisi hibah,

So, Amira jadilah pemilik polisi. Jangan letak nama Aliff.

Aliff letakkan sebagai orang yang dilindungi.

𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐬𝐢: Amira
𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢: Aliff
𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡: 100% Amira

So, kalau bercerai atau bergaduh macam mana sekalipun, Aliff takde hak nak buat apa-apa. Aliff bukannya pemilik polisi tu. Polisi tu pun dah ditandatangani oleh Aliff dan Amira, dan dipersetujui semua klausa polisi.

Kalau buat mcm ni, kita tak panggil cross hibah, tapi u-turn hibah.

Pemberi hadiah (hibah): Isteri
Penerima hadiah (hibah) : Isteri

Syaratnya, mintak izin suami.

Kita perempuan ni kena bijak tau.
Masa depan kita tak tahu macam mana.
Bukan nak mintak benda tak baik berlaku, tapi beringat tetap kena beringat. Demi anak-anak jugak. Bukannya nak kawin lain.

Kecuali lah kalau hibah tu suami yang bayarkan, dia yang nak buatkan, so biarlah dia jadi pemilik polisi.

Ni kalau korang yang bayar, kena bijak sikitlah. Betul tak?

Untuk bagi korang bukak mata pasal hibah ni, dan nak tutup mulut lelaki-lelaki yang tuduh perempuan akan guna hibah ni untuk kahwin lain, Meh saya pecahkan kos-kos basic yang para isteri kena tanggung selepas penceraian.

KIRAAN BASIC SAJA

1) 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 (𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧)
Taska : RM3,600
Pampers : RM2,400
Susu: RM1,200
Kos Sara Hidup: RM2,400

TOTAL RM9,600
𝐵𝑢𝑙𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑅𝑀800

2) 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 (𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧)
YURAN SEKOLAH = RM 32.00
BAYARAN TAMBAHAN = RM 220.00
YURAN PIBG = RM 150.00
YURAN BUKU = RM 100.00
YURAN LAIN-LAIN = RM 38.00
Belanja (sehari RM5) : RM1,000
Kos Sara Hidup : RM3,000

TOTAL RM 4,540.00
𝐵𝑢𝑙𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑅𝑀 400+-

Katakanlah korang dikurniakan 3 orang anak.
2 orang masih bersekolah & 1 orang masih kecil.
Kos bulanan RM1,600
Setahun kena ada dalam RM10,000

Untuk korang tanggung anak-anak sampai belajar Universiti, RM10,000 x 18 tahun : RM180,000

At least RM180,000 korang perlukan.

Ni basic je. Belum lagi kos hidup korang pulak. Tempat tinggal, petrol, bill api air. Kos tuntut harta sepencarian, turun naik mahkamah. Dan korang bukannya robot. Mestilah ada masa nak pergi healing jugak. Nak bawak anak-anak pergi jalan.
Balik kampung.

At least kena buat hibah RM300,000 kalau nak selesa.

Korang mesti tak pernah pecahkan kos-kos keperluan macam ni kan? Sebelum ni main agak-agak je.
Saya nasihatkan kiralah dari sekarang.

Tengok sendiri betapa banyaknya belanja nak besarkan anak-anak & teruskan hidup.

Hibah ni adalah fast cash, TUNAI, yang korang akan dapat dalam masa 14 hari selepas kematian suami @ ex-suami. Harta dia semua beku. Nak cairkan kena ada duit. Jangan selesa suami ada banyak duit, banyak aset. Sebab semua tu jadi pusaka lepas dia takde.

Dan jangan pulak pergi tanya pada isteri yang belum kehilangan suami tentang penting ke hibah. Tapi tanyalah balu-balu @ janda-janda.

Hibah RM150 je sekarang.
Lebih awal ambik, lebih murah. Waiting period pun cepat habis.

Jangan bertangguh, ikhtiar lah.
Ajal maut, Jodoh tu ketentuan Allah.

Kita tak boleh halang jika Dia menjemput suami kita pergi, atau bila jodoh tu dh takde, tapi kita boleh ikhtiar dari sekarang, bagaimana nak hidup selepas tu.

So nak simpan dalam tabung mae @ simpan dalam tabung hibah?

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗧 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟Sejak PKP May 2020, saya berhenti kerja dan terus masuk ke bidang hartanah sebagai ejen free...
03/06/2024

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗧 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟

Sejak PKP May 2020, saya berhenti kerja dan terus masuk ke bidang hartanah sebagai ejen freelance yang tak terikat dengan mana-mana syarikat. Dengan pengalaman hampir 4 tahun bekerja dengan Pemaju Perumahan, Alhamdulillah saya berjaya capai macam-macam impian walaupun bekerja sendiri.

Bidang hartanah adalah 𝑐𝑜𝑚𝑓𝑜𝑟𝑡 𝑧𝑜𝑛𝑒 saya.

3 tahun selepas tu, saya mula terfikir untuk tambah sumber pendapatan sebagai Ejen Takaful. Nak keluar dari comfort zone.

Ramai yang bertanya, "𝑱𝒂𝒅𝒊 𝑬𝒋𝒆𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒕𝒂𝒏𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒌𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆𝒏, 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌 𝒃𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌𝒂𝒇𝒖𝒍 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒌?"

Sebenarnya banyak faktor yang peribadi untuk saya tak boleh beritahu. Tapi salah satunya yang saya boleh cakap adalah, bidang hartanah ni tiada income yang tetap.

Pendapatan based on komisen. Ada bulan yang ada income, ada bulan yang zero income. Saya risau kalau satu hari nanti saya tak mampu dah menjual rumah, sekurang-kurangnya kena ada backup sumber income yang lain. Yang lebih stabil dan ada gaji setiap bulan.

Nak kerja makan gaji macam dulu, memang tak kot. Sebab dah bertahun-tahun kerja freelance haha. Lagipun faktor kesihatan saya pun tak mengizinkan.

Akhirnya saya ambik keputusan untuk pilih kerjaya yang paling senang untuk saya buat dan tak perlukan apa-apa pengalaman pun.

Saya pilih bidang 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟.

Permulaannya, saya tak tahu nak pilih company takaful mana. Saya bertuah ada kawan yang memang agent takaful dah 5 tahun, dan dia yang banyak ajar saya pasal kepentingan takaful dan membuka minda saya. Sebab tu bidang takaful ni tak skeptikal bagi saya. Saya masuk bidang ni tujuan saya nak tolong orang. Sama mcm saya menjual rumah, tujuan saya untuk bantu orang beli rumah. Saya rasa forte sy adalah kerja yang boleh bantu org. Haha.

Selepas survey beberapa company, akhirnya saya memilih untuk menjadi ejen yang mewakili syarikat AIA Takaful Berhad.

Sebab apa AIA? Sebab AIA ni satu nama yang gah & terbukti stabil dengan rekod tahunan bayaran baliknya. AIA mendapat tempat pertama dalam rekod Payout setiap tahun. Benda ni membuktikan yang AIA mampu untuk membayar berapa pun claim pelanggan.

Saya tak terkenal mana, rakan di Facebook pun tak ramai. Sebab tu saya pilih company AIA yang namanya memang dah semua orang tau. Sebut saja AIA, dah tahu dah tu insurans haha

Senang saya nak kenalkan diri. '𝐾𝑎𝑢 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔?' '𝐴𝑘𝑢 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝐴𝐼𝐴.' Simple. Haha.

Alhamdulillah saya start coded pada 14 May 2023.
Dah genap setahun pada 14 May 2024 yang lalu.

Masih teringat 2 bulan pertama saya jadi ejen, saya menangis tiap hari dan down teruk. Nak keluar dari comfort zone bukan senang. Kena buat benda yang kita tak pernah buat. Belajar macam-macam benda yang baru.

Ibarat saya waze tempat yang baru yang asing bagi saya, dan saya kene jalan jugak, tak boleh berhenti. Singgah R&R boleh, tapi tak boleh patah balik. Nak singgah lama-lama pun tak boleh, nanti tak boleh keluar tol. Kene fokus dengan matlamat dan terus ke depan.

Tapi Alhamdulillah sepanjang perjalanan tu ramai yang saya jumpa, yang tak lokek membantu bila saya lost dan bagi macam-macam tips berguna. Terutamanya leader saya Raja Sarah Sofiah , banyak bagi semangat dan tunjuk ajar. (𝑡ℎ𝑎𝑛𝑘 𝑦𝑜𝑢!)

Benda paling saya bangga dan bersyukur adalah saya memilih agensi yang tepat untuk saya bernaung. Iaitu HM Ameer Group.

Agensi saya adalah waze saya. Yang tunjuk saya jalan yang betul. Terpulang pada saya nak ikut atau tak je. Dari segi training, kelas, meeting & motivasi, semua cukup. Saya ikut jalan yang diberi selama 2 bulan pertama tu. Tanpa jemu.

Alhamdulillah masuk bulan ketiga saya dah mula faham selok belok dan boleh hafal jalan.

Saya berjaya capai kejayaan pertama menjadi Top 6 dalam agensi pada bulan ketiga. Sekaligus saya berjaya dapat bonus RM3,000 dan hadiah percutian ke Bangkok, Thailand.

Kejayaan tu jadi pemangkin semangat untuk saya buat lebih bagus lagi dan bantu ramai orang lagi. Kat luar sana ramai masih tak tahu pasal perlindungan takaful dan tak ada sesiapa tolong bagi awareness kat diorang.

Jadi di sini saya memohon doa dari anda semua. Saya ikhlas ingin terus berdakwah dalam bidang takaful, bidang yang saya dah terjatuh hati. Semoga saya dapat membantu lebih ramai orang lagi, dan menjadi Ejen Takaful AIA yang sentiasa amanah & jujur, yang bukan hanya mengejar komisen semata.

Saya percaya jika saya ikhlas untuk memudahkan urusan orang lain, Allah akan lorongkan jalan kepada saya & seiring dengan tu Allah akan melimpahkan rezeki yang berkat.

InsyaAllah.

Ingat nama saya tau

𝐀𝐓𝐈𝐐𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐒𝐑𝐈
𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝗔𝗴𝗲𝗻𝘁
HM Ameer Group
AIA Takaful Berhad

07/05/2024

Tips lepas dapat Hibah, mintak agent blurkan muka. Takut ada yg dengki & tamak 🫣

Tak cukup duit nak mohon perlindungan takaful? Nah bulan ni ada sebulan FREE caruman!Nak tahu tak 1 daripada 2 rakyat Ma...
11/12/2023

Tak cukup duit nak mohon perlindungan takaful? Nah bulan ni ada sebulan FREE caruman!

Nak tahu tak 1 daripada 2 rakyat Malaysia takde perlindungan takaful, dan alasan yang paling biasa diberikan duit tak cukup.

Sekarang kalau tak cukup nak simpan RM100/bulan untuk perlindungan takaful, macammana kalau esok tiba-tiba accident dan perlukan RM100,000??

Klik link kat bawah untuk tahu lebih lanjut!

Tak cukup duit nak mohon perlindungan takaful? Nah bulan ni ada sebulan FREE caruman! Nak tahu tak 1 daripada 2 rakyat Malaysia takde perlindungan takaful, dan alasan yang paling biasa diberikan duit tak cukup. Sekarang kalau tak cukup nak simpan RM100/bulan untuk perlindungan takaful, macammana kal...

Ada jugak manusia yang tak berhati perut macam ni tau!Aku nak share cerita pasal Hafizah & Danial ni. Diorang anak angka...
21/11/2023

Ada jugak manusia yang tak berhati perut macam ni tau!

Aku nak share cerita pasal Hafizah & Danial ni. Diorang anak angkat. Dipelihara dari umur sehari lagi. Mak & ayah angkat diorang dulu takde zuriat walaupun dah 11 tahun berkahwin. Sebab tu diorang decide ambik anak angkat. Sepasang- lelaki & perempuan. Memang Hafizah & Danial ni dijaga bagai menatang minyak yang penuh tau. Kasih sayang tak berbelah bagi diorang dapat. Macam cerita Khabi Khushi Kabhi Gham tu. Dijaga sampai besar cantik dan handsome macam Shah Rukh Khan.
Masa umur Hafizah & Danial 3 tahun, mak angkat diorang akhirnya mengandung. Alhamdulillah. Mungkin berkat jaga ambik anak angkat kot kan. Mak ayah angkat diorang anggap Hafizah dan Danial ni macam pembawa tuah.
So jadilah 3 beradik. Yang kandung tu perempuan, nama dia Syafiqah. Diorang bertiga memang rapat & baik dari kecik. Mak ayah angkat diorang tak bezakan kasih sayang pun. Anak angkat ke, anak kandung ke, sama je. Sebab tu Hafizah, Danial dengan Syafiqah rapat. Lepas diorang besar dan habis belajar universiti, Hafizah, Danial & Syafiqah disuruh kerja dengan syarikat ayah diorang. Ayah diorang buat business macam-macam. Diorang ikut jelah kan. Ayahnya pun dah makin berusia.
Malangnya satu hari tu, jadi benda yang mengubah hidup diorang 100%. Mak ayah diorang pergi menunaikan umrah. Malangnya mereka pergi tak kembali. Meninggal dunia kat sana.

Memang diorang tiga beradik tak sangka mak ayah diorang pergi tiba-tiba. Sedih teramat.
Yang paling sedih, lepas mak ayah diorang meninggal, Hafizah & Danial kena halau dari rumah oleh pakcik diorang, iaitu abang kandung arwah ayah diorang. Disebabkan diorang anak angkat, diorang memang takde hak sesen pun atas harta arwah ayah diorang. Walaupun dalam surat beranak dan IC berbin dan binti kan nama arwah ayah. Dan sebab atok diorang dah meninggal dan anak kandungnya anak perempuan pulak tu, pakcik dan makcik diorang ada hak ke atas harta tu. Dahlah pakcik yang dapat bahagian paling banyak. Hak Syafiqah lagi sikit.
Hidup Syafiqah walaupun teruk, tak seteruk Hafizah & Danial yang dihalau sehelai sepinggang. Diorang duduk rumah saudara yang ada belas kasihan. Kena start semula dari bawah. Apa yang diorang dah usahakan selama ni penat-penat dengan arwah, orang lain yang rasa hasilnya.
Kalau nak tahu.. klien aku yang share cerita ni berkenaan dgn hidup dia sendiri.

Nama dia Danial. Ya, Danial dalam cerita tadi tu dia lah.

Ingat tak arwah mak ayah angkat dia hantar belajar universiti? Dengan ijazah tu dia bangkit balik mula hidup baru.
Muka dia sayu je masa dia kata “Arwah mak ayah dulu memang ajar kami macam- macam tapi diorang tak ajar macam mana nak hidup tanpa diorang. Terkontang kanting saya iqah..”

“Tapi asbab tu saya belajar untuk nak elakkan benda sama berlaku kat anak-anak saya. Walaupun saya takde anak angkat, tapi adik Syafiqah saya tu anak kandung pun hidup sama menderita lepas arwah mak ayah meninggal.”

Pastu dia ambik nafas panjang dan pandang aku, “So macam mana Qah? Saya nak pastikan semua harta saya diurus masa saya masih hidup ni. Saya taknak buat silap yang sama. Tolong nasihatkan saya cara terbaik.” Masa ni nampak muka dia macam penat sangat. Mungkin dia flashback time dia susah dulu.
Aku mintak dia listkan satu-satu harta yang dia ada. Even seposen dalam bank pun tulis. Sebab semua tu akan jadi harta pusaka bila dia meninggal dunia.

Lepas dah siap listkan, aku pun tolong buat anggaran berapa bahagian isteri dan anak-anak dia dapat kalau harta tu semua tak diurus sebelum mati.

Hasil perbincangan kami 1 jam setengah tu, dia akhirnya setuju untuk buat Hibah takaful untuk isteri dan anak-anak. Kemudian aku nasihatkan jugak buat hibah harta untuk rumah dia, supaya nanti takde banyak harta faraid yang nak kena bahagikan.
Bahagi siap-siap masa hidup.

Insyallah dia setuju tapi tunggu cukup bajet dia proceed.
Itulah ceritanya. Aku share ni pun dengan keizinan dia. Dia harap sangat mak ayah yang ada anak angkat sediakan hibah untuk anak-anak tu, supaya tak susah macam dia. At least membantu jugak.
Untuk maklumat lanjut pasal hibah untuk anak angkat, boleh klik link kat bawah ni:

Atiqah Hasri
Hibah Takaful Advisor
https://hi.jomwasap.my/hibahmkaia

Jom tengok aku buat kiraan faraid.Abu Bakar meninggal dunia bulan lepas. Arwah meninggalkan seorang isteri 👩🏻‍🦰, 2 anak ...
19/11/2023

Jom tengok aku buat kiraan faraid.

Abu Bakar meninggal dunia bulan lepas. Arwah meninggalkan
seorang isteri 👩🏻‍🦰,
2 anak perempuan 👧🏻👧🏻,
seorang anak angkat lelaki 👦🏻

Arwah juga mempunyai
2 orang abang 👨🏻👨🏻
dan seorang kakak. 👩🏻‍🦱

Waris faraid disini semua yg diatas kecuali anak angkat lelaki (bukan darah daging).

Arwah Abu Bakar hanya meninggalkn wang kwsp sebanyak RM 100,000 sahaja semasa kematiannya.

Selepas tolak bayar hutang-hutang dan zakat & cukai yang tertunggak, bakinya tinggal RM 80,000.

Jom kita tengok pengiraan faraidnya;

1. Isteri (1/8) = RM 10,000
2. 2 anak perempuan (2/3) = RM 26,666 setiap seorang.
3. 2 abang (baki 2:1) : RM 6,666 setiap seorang
4. 1 kakak (baki 1:2) : RM3,333
5. Anak angkat lelaki : 0

Dari pengiraan faraid di atas, kalau Abu Bakar nk beri bahagian yg lebih kepada isteri, bolehlh buat hibah (hadiah) takaful. Hibah takaful boleh diberi pada anak angkat walaupun takde pertalian darah.

Jika korang takde anak lelaki & takde ayah, sediakanlah hibah sebab bila takde waris lelaki, bahagian faraid akan dapat pada adik beradik kita. Bukan nak buruk sangka pada adik beradik tau, cuma kita ambik iktibar apa yg dah jadi

Boleh contact aku kalau nak tanya pasal hibah dan faraid

https://hi.jomwasap.my/hibahmk2023

Atiqah Hasri
Hibah Advisor

Kalau diberi pilihan, korang nak jadi orang tua yang nampak muda dan masih bertenaga atau jadi orang tua yang bertongkat...
19/11/2023

Kalau diberi pilihan, korang nak jadi orang tua yang nampak muda dan masih bertenaga atau jadi orang tua yang bertongkat sakit lutut, sakit situ sakit sini? Terutama orang melayu, jarang kita jumpa makcik pakcik yang umur 55 tahun ke atas masih fit bertenaga dan tak bertongkat.

Korang sebagai anak-anak kena doakan bukan sahaja nak mak ayah panjang umur tapi doakan juga mak ayah sihat bertenaga dan dapat jalani hidup sebaiknya sampai ajal menjemput. Sebab selalu orang-orang tua memang aktif dan jenis tak reti duduk diam, tapi dari tabiat pemakanan diorang kalah.

Teh tarik tiap pagi, roti canai, nasi lemak, tu baru sarapan. Sebab tu statistik menunjukkan orang malaysia akan tiba-tiba dapat macam-macam penyakit bermula pada umur 50 tahun. Semua tu disebabkan gaya pemakanan yang tak sihat sejak muda. Paling membimbangkan air manis setiap hari mesti ada.

Kalau demam pun dah rasa sakit sangat, macam mana lah kalau ada penyakit-penyakit kritikal. Aku pernah tanya pada makcik pakcik yang dah tua dan sakit, apa yang diorang menyesal, diorang akan cakap menyesal tak jaga kesihatan & pemakanan.

Jom korang mulai hari ni nasihatkan mak ayah korang untuk jaga rutin apa yang diorang makan supaya dapat jalani hidup sebaiknya ya.

Kalau mak ayah degil, bagilah hadiah reward (umpan) kalau berjaya tinggalkan gula, contohnya. Boleh bagi hadiah pokok keladi untuk mak dan kasut baru untuk abah. Hehe. Selain dapat pahala beri hadiah, mak ayah kita jugak akan lagi bersemangat untuk jaga kesihatan.

Siapa dah baca sampai habis sila komen atau tag facebook mak ayah masing-masing 🤭

P/S: gambar ni gambar mak aku dengan kawan-kawan dia masa pergi Pulau Pangkor beberapa bulan lepas. Wahid senario pun layan je geng makcik-makcik yang aktif ni. Riuh mengalahkan senariooo😂 cuba teka mana satu mak aku? Haha

Address

Sitiawan
32000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kejor Yong Kejor - Atiqah A.H. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kejor Yong Kejor - Atiqah A.H.:

Share