25/07/2020
[๐๐ข๐ง๐ข] ๐ก๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฒ๐น๐ถ ๐ฅ๐๐บ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ถ๐ฎ๐ฟ ๐ก๐ฎ๐ธ ๐ฅ๐ฒ๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ฒ, ๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐ ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ ๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐บ ๐ฉ๐ถ๐น๐น๐ฎ ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐น๐ถ!
Siapa sangka, sebuah rumah teres satu tingkat yang dahulunya buruk dan usang kini telah bertukar wajah persis sebuah vila mewah yang lengkap dengan dua private pool! Sekali pandang, tak tumpah seperti homestay di Bali. Jika dilihat pada keadaan asal rumah teres itu, pasti ramai yang ragu-ragu dan tidak berminat melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk membelinya.
"๐ฃ๐ฒ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐น ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ถ๐๐. ๐๐ฒ๐น๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฒ๐ท๐ฒ๐ป"
Namun tidak bagi seorang pegawai farmasi bernama Natasha Abdullah ini. Sekali pandang sahaja, dia sudah jatuh cinta dan nampak masa depan yang cerah dengan rumah itu. Lantaran itu dia terus membeli rumah itu melalui ejen selepas pemiliknya tidak tinggal di situ dan akhirnya terbiar usang. Bila ditanya apa yang menyebabkan dia tertarik dengan rumah itu, dia menjawab kerana keluasannya yang membolehkan dia melaksanakan idea dan impiannya untuk membina kolam renang di setiap bilik rumah berkenaan.
"๐๐ผ๐ ๐๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐๐ฎ๐ถ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ญ๐ฑ ๐ฟ๐ถ๐ฏ๐"
Difahamkan, Natasha telah berhabis sebanyak RM115,000 untuk kerja-kerja ubah suai yang memakan masa selama tujuh bulan. Kos itu termasuklah dengan pembinaan kolam renang, membeli kelengkapan perabot rumah termasuklah kipas, penghawa dingin, katil, sofa, dan sebagainya.
Idea untuk mengubah suai rumah sedemikian rupa muncul apabila Natasha gemar melancong dan setiap kali itu akan memilih untuk menetap di vila atau hotel yang memiliki private pool. Walaupun tahu bahawa membeli rumah lama yang telah usang dan membuat kerja-kerja pengubahsuaian adalah jauh lebih sukar berbanding membina sebuah rumah baru, namun wanita ini nekad merealisasikan impiannya untuk menghasilkan rumah sebegini mengikut citarasa sendiri.
Natasha tidak mempunyai banyak pengetahuan asas tentang hiasan dalaman, oleh itu dia banyak membuat rujukan di Pinterest dan majalah berkaitan dekorasi untuk merealisasikan impian itu. Dan kini setelah segalanya siap, dia begitu puas hati dengan hasilnya. Walau bagaimanapun rumah yang dibeli di Kuantan, Pahang itu diubah suai bukan untuk dijadikan kediaman rasmi mereka sebaliknya diusahakan untuk tujuan homestay.
Sumber: FB Nur Natasha Abdullah, mStar Online