21/07/2022
[BERITA PALSU ]
PUTRAJAYA, 18 Julai 2022 - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerima laporan berkaitan iklan lesen terbang melalui aplikasi Telegram.
JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan tersebut adalah palsu.
Menerusi iklan tersebut, terdapat beberapa kategori lesen yang ditawarkan iaitu Lesen Motosikal Kelas B2, Kelas B, Lesen Motokar Kelas D, Kelas E, Lesen Vokasional GDL dan PSV dengan harga-harga tertentu tanpa perlu ke kelas dan ujian memandu.
JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang ini dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang
lebih tepat dan sahih.