27/04/2026
Bahaya Akaun Keldai dan Penyewaan/Penjualan Kad ATM
Akaun keldai (juga dikenali sebagai mule accounts) adalah akaun bank yang digunakan oleh penjenayah untuk memindahkan wang hasil aktiviti haram.
Pengguna akaun ini biasanya dipergunakan oleh sindiket tanpa menyedari implikasi undang-undang yang serius.
👩⚖️ Risiko kepada pemilik akaun:
📜 Boleh didakwa dan disabitkan kesalahan undang-undang atas jenayah yang dijalankan
🚫 Tidak boleh / Sukar membuka sebarang akaun bank
❌ Akaun sedia ada boleh disekat dan ditutup oleh pihak institusi kewangan
Nasihat kepada Orang Ramai:
JANGAN SERAH, JUAL ATAU SEWAKAN kad bank atau akaun anda (termasuk nombor PIN, kata laluan perbankan) kepada mana-mana pihak
🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
✅ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
🚫 Hentikan penipuan!: INGAT!! AKAUN ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA!!