20/10/2023
PENGALAMAN CLIENT
Hai uolls. Lama tak update muka buku. ðŸ¤
Hari nie dapat idea nak cerita pasal client Shira nie. Client nie umur 17 tahun lelaki anak pada member Shira. Kemalangan jatuh motor sendiri di kawasan perumahan rumah dia dan tiada lesen motor. Dia ada medikal kad sendiri yang mak dia ambil dan medikal kad company mak dia yang cover 1 family.
Dia balik rumah lepas jatuh tue dengan darah penuh kat mulut jadi mak dia terus pergi Hospital Swasta 1. Nak dijadikan cerita doktor yang handle kes dia di hospital 1 taknak ambil risiko rawat kes client nie sebab dia takde lesen. Katanya kalau pihak insurans tak cover sebab dia takde lesen, mak dia kena bayar hampir RM50k untuk kes kecederaan anak dia nie. Masa nie anak di diagnos zon kuning.
Jadi sebab doktor Hospital Swasta 1 tolak, mak dia bawa client nie ke Hospital GH dalam keadaan anak dia merintih sakit dan darah penuh dalam mulut. Bila sampai di Hospital GH, client yang sepatutnya berada di zon kuning didaftarkan kepada zon hijau di Hospital GH. Korang bayangkan dengan darah penuh dalam mulut, client diminta tunggu di zon hijau. Bayangkan sakit yang terpaksa client tahan beberapa jam hanya untuk dapatkan rawatan.
Oleh kerana mak client risaukan keadaan anak dia setelah 2 jam tunggu di Hospital GH. Jadi dia bawa kembali anak dia ke Hospital Swasta 1 dan sekali lagi doktor di sana menolak untuk merawat anaknya dengan alasan anak dia takde lesen.
Mak dia tak putus asa dan tawakal buat keputusan pergi ke Hospital Island untuk dapatkan rawatan dan yang paling mengejutkan, pihak Hospital Island tanpa banyak cakap merawat client nie dan uruskan bab kemasukkan ke wad. Alhamdulillah client nie berjaya dapatkan rawatan yang sepatutnya di Hospital Island setelah beberapa jam menghadapi kesakitan.
Alhamdulillah client dah dapatkan rawatan operation pasang plate di bahagian tulang yang patah dan dipasangkan pendakap gigi untuk pastikan gigi yang terselamat tak bergoyang.
Kesimpulan dari cerita yang Shira nak kongsikan dengan uolls nie ada 2 pengajaran. Korang dapat tangkap tak?
Cuba korang share apa yang korang paham dari cerita yang Shira kongsikan. 🥰
Shira Shahira
Bakal Ejen Takaful Awak
TEAM ISTERI BIJAK LAGI CANTIK