ShahirSharba & Co.

ShahirSharba & Co. We provides a financial services from AIA Public Takaful, CIMB Principal Asset Management & As-Salih

Anak dua ❤️❤️
09/01/2021

Anak dua ❤️❤️

*_HIBAH TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI GAJI SUAMI !_*Adakah anda dan suami bekerja? Jemput baca.. .✅ Gaji suami : RM3000✅ Gaj...
11/04/2020

*_HIBAH TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI GAJI SUAMI !_*
Adakah anda dan suami bekerja? Jemput baca.. .

✅ Gaji suami : RM3000
✅ Gaji Isteri. : RM3000
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TOTAL : RM6000
➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Komitmen bulanan : -
💰Sewa Rumah RM800 (Anggaran shj)
💰 Kereta 2 biji RM1000
💰 Bil air/elektrik = RM100
💰 Bil Astro = RM100
💰 Bil Phone= RM200
💰 Perbelanjaan anak-anak = RM1000
Total RM3200
Balance tinggal lagi RM2800 untuk 1 family belanja selama 1 bulan

Then cuba bayangkan suatu hari nanti INCOME SUAMI TERPUTUS SELAMA-LAMANYA disebabkan :

❌ 1. Kematian (Meninggal)
❌ 2. Penyakit kritikal (Kanser, Jantung, Buah Pinggang DLL)
❌ 3. Hilang upaya kekal (LUMPUH)
RM6000 – RM3000 = RM3000
Akibatnya ISTERI anda terpaksa menanggung 100% perbelanjaan yang ditinggalkan oleh anda!

Gaji isteri = RM3000
Total belanjaan = RM3200
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Jadi Negative = - RM 200
➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Dan tidak ada lebihan langsung untuk isteri dan anak-anak buat belanja selama sebulan!

Sebab itu kami di Takaful galakkan anda sebagai ketua keluarga untuk asingkan RM100 sebulan & HIBAHkan terus RM250,000 kepada waris anda!

Tiada isteri yang marah pada suami yg tinggalkan RM250,000 untuk diri & anak2 mereka.

Ke sayang nak keluarkan RM100 sebulan untuk sediakan hibah buat keluarga tersayang???

☔️ Buat pilihan yang bijak. Anda mampu mengubah Masa Depan anda 🧚🏻‍♀️

***********************************************************************
Sila tinggalkan maklumat seperti bawah ini di ruangan komen untuk dapatkan harga caruman minimum simpanan yg tepat dan kenyataan ringkas tentang account Hibah anda.. Nama :.. Umur :.. Pekerjaan :.. No tel :
***********************************************************************
Atau
Untuk keterangan lebih lanjut,
Bole KLIK terus Link Wasap ni 👇🏻👇🏻

https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572

ShahirSharba & Co.
AIA Elite Life Planner
As-Salihin Trustee Berhad

NAK BUAT MEDICAL KAD UTK FAMILY TP BAJET TAK BANYAK BOLEH TRY PELAN JIMAT NI 😱Buat apa bayar lebih kalau ada pelan cover...
06/04/2020

NAK BUAT MEDICAL KAD UTK FAMILY TP BAJET TAK BANYAK BOLEH TRY PELAN JIMAT NI 😱

Buat apa bayar lebih kalau ada pelan cover 1 family yg lagi jimat kan. Janji semua ahli keluarga ada perlindungan.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
PILIHAN PAKEJ MAMPU MILIK :

1. Lelaki (Individu)
2. Perempuan (Individu)
3. Pasangan (Suami + Isteri)
4. Keluarga (Suami + Isteri + Max 4 orang anak)
5. Ayah & Anak (Ayah + Max 4 orang anak)
6. Ibu & Anak (Ibu + max orang anak)

FAKTA-FAKTA PAKEJ FAMILY TAKAFUL AIA !
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
1) LIMIT TAHUNAN ADALAH KE ATAS INDIVIDU.
Limit tahunan Family Takaful adalah mengikut individu dan tidak pernah ada istilah share limit.
Kalau satu medical kad mempunyai limit tahunan RM150,000 maka setiap individu keluarga tersebut akan mempunyai limit tahunan RM150,000 & Had Limit Seumur Hidup Unlimited 😱
2) SATU KELUARGA BOLEH MASUK SEKALIGUS.
Tiada masalah Untuk Satu Keluarga Masuk Sekaligus, Fakta selain daripada ini adalah AUTA.. Jika mahukan Contoh Claim History, inbox saya.
3) JIKA PEMILIK POLISI MENINGGAL, ANAK-ANAK MACAM MANA?
Peranan agent anda untuk gantikan policy lama dengan policy baru. Jika anak-anak masih bawah umur, penjaga boleh jadi pemegang policy.Tempoh menunggu dan penyakit sedia ada akan di"waive"kan.
4) PLATINUM HOSPITAL.
Jika anda memilih untuk admit di Hospital Platinum Berdekatan Anda, Anda Tak Perlu Risau Tentang Deposit Kemasukan & Proses Kemasukan Wad Akan lebih Pantas,
5) COVER MAXIMUM 6 ORANG (Suami+Isteri+4Anak)
Jika Anak Anda Baru 2 Orang, Untuk Anak Ke 3 & 4 anda tak perlu tambah bayaran, cuma serah kan details anak utk dimasukkan dalam Plan Family, dan kata HOREYYY!! MUDAHNYA DENGAN ADANYA PELAN MEDICAL DARI AIA.
✳️ Quotation PERCUMA :
=============================
Untuk FAST ACTION & FAST RESPON, boleh terus KLIK link ni utk terus Whatsapp :

** FREE SOUVENIR DARI AIA 2020 UTK 30 ORG TERAWAL
https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572

ShahirSharba & Co.
AIA Elite Life Planner

SIMPANAN anda sekarang cukup tak nak bayar bil hospital?? 🤔🤔🤔😳 Sekelip Mata saving boleh habis kalau admit hospital. Kal...
04/04/2020

SIMPANAN anda sekarang cukup tak nak bayar bil hospital??
🤔🤔🤔

😳 Sekelip Mata saving boleh habis kalau admit hospital. Kalau dah diberi pilihan bil ditanggung oleh AIA kenapa nak gunakan saving lagi 😊😊😊

📲 https://wa.me/60135922572
📲 https://wa.me/60135922572
AIA Takaful tengah ada medikal plan complete untuk awal tahun ni sekali ada hibah pampasan kematian dan cacat kekal.

💥Apa Kelebihan plan ni :
✅PERUBATAN SETAHUN DARI RM100k sehngga RM1juta tanpa had seumur hidup
✅ HIBAH / PAMPASAN kematian tanpa perlu faraid
✅ DANA SIMPANAN / DANA PENDIDIKAN UNTUK ANAK2
✅ PENGGANTIAN GAJI jika berlaku kematian/cacat kekal
✅ PENGURUSAN HUTANG jika berlaku kematian/cacat kekal
PM atau Whatsapp saya sekarang untuk lebih detail dan quotation,free je saya bg!😊🤙🏻
====================================
KELEBIHAN TAMBAHAN MEDICAL CARD AIA
====================================
➡️ VIP Medical Card
➡️Platinum Hospital (tanpa deposit kemasukan wad)
➡️ Perlindungan sehingga 1.1 JUTA setahun
➡️ TIADA Ko-Takaful - Full Coverage
➡️TIADA Had Limit Seumur Hidup
➡️TIADA perkongsian Limit- Perlindungan Tahunan Berasingan
➡️ 'JUST SWIPE' - Kemasukan & Keluar Wad Yang Pantas
➡️ Customer Service 24 jam (call centre)
➡️ Lebih 90 Panel Hospital Swasta seluruh Malaysia
➡️ Guaranteed Renewable (Auto Renew)
➡️ Perlindungan Sehingga 100 tahun
➡️Aplikasi 'aia locator' di telefon bimbit
➡️Umur kemasukan seawal 14 hari & maksimum umur kemasukan 70 tahun.
➡️Ada plan untuk permohonan Medical Card bagi bayi dalam kandungan seawal 14 minggu kandungan.

📲 https://wa.me/60135922572
📲 https://wa.me/60135922572
📲 https://wa.me/60135922572

ShahirSharba & Co.
AIA Elite Life Planner
0135922572



Let’s talk
04/04/2020

Let’s talk

03/04/2020
Kenapa perlu ada Income Protection _________________________________________________Bagaimana kita nak kira “life covera...
03/04/2020

Kenapa perlu ada Income Protection

_________________________________________________

Bagaimana kita nak kira “life coverage” atau pampasan takaful sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh?

Ada 2 kaedah yang boleh diguna pakai untuk menentukan nilai pampasan takaful:

1- Capital Liquidation (Pencairan Modal) –garis panduan LIAM- iaitu bersamaan 10 Tahun Gaji.

Cara Pengiraan:

Gaji Anda Sebulan x 12 bulan x 10 tahun = Nilai Pampasan

Contoh: RM3000 x 12 x 10 = RM360,000

Kenapa 10 tahun gaji? Sebabnya, supaya coverage tersebut dapat menggantikan pendapatan pemegang polisi selama 10 tahun. Jadi, sekiranya berlaku musibah kematian atau lumpuh kepada pemegang polisi, dia atau keluarga akan menerima pampasan bersamaan 10 tahun pendapatan. Pemegang polisi atau keluarga boleh gunakan RM36, 000 setiap tahun hingga 10 tahun (pencairan modal).

2- Capital Conservation (Pengekalan Modal) - Kaedah ini perlukan pengiraan pendapatan pasif ‘passive income’ yang perlu dihasilkan seandainya berlaku kematian atau lumpuh.

a. Anda perlu andaikan pendapatan tahunan = pendapatan pasif yang perlu dihasilkan. Sekiranya kiraan tahunan pendapatan bersamaan RM36, 000 setahun, maka pendapatan pasif yang perlu dihasilkan juga RM36, 000.

b. Pendapatan pasif perlu berdasarkan return of investment (ROI) yang paling mudah diperolehi. Contohnya: ASB atau Tabung Haji dengan ROI 6%-8% setahun.

c. Andaikan anda rancang untuk menyimpan duit pampasan takaful di Tabung Haji dengan mengambil kira purata bonus TH sebanyak 6% setahun.

Cara Pengiraan:

(Gaji Anda Sebulan x 12 bulan) / 6% = Nilai Pampasan

Contoh: (RM3000 x 12) / 6% = RM600, 000.00

Dengan kaedah pengekalan modal ini, seseorang yang berpendapatan RM3000 sebulan atau RM36,000 setahun memerlukan perlindungan pendapatan sebanyak RM600,000.00.

Sekiranya berlaku kematian atau lumpuh, wang pampasan RM600,000.00 tersebut dapat digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif yang bersamaan pendapatan bulanannya.

Kelebihan kaedah Pengekalan Modal ini ialah wang pampasan tidak akan menyusut kerana wang yang diambil hanyalah wang keuntungan sahaja.

https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572

ShahirSharba & Co.
AIA Elite Life Planner
As-Salihin Trustee Berhad

Ramai yang beranggapan, sebaik sahaja meninggal dunia harta pusaka akan diagihkan secara automatik kepada waris.Sedangka...
03/04/2020

Ramai yang beranggapan, sebaik sahaja meninggal dunia harta pusaka akan diagihkan secara automatik kepada waris.

Sedangkan, hakikatnya tidak. Semua harta akan dibekukan sementara & tak boleh dipindahmilik selagi proses pentadbiran harta pusaka secara faraid belum selesai.

https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572

ShahirSharba & Co.
AIA Elite Life Planner
As-Salihin Trustee Berhad

NAK BUAT LOAN BELI RUMAH WAJIB KE AMBIL INSURANS DENGAN BANK ??🤔🤔🤔_________________________________________________Nak b...
03/04/2020

NAK BUAT LOAN BELI RUMAH WAJIB KE AMBIL INSURANS DENGAN BANK ??🤔🤔🤔

_________________________________________________

Nak buat loan beli rumah kena ambil insuran?

Tak tahu yang mana satu nak kena ambil?

MRTA/MRTT atau MLTA/MLTT?

Pernah dengar lagu KELIRU nyanyian Ajai & Nurul? Hehe, bukan bab cinta ja yang ramai orang keliru. Bab insuran untuk loan rumah lagi ramai yang keliru sampai mata pun boleh jadi biru!

Pertama sekali ,anda kena faham maksud MRTA,MRTT,MLTA & MLTT.

MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA – Mortgage Level Term Assurance
MLTT – Mortgage Level Term Takaful

Perkataan 'Reducing' , 'Level' , 'Assurance' & 'Takaful' membezakan setiap pelan pelindungan yang anda pilih. Bahasa mudahnya untuk anda faham, perkataan assurance merujuk kepada insuran konvensional manakala takaful- islamic insuran yang patuh syariah. Sebagai muslim, mahu atau tidak pilihan terbaik yang kita adalah produk dari takaful.

Jom kita lihat sedikit point penting perbezaan antara MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT.

Untuk pengetahuan anda, bank selalunya akan menawarkan MRTA/MRTT untuk perlindungan loan rumah anda. Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? Jawapannya adalah tidak wajib.

Walaupun tidak wajib,bank sebagai pemberi pinjaman ,mereka berhak untuk 'secure' pinjaman yang diberikan. Salah satu sebab yang paling utama, MRTA/MRTT adalah lebih selamat pada pihak bank kerana bayaran untuk plan ini dibayar sekali sahaja atau dimasukkan bersama loan anda. Mungkin anda rasa seperti dipaksa oleh bank tapi persoalannya, jika anda tiada MRTA/MRTT siapa yang akan bayar baki loan rumah jika berlaku musibah kematian kepada anda(peminjam)?

Kita ambil contoh kisah Ahmad. Saya sendiri pun tak kenal Ahmad ni. Beli rumah dengan pinjaman RM500k.Ambil MRTA/MRTT dengan harga RM15k,boleh dibayar lumpsum atau dimasukkan ke dalam loan.Yang pastinya,ramai orang diluar sana malas nak fikir,masukkan saja sekali dengan loan.Nah,bayar sekali dengan interest.

Tempoh pinjaman 30 tahun. Andaikan berlaku kematian pada Ahmad pada tahun ke 15 bayaran pinjaman.Baki loan RM250k lagi di bank akan diselesaikan oleh pihak insuran.Selesai dan hanya dapat sebuah rumah.

Jadi, sampai disini dah faham bagaimana MRTA/MRTT berfungsi?

Hadam dulu.

Dah hadam?

Okay seterusnya seperti yang saya katakan diatas, MRTA/MRTT bukan satu kewajiban kerana anda masih ada alternatif lain iaitu dengan mengambil MLTA/MLTT.

Ramai sekarang yang memilih untuk mengambil MLTA/MLTT. (Option yang 'handsome' bagi orang orang yang ambil tahu)

Memiliki plan ini untuk perlindungan loan rumah anda memerlukan komitmen pembayaran secara berkala, bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.

Plan ini mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh pelindungan. Salah satu yang menarik tentang plan ini, jumlah nilai simpanan ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan anda bagi menyelesaikan baki loan rumah anda. Loan anda dilindungi dan hutang pun cepat selesai.

MLTA/MLTT ini juga anda boleh 'attach' dengan rider-rider perlindungan tambahan yang lain seperti manfaat sakit kritikal, manfaat kematian akibat kemalangan dan banyak lagi.

Jika anda seorang penggila hartanah, mempunyai lebih dari sebuah rumah, anda boleh consider untuk memiliki plan ini memandangkan plan ini boleh boleh melindungi kesemua pinjaman loan rumah anda dalam satu plan yang sama.

Saya beri contoh yang mudah untuk anda faham.

Si Jamil Membuat pinjaman loan rumah RM500.000 dan mengambil MLTT perlindungan untuk loan RM500.000 dengan bayaran bulanan RM250/sebulan.

Tempoh pinjaman Jamil adalah 30 tahun.

Pada tahun ke 15, Jamil meninggal.

Isteri beliau akan menerima pampasan MLTT berjumlah RM500.000 + cash value (nilai simpanan semasa)

Baki loan RM250.000 lagi akan diselesaikan melalui Pampasan RM500.000 + cash value. Selepas ditolak hutang loan, baki di tangan isteri adalah RM250.000 + cash value (simpanan).

Wow!

Rumah dapat, instant cash pon dapat! Pastinya bebanan kewangan isteri dan anak anak lebih ringan. Isteri dan anak-anak boleh survive dengan duit itu! Betulkan?

Siapa yang bijak sekarang??

Nak tinggal sebuah rumah atau nak tinggal sebuah rumah + extra cash kepada isteri dan anak-anak.

Fikir fikir dulu.

Nak tahu lebih lanjut. PM atau klik link whatsapp di bawah :-

https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572

ShahirSharba & Co.
AIA Elite Life Planner

Kepentingan dan kelebihan hibah takaful_____________________________Ini kisah Mak Cik Kiah (Bukan nama sebenar).Mak Cik ...
02/04/2020

Kepentingan dan kelebihan hibah takaful

_____________________________

Ini kisah Mak Cik Kiah (Bukan nama sebenar).

Mak Cik Kiah dah buat wasiat dan hibah bagi sebahagian hartanya. Semasa sesi konsultansi saya dah terangkan kepentingan hibah takaful, tetapi hatinya masih belum terbuka untuk buat.

Tapi baru-baru nie, Mak Cik Kiah call saya untuk buat hibah takaful.

“Ai kak, hari tu saya explain kata nanti dulu. Kenapa nie. Nak suruh buat cepat-cepat p**a?” saya bertanya dengan curiga.

“Itu la dik, kawan akak baru meninggal. Wasiat tak de, hibah tak de. Apa-apa pon tak de. Hibah takaful lagi la. Sekarang dah mula masing-masing claim harta arwah. Yang kesiannya, kawan akak ibu tunggal.”

“Akak ada bagitahu dia untuk buat apa yang patut untuk pengurusan harta nie, tapi dia kata nanti la. Sibuk sekarang. Itu yang akak lagi kesian.” Mak Cik Kiah bercerita dengan sedih.

Saya pon tak terkata apa-apa. Hanya mendiamkan sendiri sahaja. Sebab saya pun pernah alami pengalaman macam tu.

Pernah saya follow-up mereka yang pernah tanya berkenaan wasiat / hibah / hibah takaful nie. Isteri arwah yang jawab.

Text dari whatsapp: Maaf En, suami saya dah meninggal sebulan lepas. Rasa menyesal sebab hari tu tak terus buat tindakan. Saya dan suami dah bincang tapi masih belum ambil tindakan saja.

Saya cuma berkongsi, yang buat keputusan anda.

Ok cerita puan Mak Cik Kiah p**a, saya buat sebut harga, dan Mak Cik terus proceed dengan hibah takaful. Selesai.

_________________________________________________

Apa itu hibah takaful?
Pada umumnya masyarakat tidak berminat dengan hibah takaful nie, bila ejen takaful datang mesti ramai larikan? Dah macam nampak hantu. Haha

Ok, berbalik kepada topik nie, hibah takaful adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa mengharapkan balasan semasa hidup dalam bentuk pampasan takaful. Ia mula diperkenalkan didalam industri takaful selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 wujud.

Mudah kata pemberian hibah yang akan diterima oleh penerima akan berkuat-kuasa selepas kematian pemilik polisi. Tak sama dengan hibah harta, ia akan diserahkan terus semasa hidup. Terus tukar nama dalam geran.

_________________________________________________

Kepentingan dan kelebihan hibah takaful
1 – Selesaikan hutang

Cerita bab hutang nie, zaman sekarang siapa yang tak berhutang? Orang kaya juga berhutang. Bab hutang nie, jangan main-main. Ada kes sampai letak nota di batu nisan nak bagitahu pada waris arwah.

Keutamaan membayar hutang adalah tanggungjawab diri sendiri, waris tidak wajib untuk melunaskan si mati. Saya terbaca post Majlis Agama Islam Selangor, menyatakan hutang tidak akan terhapus sehingga ia diputuskan oleh Allah swt nanti. Walaupon arwah mati syahid. Termenung j*p saya, itu yang mati syahid pon hutang kekal sampai kiamat, kita apalah lagi.

“Diampun semua dosa orang yg mati syahid kecuali jika dia mempunyai hutang (dengan manusia).” (Riwayat Muslim)

Hutang akan diselesaikan terlebih dahulu selepas menolak kos pengurusan jenazah dan diselesaikan hutang sebelum diagihkan kepada waris faraid. Jika harta yang ada boleh selesaikan hutang ok la, tapi lebih baik kekalkan harta tanpa dicairkan.

2 – Pengganti pendapatan

Ini mudah nak explain. Hibah takaful akan jadi pengganti gaji untuk beberapa tahun, jadi waris tak perlu tunggu sehingga selesai pembahagian harta pusaka baru nak dapat bahagiannya. Keadaan sekarang suami-isteri bekerja, biasanya masing-masing akan membantu sama lain. Apa perasaan jika ada bahagian yang tak dapat bayar, tambah perit jika isteri hanya surirumah sepenuh masa.

Jika gaji anda sekarang ada RM5000 sebulan.

Dengan polisi hibah takaful RM350,000.00 maka ia dapat bertahan selama 84 bulan / 7tahun . Pengiraan nilai hibah takaful ini adalah contoh saja, ia bergantung kepada keperluan individu.

Pada masa ini kita dikejutkan pelbagai isu kematian, ada yang mati sihat, mati muda, mati kemalangan, mati ketika tidur. Terjadi pada kita macam mana?

Semoga kita bertemu Allah dalam keadaan baik tanpa menyusahkan waris yang ditinggalkan.

3 – Penerima mutlak

Berdasarkan perenggan 2(4), Jadual 10 APKI 2013, para pengendali takaful kini diwajibkan untuk mempamerkan secara ketara dalam borang penamaan bahawa peserta itu boleh:

a) menyerahkan manfaat takaful kepada seorang penama atau menetapkan penama untuk menerima manfaat takaful sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat; atau

b) menetapkan penama untuk menerima manfaat takaful sebagai seorang wasi.

Sumber:
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013: Tinjauan Awal Kesannya Dalam Industri Takaful
Mohamed Hadi bin Abd Hamid
Rusni Hassan

Untuk makluman anda semua, pampasan yang akan diterima oleh penerima hibah takaful ini adalah mutlak miliknya. Berdasarkan Perenggan 13(2), Jadual 10 APKI 2013 menjadikan hibah takaful ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana undang bertulis lain. Sebab tu saya kata ia mutlak kepada penerima dengan syarat kematian telah berlaku kepada pemilik polisi. Jika tiba-tiba waris lain berebut dah tak perlu risau.

Walaubagaimanapon, pemilik polisi hibah takaful masih boleh ubah kepada sesiapa yang dia inginkan. Jika yang kawin lebih dari satu, isteri kena semak selalu la. Kot-kot tukar nama orang lain p**ak. Haha. Jangan marah, nanti cepat tua. Haha.

4 – Proses tuntutan lebih cepat

Jika nak tunggu proses tuntutan harta selesai biasanya mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun. Sementara menunggu proses selesai, duit dari hibah takaful boleh dapat dituntut dahulu. Biasanya mengambil masa 14 hari – 21 hari, paling lama pon mungkin sebulan saja. Ok la dari nak tunggu semua selesai. Ini juga kenapa saya sarankan hibah takaful sebagai plengkap kepada pengurusan kewangan anda.

5 – Tiada kos guaman

Ini antara faktor penting kenapa hibah takaful penting, untuk pengetahuan jika anda mengambil polisi hibah takaful bernilai RM350,000.00 maka penerima akan menerima RM350,000 juga. Tiada isu kurang, biasanya pihak pengendali akan bagi extra untuk cover kos pengebumian lagi.

6 – Boleh dihibahkan kepada bukan waris faraid

Apabila kita buat perancangan harta kita pon pening jika kita ada anak angkat, jika wasiat hanya tertakluk kepada 1/3 dari keseluruhan harta. Hibah harta p**a kena serah semasa hidup dan akan terus jadi milik penerima, kadang kala kita fikir banyak tentang ini. Betulkan? Hibah takaful ini akan diserahkan kepada penerima selepas kematian pemilik polisi, maka ia sedikit sebanyak memudahkan kita untuk merancang harta.

Mudah kata, kepada sesiapa sahaja kita nak hibahkan manfaatnya tiada masalah. Diperenggan dibawah Hanaffi nyatakan golongan yang kritikal perlukan hibah takaful.

7 – Akaun tidak dibekukan

Ya, perkara ini amat merisaukan sesiapa sahaja. Mungkin sebelum kematian boleh jer keluarkan duit dengan izin suami. Tiba-tiba kena block memang jadi masalah besar. Lebih kritikal jika isteri surirumah sepenuh masa. Mana nak cari duit?

Seperti yang kita sedia maklum, jika isteri kematian suami. Tak mungkin dengan segera nak uruskan harta pusaka, dengan orang datang ziarah lagi dan nak fikir macam-macam lagi.

Sebab itulah pentingnya hibah takaful sebab ia tidak akan dibekukan! Dengan syarat penerima dinyatakan sebagai penerima hibah bukan wasi. Jika tak, sama jugalah, manfaat takaful akan dikira sebagai harta pusaka.

Sampai disini sahaja penerangan tentang hibah takaful, semoga ia memberi manfaat kepada anda untuk merancang pengurusan harta kelak.

Apa-apa boleh tanya saya atau klik link whatsapp di bawah :-

https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572
https://wa.me/60135922572

ShahirSharba & Co.
AIA Elite Life Planner
As-Salihin Trustee Berhad

Siapa Yang Berhak Dapat Pampasan Takaful Syarikat_________________________________________________Bagi para graduan yang...
01/04/2020

Siapa Yang Berhak Dapat Pampasan Takaful Syarikat
_________________________________________________

Bagi para graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian universiti, kriteria yang selalu menjadi prioriti ketika memilih tempat kerja yang ideal ialah gaji yang ditawarkan. Gaji yang diberi mestilah tinggi dan kompetitif. Bonus tahunan pun biasanya boleh dapat berbulan-bulan. Tetapi sebenarnya ada benefit lain yang sama pentingnya, namun seringkali tidak diberi perhatian.

Benefit itu ialah perlindungan Takaful yang dibayar oleh syarikat bagi melindungi pekerja-pekerja syarikat. Secara umumnya, perlindungan Takaful ini merangkumi benefit Medical dan pampasan berbentuk wang yang diberi kepada pekerja tersebut atau waris-warisnya.

Secara ringkas, perlindungan Medical syarikat adalah corporate plan, maka benefit yang diperoleh tidak sama dengan pelan personal Medical Card. Lazimnya pelan Medical Card syarikat ada kelebihan dari segi ia turut cover outpatient atau klinik.

Namun, coverage untuk inpatient, iaitu untuk kes warded atau pembedahan kebiasaannya jauh lebih rendah berbanding personal plan dan biasanya memberi perlindungan secara berkelompok, bukan secara individu.

Rasanya saya perlu betulkan sedikit pernyataan di atas. Ramai yang peka tentang coverage Medical yang diberi oleh syarikat untuk klinik sebab ia lebih biasa digunakan. Tetapi tak ramai yang tahu atau ambil berat polisi yang syarikat ambil untuk Medical inpatient.

Dan lebih kritikal lagi apabila lebih ramai lagi yang tidak tahu jika syarikat ada mencarum polisi Takaful untuk pekerjanya yang memberi pampasan wang apabila berlaku kematian, hilang upaya kekal atau sakit kritikal.

_________________________________________________

TAKAFUL..ATAU INSURANS?
Apabila berlaku kematian, perkara yang biasanya dilakukan oleh waris ialah mengumpulkan kesemua harta dan aset yang di bawah nama arwah. Segala dokumen harta diselidik, termasuklah sebarang polisi insurans atau Takaful yang diambil oleh arwah atau diberi oleh syarikat…walaupun semasa masa hidupnya, arwah tidak pernah tahu tentang benefit yang itu.

Apabila syarikat berhubung dengan waris tentang bayaran pampasan kematian arwah, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah adakah pampasan itu datangnya dari polisi insurans atau Takaful. Bunyinya seperti sama, tetapi sebetulnya bezanya ibarat langit dan bumi. Halal dan Haram. Malangnya masih ada orang Islam di negara kita yang tidak faham, dengan mudahnya masih mengambil insurans walaupun dah banyak pilihan plan Takaful.

Sekiranya didapati syarikat pampasan itu dibayar dari polisi insurans, maka ia termasuk dalam harta tak patuh syariat. Sebagai seorang Islam yang taat, harta pampasan itu tak wajar diambil walaupun nilai pampasannya sangat tinggi.

_________________________________________________

PAMPASAN TAKAFUL SYARIKAT
Jika pampasan itu hasil dari sumbangan Takaful dan akad yang dimeterai ialah Hibah (bukannya Wasi), maka pampasan itu adalah Halal. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara juga telah memutuskan bahawa pembayaran manfaat takaful tidak akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang peserta takaful yang meninggal dunia.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam Muzakarah kali ke-49 pada 19 Sempter 2000 telah membincangkan dan memutuskan isu Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka.

_________________________________________________

SIAPA YANG BERHAK TERIMA PAMPASAN TAKAFUL SYARIKAT?
Polisi Takaful personal yang dibayar sendiri lebih straight forward – pampasan itu akan diberikan kepada penerima Hibah yang telah diletakkan semasa mendaftar polisi Takaful. Dalam keadaan polisi Takaful ini disediakan oleh syarikat sebagai benefit pekerja, pihak syarikat berhak untuk memberikan wang pampasan tersebut mengikut cara dan kepada siapa yang difikirkan layak. Sekiranya terdapat perjanjian antara pekerja dan pihak syarikat berhubung penama atau waris yang akan menerima pampasan tersebut, maka hendaklah dihormati perjanjian tersebut dan diberikan kepada penama. Sekiranya penama atau waris itu enggan menerima dan mencadangkan nama orang lain, pihak syarikat sewajarnya mengambil kira dan menghormati cadangan tersebut dengan memberikan wang tersebut kepada nama yang dicadangkan.

Maka, syarikat yang mencarum yang berhak menentukan kepada siapa pampasan tersebut diberikan.

Jika anda bergantung harap kepada pampasan Takaful syarikat untuk kelangsungan hidup waris, wajarlah untuk anda semak siapakah penerima yang telah diletak dalam rekod syarikat. Tapi jangan lupa, perindungan itu hanya berkuatkuasa selama mana anda kekal sebagai pekerja syarikat. Sekiranya anda berhenti atau diberhentikan, perindungan itu pun terhenti secara automatik. Makanya, jika anda mahu lebih secure, ambillah plan polisi Takaful personal – kadangkala ia dipanggil sebagai Hibah Takaful.

Address

No. 89, Jalan Merak 2, Taman Murai Jaya
Simpang Ampat
14100

Telephone

+60135922572

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ShahirSharba & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ShahirSharba & Co.:

Share