MSA GROUP

MSA GROUP Pengurusan Hartanah, Pembangunan Hartanah, Pembinaan, Perladangan, Penternakan, Perikanan, Pembekalan Bahan Binaan, Peruncitan, Takaful.

07/04/2026

TANAH HOT UTK DIJUAL
Sy ada tanah 3 ekar utk dijual di Bukit Cherakah, Meru, Klang. Lokasi padu sebab tepi sikit je jln besar nak ke Puncak Alam dan Pekan Meru.

Berminat boleh call / whatsapp sy
👉🏻 wasap.my/601115145158/Tnh.Bkt.Cherakah

Seandainya harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya.Sekiranya seluruh umur adalah dosa, maka taubatlah ubatnya.Jika ...
06/05/2019

Seandainya harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya.

Sekiranya seluruh umur adalah dosa, maka taubatlah ubatnya.

Jika setiap bulan adalah noda, maka Ramadhanlah pemutihnya.

Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa daripada kami MSA GROUP kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya.

Semoga ibadah puasa kita pada kali ini diterima Allah keseluruhannya dan kita muncul pada pengakhiran Ramadhan selaku hamba-Nya yang lebih baik.

InsyaAllah.

- Admin

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,Dalam kelembutan lidah ada juga keter...
14/06/2018

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa.

MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Moga silaturahim diberkati-Nya.
Semoga selamat pergi dan pulang ke kampung halaman dengan gembira untuk semua.

Berhati2 dijalan raya untuk pulang ke kampung halaman.

Berjumpa lagi..

*....人*
*...( ◎)________人*
*..║∩║____.-:''''''"''";-.*
*..║∩║___ (*(*(*|*)*)*)*
*..║∩║_* *∩∩∩∩∩∩∩∩∩║*

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H!*
*MAAF ZAHIR & BATIN!*

_ikhlas daripada_:

* TEAM MSA GROUP

10/09/2017

Category Target Business MSA GROUP :

1) Marketing Property Project Developer ✔
2) Property Management & Services ✔
3) Construction & Engineering
4) Property Development
5) Consumer Products Distribution (Halal)
6) General Products Hardware, Building Materials & Fixtures
7) Fruit Farming
8) Vegetable Farming
9) Chicken Farm Suppliers
10) Goat Breeder Supplier
11) Cattle Breeder Supplier
12) Fish Breeder Supplier
13) Supermarket
14) Food & Beverage (F&B)
15) Hotel
16) Property Investment Assets
17) Oil Palm Plantation

Shopping Mall dan Hospital sepanjang laluan MRT.Untuk rujukan pembelian hartanah.
19/07/2017

Shopping Mall dan Hospital sepanjang laluan MRT.

Untuk rujukan pembelian hartanah.

"DALAM,PANJANG,LAJU,SELAMAT - TRIVIA MRT LINE SBK YG ANDA KENA TAHU"Kalau anda jenis yang selalu sukakan TRIVIA, ini ada...
18/07/2017

"DALAM,PANJANG,LAJU,SELAMAT - TRIVIA MRT LINE SBK YG ANDA KENA TAHU"
Kalau anda jenis yang selalu sukakan TRIVIA, ini adalah antara fakta yang menyeronokkan mengenai jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang yang telah beroperasi sepenuhnya bermula 18/7/2017.

DALAM
======
Menurut MRT Corp, stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) adalah stesen paling dalam sepanjang laluan sepanjang 51km pada jarak 40 meter. Ia bersamaan dengan kira-kira 13 tingkat di dalam bangunan.Fuh tinggi tu..Puas naik eskalator nak sampai ke permukaan. Kena cuba ni! Tp TRX xde lagi kan...
Stesen bawah tanah ini sangat dalam sehingga dapat menampung tujuh tahap: Tahap Bawah Tanah, Concourse Atas, Ruang Tumbuhan Atas, Concourse Rendah, Platform Atas, Ruang Tumbuhan Rendah, Platform Rendah ..
PANJANG
========
Eskalator terpanjang antara semua 31 stesen sepanjang laluan SBK adalah terletak di stesen MRT Bukit Bintang,iaitu pada jarak 20 meter.
Oleh kerana kekangan ruang yang diperlukan untuk elak bangunan sediada didemolish sepanjang Jalan Bukit Bintang, MRT Corp menyelesaikan dengan cara yang unik bagi membina stesen MRT Bukit Bintang dibawah tanah yang terletak kira-kira 28 meter.
LAJU
=======
Pegawai MRT Corp berkata kelajuan keretapi automatik sepenuhnya ini boleh memecut pada kelajuan maksimum 98 km/j, terutama di antara stesen MRT Surian dan Kota Damansara.
Manakala kelajuan terpantas di laluan underground SBK akan berada di antara stesen Tun Razak Exchange dan Cochrane kira-kira 94km/j, manakala kelajuan biasa akan bergerak pada kelajuan purata sekitar 40km/j, bergantung kepada jarak antara stesen.
SELAMAT
========
Bukan hanya menyediakan kemudahan kpd penumpang MRT, tetapi juga keselamatan penumpang juga diutamakan dengan penggunaan lebih daripada 3,500 kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di 31 stesen MRT-termasuk di eskalator, lif dan linkway antara stesen.

*Sumber asal artikel diatas diolah daripada artikel themalaymailonline

Info Pindahmilik Tanah...............AYAH NAK PINDAMILIK TANAH PERTANIAN 2 EKAR KEPADA 4 ORANG ANAKNYA. BOLEH ATAU TIDAK...
10/07/2017

Info Pindahmilik Tanah...............
AYAH NAK PINDAMILIK TANAH PERTANIAN 2 EKAR KEPADA 4 ORANG ANAKNYA. BOLEH ATAU TIDAK ?

Saya pernah diajukan soalan lebih kurang begini.

"Ayah saya ada tanah pertanian seluas 2 ekar (dalam 1 geran). Saya ada 4 orang adik beradik. Boleh kah kalau ayah saya nak pindah milik kan tanah 2 ekar tu kepada 4 orang adik beradik saya?"

Jawapan saya:

1. Di bawah Kanun Tanah Negara, telah ditetapkan, untuk setiap satu ekar tanah pertanian yang mempunyai satu nama pemilik, ianya hanya boleh dipindahmilikkan kepada satu penerima pindahmilik sahaja.

2. Melainkan atas sebab turun milik akibat kematian. Dimana, jika berlaku kematian kepada pemilik, maka tanah tadi boleh di turun milik kepada lebih daripada seorang penama, tertakluk kepada bahagian-bahagian yang telah diputuskan dalam perintah pusaka.

3. Walau bagaimanapun dalam kes di atas, jika ayah ingin memindah milik kan 2 ekar tanah pertanian tersebut kepada anak-anaknya, dia hanya boleh memindah milik kan kepada 2 orang sahaja daripada 4 orang anaknya itu , di mana setiap orang akan memiliki 1 ekar seorang. Perkara ini mungkin tidak adil bagi kesemua anak-anaknya.

4. Jadi cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah, SI AYAH MELANTIK SALAH SEORANG DARIPADA ANAK-ANAKNA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH.

5. Satu surat cara ikatan amanah perlulah ditandatangani oleh si ayah dan salah seorang anak tersebut sebagai pemegang amanah.

6. Surat ikatan amanah tersebut hendaklah di daftarkan di pejabat tanah sebagai rekod di kemudian hari. Dan satu nombor rujukan perserahan pejabat tanah akan direkodkan pada Surat Ikatan Amanah tersebut.

7. Si ayah kemudiannya akan memindah milikkan tanah tersebut kepada anaknya yang telah dilantik sebagai pemegang amanah tadi. Dalam geran tanah akan ditulis nama si anak sebagai pemegang amanah.

8. Dan sebagai pemegang amanah yang telah dilantik, beliau hendaklah bersifat adil, amanah dan jujur serta hendaklah mempastikan yang setiap adik beradik mendapat hasil dan manfaat yang sama daripada tanah tersebut.

9. Untuk melindungi kepentingan adik beradik yang lain, mereka boleh memohon supaya satu kaveat pendaftar atau kaveat amanah dimasukkan ke atas tanah tersebut.

10. Kaveat pendaftar atau kaveat amanah itu akan kekal pada tanah tersebut sehinggalah ikatan amanah tadi dibatalkan.

11. Untuk membolehkan setiap adik beradik itu mendapat bahagian masing-masing yang lebih terjamin di kemudian hari, mereka digalakkan membuat permohonan pecah bahagian dengan melantik juru ukur dan memfailkan permohonan pecah bahagian di pejabat tanah.

12. Setelah urusan pecah bahagian selesai, pejabat tanah akan mengeluarkan geran individu untuk setiap anak-anak tersebut.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Malam semalam LAST kita berterawih...Pagi ini LAST kita bersahur...Hari ini LAST puasa ramadhan kita... danMaghrib nanti...
24/06/2017

Malam semalam LAST kita berterawih...
Pagi ini LAST kita bersahur...
Hari ini LAST puasa ramadhan kita... dan
Maghrib nanti LAST berbuka insyaAllah!

Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua

Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP terkadang kita terlaku dosa..

1 Syawal bakal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Text dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidil Fitri.

* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚

KAMI MSA GROUP MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dalam satu riwayat, para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu sesama mereka pada Hari Raya Aidilfitri mereka akan mengucapkan

“Mudah-mudahan Allah menerima amal kami dan amal kamu. (Taqabballahu minna wa minkum)“. (riwayat Ahmad). 😊 ☺️

25/04/2017

Mengundang rezeki dari ALLAH.

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah redhai.

Happy Chinese New Year to our chinese friends.  Call / Whatsapp = 011-15145158Call / Whatsapp = 011-15145158Call / Whats...
28/01/2017

Happy Chinese New Year to our chinese friends.
Call / Whatsapp = 011-15145158
Call / Whatsapp = 011-15145158
Call / Whatsapp = 011-15145158

Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ( LPPSA ) bermula 1/1/2017. Antara jenis-jenis pinjaman yang dita...
28/12/2016

Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ( LPPSA ) bermula 1/1/2017.

Antara jenis-jenis pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut :

# Jenis I - untuk membeli rumah siap termasuk tanah
# Jenis II - untuk pembinaan rumah atas tanah sendiri
# Jenis III - untuk membeli rumah dalam pembinaan termasuk tanah
# Jenis IV - untuk membayar balik atau penebusan bagi pinjaman perumahan yang diambil dari bank atau pembiaya lain
# Jenis VI - untuk membina rumah atas tanah pinjaman lppsa sahaja
# Jenis VII - untuk kerja ubahsuai rumah sahaja

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.lppsa.gov.my

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MSA GROUP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share