08/02/2024
Selamat menyambut Isra’ Mi’raj buat
seluruh umat Islam di Malaysia.
ISRAK adalah perjalanan Baginda Nabi Muhammad SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram,Makkah ke Masjidil Al-Aqsa,Palestin.
MIKRAJ p**a adalah perjalanan Baginda Nabi Muhammad SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT.
Di sinilah Allah mengarahkan Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa umat Islam mesti solat 50 kali sehari, tetapi Nabi Musa AS menerangkan betapa sukarnya solat itu bagi umat manusia. Lalu Allah SWT kemudiannya mengurangkan solat itu kepada lima kali sehari.
Firman Allah SWT:
سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Surah Al-Isra’, Ayat 1)