04/11/2018
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bajet 2019 atau bajet sulung Pakatan Harapan telah diumumkan semalam dengan 1001 perancangan yang mengundang persoalan demi persoalan.
Semasa kempen Pilihanraya Umum ke 14 (PRU - 14) kita di hadapkan dengan fakta isu 1MDB telah menyebabkan negara bakal bankrap kerana hutang sebanyak RM40 bilion atau USD10 bilion.
Kini sebaliknya berlaku apabila pihak yang menuduh mengatakan hutang tersebut terkawal dan sejumlah hutang bernilai RM1 Trillion perlu p**a diselesaikan hingga Tabung Harapan berjumlah hampir RM190 juta terpaksa diderma oleh rakyat Malaysia.
Soalnya betul ke negara akan bankrap jika Kerajaan Persekutuan masih ada rezab dan wang yang disatukan dari pendapatan cukai negara selama ini. Adakah rakyat yang bodoh atau kita rela diperbodohkan.
Lupakan sebentar kisah bodoh memperbodohkan rakyat yang mudah termakan helah politik. Kita buka cerita Bantuan Sara Hidup yang merupakan skim membantu rakyat yang dulunya bernama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Hanya tukar nama sahaja.
Adakah orang Melayu mudah lupa apabila golongan berpendapatan rendah dicop sebagai pemakan rasuah dan dihina sebagai pemakan dedak. Tahun depan 'rasuah' dan dedak ini akan dihalalkan sebagaimana penyucian terhadap kelompok pemimpin mereka setelah menjadi sebahagian daripada entiti 'baru' tersebut.
Lebih membimbangkan rakyat apabila bajet semalam dipenuhi kisah hutang negara sedangkan untuk menyelesaikannya aset tidak strategik akan dijual p**a. Sedangkan dalam masa yang sama bon Samurai akan diterbitkan hasil pinjaman daripada Jepun. Itu belum lagi pendapatan daripada cukai SST 2.0 yang memeningkan rakyat Malaysia hari ini.
Sebenarnya bajet semalam ibarat kisah lembu punya susu tetapi minyak sapi dapat nama. Ini disebabkan laporan antarabangsa meletakkan Malaysia sebagai pemain ekonomi yang mampan setakat sebelum PRU 14 yang lalu. Justeru siapa sebenarnya yang lebih baik.
Isu-Isu bajet yang lain kita bincangkan nanti, kerana kita tidak pasti adakah istilah manifesto bukan kitab.... akan keluar lagi sebagaimana dokumen Bajet 2019.
Akhir kalam, kalau manifesto boleh diberi pelbagai alasan untuk tidak dipenuhi walaupun bayaran tol tidak naik di bandar kita pun tidak berharap dengan bajet tersebut. Tunggu dan lihat apa alasan mereka.
Sekapur Sireh Seulas Pinang
Datuk Azhari Shaari
KETUA UMNO Bahagian Shah Alam.
31118.