Oh My Takaful Online

Oh My Takaful Online Perunding Kewangan Takaful

- Medical Card
- Simpanan/Persaraan
- Tabung Pendidikan

07/08/2023

Tidak sanggup beritahu dua beradik sudah yatim piatu

KOTA BHARU: Dua beradik yang kehilangan ibu bapa dan adik dalam tragedi kereta dihempap pokok, semalam hanya mengetahui mereka bergelar yatim piatu selepas 22 jam kejadian berlaku.

Nenek mereka, Amnah Ismail, 64 berkata, ahli keluarga tidak sanggup untuk memberitahu Nik Adilia Zulaikha Nik Mohd Zulmi, 11, dan Nik Adam Zharif, 9, yang hanya mereka berdua terselamat daripada tragedi itu.

Katanya, mereka akhirnya membuka mulut ketika urusan membawa pulang jenazah Nik Amirah Ab Rahman, 40; Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan Nik Aishah Azzahra, 5, untuk pengebumian kira-kira 6 petang tadi.

"Sejak balik, Kaklong (Nik Adilia Zulaikha) hanya memanggil umi... umi.. (Nik Amirah), manakala Adam banyak diam.

"Dia beritahu umi, baba (Nik Mohd Zulmi) dan Ecah (Nik Aishah) ada di dalam kereta," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Tok Johol, Kampung Padang Tengah, di sini, hari ini.

Jenazah ketiga beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada 7.12 malam tadi.

Amnah berkata, buat masa ini dia akan mengambil alih tanggungjawab menjaga dua cucunya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mulong 2.

Dia juga memberitahu yang kali terakhir berbual dengan arwah Nik Amirah apabila anak sulungnya itu meminta dia mendoakan rumahnya di Kubang Kala dapat disiapkan segera.

Amnah juga menafikan arwah anaknya itu sedang mengandung dan menganggap pas**an penyelamat keliru kerana Nik Amirah berbadan besar.

Sementara itu, sepupu Nik Amirah, Mohd Aidi Ab Ghani, 50, berkata, tidak menyangka kata-kata arwah yang mahu sehidup semati dengan suaminya, dua bulan lalu menjadi kenyataan.

"Arwah juga s**a sangat sedekah makanan kepada ahli keluarga dan saudara-mara dengan menyangkut makanan pada pagar rumah. Petang sebelum kejadian, arwah sempat menyangkut terung di pagar rumah sepupu kami," katanya

21/07/2023
21/07/2023

Bayar nafkah tahunan kepada anak-anak antaranya insurans berjumlah RM3,500 dan percutian RM5,000 untuk setiap seorang anak.

21/07/2023

|--------------------|-----------------------|
30 tahun. 33 tahun. 55 tahun.
✅Umur 30 tahun bekerja dengan company
✅Umur 33 tahun kena sakit kritikal
➡️Akibatnya
❌Diberhentikan kerja
❌Medical card company stop
❌Income stop
Macamana anda hendak teruskan kehidupan sehingga berumur 55 tahun ??
P/s: Ramai orang nampak pentingnya takaful selepas 'kejadian'..tapi waktu tu semua dah terlambat. Diri kita mampu mengubahnya..percayalah💪👍

Address

Shah Alam

Telephone

01116031313

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oh My Takaful Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share