06/01/2025
HEBAHAN AWAM PERSEDIAAN AKTIVITI SEMBURAN KABUS (FOGGING)
Selamat petang
Tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah makluman penting dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu. Sila beri perhatian.
Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu akan membuat semburan kabus dari rumah ke rumah pada kawasan tersebut sebagai langkah kawalan dan pencegahan penyakit Demam Denggi. Sekiranya hujan, aktiviti fogging akan ditunda keesokkan harinya. Sila benarkan anggota kesihatan untuk masuk ke rumah anda untuk membuat semburan tersebut.
Sebagai persediaan, simpan atau tutup semua makanan dan minuman. Padamkan api dapur gas, matikan alat pendingin hawa dan kipas. Buka semua tingkap, pintu depan dan semua pintu bilik. Semua penghuni hendaklah mengosongkan rumah masing-masing. Sila bawa bersama haiwan peliharaan jika ada. Anda boleh masuk semula setelah asap semburan telah tiada.
Jangan jadikan diri anda dan keluarga sebagai mangsa Demam Denggi. Ayuh cegah sebelum kena. Tiada Aedes, Tiada Denggi.
Pesanan ini dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu
Terima kasih atas kerjasama anda.
HAPUSKAN AEDES, TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
TIADA AEDES, TIADA DENGGI