Azim Great Eastern Takaful Agency - AAA Agency

Call Directions Website Contact the business

Azim Great Eastern Takaful Agency - AAA Agency Risk Advisor, Financial Planner, Family Takaful Advisor

𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐓𝐈𝐏𝐔.𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐀𝐑𝐔𝐌 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐄?!Semoga Yang Lea diberikan kesembuhan. Syafakillah. Satu lagi b...
14/10/2026

𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐓𝐈𝐏𝐔.

𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐀𝐑𝐔𝐌 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐄?!

Semoga Yang Lea diberikan kesembuhan.

Syafakillah.

Satu lagi bukti bagaimana Takaful memberikan ketenangan fikiran (peace of mind) kepada keluarga ketika berdepan ujian kesihatan.

Apabila sijil Takaful diluluskan untuk waiver caruman, keluarga tidak lagi perlu meneruskan bayaran caruman seperti biasa, namun perlindungan tetap diteruskan mengikut terma dan syarat sijil.

Caruman tidak lagi menjadi beban, perlindungan terus berjalan, dan keluarga boleh memberikan fokus kepada perkara yang lebih penting — kesihatan serta rawatan terbaik untuk insan tersayang. ❤️

Inilah nilai sebenar Takaful. Bukan sekadar perlindungan kewangan, tetapi juga ketenangan dan harapan ketika keluarga paling memerlukannya.

Kerana kita tidak mampu menjangka ujian hari esok, tetapi kita mampu membuat persediaan hari ini.

Takaful — ikhtiar kita untuk melindungi mereka yang kita sayangi.

GM AHMAD AZIM
⁨012-501 9636⁩

BERNIAGA TAKAFUL — BUKAN SEKADAR MENJUAL, TETAPI MENJAGA.Kalau kita ingin lama dalam bidang servicing, tanpa mengira apa...
17/09/2026

BERNIAGA TAKAFUL — BUKAN SEKADAR MENJUAL, TETAPI MENJAGA.

Kalau kita ingin lama dalam bidang servicing, tanpa mengira apa jua bidang sekalipun, satu perkara yang paling penting ialah kita benar-benar hadir apabila pelanggan memerlukan kita.

Dalam insurans dan takaful, ada saat-saat tertentu yang membuatkan kita sedar betapa besarnya nilai sebuah perlindungan.

Bayangkan ketika orang yang kita sayangi jatuh sakit.

Di saat hati sedang risau memikirkan keadaan mereka, alangkah tenangnya apabila kita masih mampu tersenyum dan bertenang kerana tahu urusan bil rawatan telah ada pihak yang bersama-sama membantu menyelesaikannya.

Ketika itulah kita faham…

Kita bukan sekadar menjual polisi atau sijil takaful.
Kita sedang membantu menyediakan ketenangan untuk sebuah keluarga.

Dan kepada semua peserta takaful, terima kasih kerana bersama-sama menyumbang ke dalam Tabung Tabarru’.

Sumbangan kita mungkin kelihatan kecil secara individu, tetapi apabila dikumpulkan bersama, ia menjadi satu bentuk saling membantu apabila ada antara kita yang diuji.

Inilah semangat takaful.

Saling membantu.
Saling melindungi.
Saling meringankan beban.

Dan kepada para ejen, teruslah buat servicing dengan penuh amanah.

Kerana mungkin suatu hari nanti, panggilan daripada seorang pelanggan yang sedang berdepan ujian kesihatan menjadi sebab kita sedar bahawa pekerjaan ini lebih besar maknanya daripada sekadar mencari rezeki.

Kita jaga kita.
Kita bantu kita.
Itulah takaful. ❤️

P/S: Ada yang nak tahu harga pelan keluarga? Jangan segan tanya saja.

GM AHMAD AZIM
⁨012-501 9636⁩

Alhamdulillah 30/03/2026, dalam satu hari sahaja, GL issue tanpa ada banyak cekadak. Customer happy. Agent lagi la happy...
30/03/2026

Alhamdulillah

30/03/2026, dalam satu hari sahaja, GL issue tanpa ada banyak cekadak.

Customer happy.
Agent lagi la happy!

Nak tanya medical card family, roger ajer!

Tanya bukan kena duit!

GM AHMAD AZIM
012-501 9636


Kalau stop takaful setengah jalan, syarikat takaful tidak pernah rugi. Yang rugi adalah peserta. Syarikat takaful hanya ...
15/03/2026

Kalau stop takaful setengah jalan, syarikat takaful tidak pernah rugi.

Yang rugi adalah peserta.

Syarikat takaful hanya pemagang amanah yang diberikan oleh peserta takaful untuk membantu mengendalikan tabung tabarru.

14/03/2026

𝑺𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒚𝒂𝒉 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒈𝒊…
tetapi komitmen keluarga tidak akan hilang.

Rumah masih perlu dibayar.
Kereta masih ada installment.
Yuran sekolah anak masih berjalan.
Ibu ayah masih perlu dijaga.
Makan minum keluarga tetap perlu diteruskan.

Tetapi orang yang selama ini memikul semuanya…
sudah tiada.

Pada hari pengebumian, ramai datang menangis.
Selepas beberapa minggu… hidup kembali seperti biasa.

Tetapi bagi seorang isteri dan anak-anak,
itulah permulaan kehidupan yang paling berat.

Kerana komitmen tidak pernah berhenti
walaupun seorang ayah telah pergi.

Jangan tinggalkan keluarga dalam kesengsaraan.

Tinggalkan mereka dengan hadiah terakhir seorang ayah.

Hibah Takaful

Kasih sayang seorang ayah
walaupun selepas dia tiada.

Jika anda seorang ayah yang sayangkan keluarga,

Whatsapp saya segera untuk keterangan lanjut.
Inilah waktunya, disaat risiko makin memuncak menjelang cuti panjang atau musim perayaan.



“𝑻𝑨𝑲 𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼 𝑨𝑴𝑩𝑰𝑳 𝑴𝑬𝑫𝑰𝑪𝑨𝑳 𝑪𝑨𝑹𝑫, 𝑲𝑨𝑵 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑨𝑵𝒀 𝑫𝑨𝑯 𝑩𝑨𝑮𝑰?”Ramai orang berkata begitu.Tetapi peliknya, ramai juga sahabat di A...
12/03/2026

“𝑻𝑨𝑲 𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼 𝑨𝑴𝑩𝑰𝑳 𝑴𝑬𝑫𝑰𝑪𝑨𝑳 𝑪𝑨𝑹𝑫, 𝑲𝑨𝑵 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑨𝑵𝒀 𝑫𝑨𝑯 𝑩𝑨𝑮𝑰?”

Ramai orang berkata begitu.
Tetapi peliknya, ramai juga sahabat di AAA Agency masih memilih untuk mengambil medical card peribadi dan hibah takaful, walaupun sudah ada medical card daripada company.

Kenapa?

Kerana mereka sedar satu perkara:

Medical card dari company bukan perlindungan seumur hidup.

Sebelum anda yakin mengatakan ia sudah mencukupi, cuba jawab beberapa soalan ini dalam hati.

1️⃣ Berapa sebenarnya coverage medical card daripada company anda?
Adakah hadnya benar-benar mencukupi jika berlaku penyakit serius?

2️⃣ Selepas bersara nanti, adakah company masih akan menanggung kos rawatan anda?
Kebanyakan company hanya menyediakan group insurance semasa anda masih bekerja.
Apabila bersara, perlindungan itu biasanya turut berakhir.

Pada waktu itu, sanggupkah anda menunggu lama di hospital kerajaan hanya untuk mendapatkan rawatan seperti MRI atau pembedahan penting?

3️⃣ Jika anda diberhentikan kerja kerana masalah kesihatan, apa akan jadi kepada medical card company?
Masih ada?
Atau terus tamat?

Dan pada waktu itu,
adakah mana-mana syarikat takaful masih mahu menerima permohonan anda?

4️⃣ Pernah fikir berapa mahal caruman medical card jika anda baru mahu mengambilnya pada usia 55 tahun?

5️⃣ Jika ketika itu anda sudah mempunyai darah tinggi, diabetes atau penyakit lain…
Adakah permohonan anda masih akan diluluskan?

𝐀𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚.

⸻

Persoalannya sekarang…

Kenapa kita begitu yakin untuk mengambil medical card apabila sudah tiada pendapatan,
sedangkan ketika masih sihat dan masih mampu menjana income, kita memilih untuk menolaknya?

Fikirkan.

Perlindungan bukan untuk hari yang senang.
Ia untuk hari yang kita paling tidak bersedia menghadapinya.



𝑯𝑨𝑲𝑰𝑲𝑨𝑻 𝑷𝑨𝑯𝑰𝑻 𝑴𝑬𝑵𝑪𝑨𝑹𝑼𝑴 𝑻𝑨𝑲𝑨𝑭𝑼𝑳.Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang terselindung di sebalik sesuatu perkara.Sebab itu,...
11/03/2026

𝑯𝑨𝑲𝑰𝑲𝑨𝑻 𝑷𝑨𝑯𝑰𝑻 𝑴𝑬𝑵𝑪𝑨𝑹𝑼𝑴 𝑻𝑨𝑲𝑨𝑭𝑼𝑳.

Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang terselindung di sebalik sesuatu perkara.

Sebab itu, belajarlah untuk sentiasa berlapang dada menerima pandangan dan pendapat orang lain. Fikirkan secara rasional sebelum membuat kesimpulan, walaupun hakikatnya mungkin pahit untuk diterima.

𝐘𝐚… 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐡𝐢𝐭.

Pahit apabila perlu membayar takaful setiap bulan.
Pahit apabila bertahun-tahun tidak pernah membuat sebarang tuntutan.
Dan lebih pahit apabila berlaku repricing yang menambah komitmen.

𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐢𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩 𝐭𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥.

Ia dibina atas asas tolong-menolong, di mana sebahagian caruman disumbangkan ke dalam tabung tabarru’, iaitu tabung perkongsian sesama peserta untuk membantu mereka yang ditimpa musibah.

Apabila kita menyumbang untuk membantu orang lain, jarang sekali kita menyesal kerana telah memberi.

Mungkin terasa pahit hari ini.

Namun suatu hari nanti, apabila ujian kesihatan datang tanpa diduga, medical card itulah yang akan menjadi jalan keluar kepada tekanan kewangan yang besar.



𝑰𝑵𝑰 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑨𝑵𝑨𝑲-𝑨𝑵𝑨𝑲 𝑨𝑵𝑫𝑨.Hibah daripada seorang ayah.Kasih sayang yang tidak berakhir walaupun jasadnya sudah tiada.Ia a...
06/03/2026

𝑰𝑵𝑰 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑨𝑵𝑨𝑲-𝑨𝑵𝑨𝑲 𝑨𝑵𝑫𝑨.
Hibah daripada seorang ayah.
Kasih sayang yang tidak berakhir walaupun jasadnya sudah tiada.

Ia adalah hadiah terakhir daripada seorang lelaki
yang pernah berjuang siang malam,
mengorbankan tenaga, masa dan hidupnya
demi melihat anak-anaknya hidup lebih baik.

⸻

Jika anda seorang ketua keluarga yang:

• Betul-betul sayangkan keluarga
• Percaya kasih sayang seorang ayah tidak terhenti hanya ketika dia hidup
• Mahu meringankan beban waris yang terpaksa menjaga anak-anak anda

𝑰𝑵𝑰 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑨𝑵𝑫𝑨.

⸻

Tetapi kalau anda:

• Sudah tinggalkan harta bertimbun dalam dan luar negara
• Isteri anda masih muda, cantik, dan mudah cari pengganti

(ala-ala Fasha Sandha atau Nora Danish)

𝑨𝑵𝑫𝑨 𝑩𝑶𝑳𝑬𝑯 𝑺𝑪𝑹𝑶𝑳𝑳 𝑳𝑨𝑱𝑼-𝑳𝑨𝑱𝑼.
𝑰𝑵𝑰 𝑴𝑼𝑵𝑮𝑲𝑰𝑵 𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑨𝑵𝑫𝑨.

⸻

TAPI…

Kalau isteri anda sudah berkorban separuh hidupnya untuk anda.
Menjaga rumah.
Menjaga anak.
Menjaga keluarga.

Sampai kadang-kadang penatnya jelas di wajahnya.

Dan anda tahu…

Tidak ramai lelaki di dunia ini yang sanggup sambung tanggungjawab anda jika anda tiada.

𝑯𝑰𝑩𝑨𝑯 𝑰𝑵𝑰 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑰𝑺𝑻𝑬𝑹𝑰 𝑨𝑵𝑫𝑨.
𝑫𝑨𝑵 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑨𝑵𝑨𝑲-𝑨𝑵𝑨𝑲 𝑨𝑵𝑫𝑨.

⸻

Kerana kasih sayang seorang ayah yang sebenar
tidak pernah berhenti walaupun selepas kematian.

KASIH SAYANG YANG TIADA PENGHUJUNG.

Klik wasap untuk info lanjut


Bila leader fokus pada ilmu & disiplin, agent belajar berdikari.Bila leader fokus pada duit, agent belajar bergantung.
01/03/2026

Bila leader fokus pada ilmu & disiplin, agent belajar berdikari.

Bila leader fokus pada duit, agent belajar bergantung.

Hari ini anak masih berlari di rumah terbuka…esok belum tentu dia tidur di bilik sendiri.Musim raya bukan sekadar ziarah...
28/02/2026

Hari ini anak masih berlari di rumah terbuka…
esok belum tentu dia tidur di bilik sendiri.
Musim raya bukan sekadar ziarah dan kegembiraan.
Ia juga musim:
jangkitan kontak rapat
virus mudah merebak
kanak-kanak paling fragile kerana imun mereka masih belum kuat.
Ramai ibu ayah hanya sedar satu perkara bila doktor sudah berkata:
“Anak perlu dimasukkan ke wad segera.”
Ketika itu…
bukan lagi soal demam.
Tetapi soal:
💸 deposit hospital
💸 bil rawatan pakar
💸 keputusan pantas dalam keadaan panik.
Dan soalan paling menyakitkan biasanya ialah:
“Kenapa dulu tangguh ambil medical card untuk anak?”
Jangan tunggu sakit baru mahu lindungi.
Medical card bukan untuk orang sakit.
Ia untuk ibu ayah yang mahu bersedia sebelum perkara buruk berlaku.
Klik WhatsApp sekarang untuk penerangan ringkas perlindungan medical card kanak-kanak.

Address

43-2 Jalan Iconic Point, Iconic Point
Simpang Ampat
14100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

0125019636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azim Great Eastern Takaful Agency - AAA Agency posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azim Great Eastern Takaful Agency - AAA Agency:

Shortcuts

Share