Maria Sanusi

Maria Sanusi HI!MARIA BANTU PARENTS BEKERJA CIPTA EMERGENCY SAVING 1 JUTA PERTAMA ❤️
https://linktr.ee/MariaSanusi Hai, Saya Nurmariah Sanusi, boleh panggil Maria Sanusi!

Saya suka masak, buat planning untuk trip family & buat budgeting. Background study sy adalah bidang bisnes & finance. Pusing-pusing, jadilah sy sebagai seorang konsultan kewangan, mewakili Great Eastern Takaful & Kenangan Investment Bank. Dari karier, sy banyak bantu orang ramai untuk lindung kewangan . Saya sangat boleh relate kenapa pentingnya rancang kewangan dari sekarang. Ayah saya meninggal

dunia tanpa meninggalkan hutang pada anak-anaknya. Jadi, sy taknaklah kita jadi generasi pertama dalam family, yang hidup dalam berhutang & meninggalkan hutang kepada waris. jadi, itulah perjuangan saya sekarang ni. Saya nak bantu setiap ketua keluarga untuk rancang kewangan. Jangan sampai waris kita hidup merempat kerana kegagalan kita merancang kewangan daripada sekarang. Nanti saya share lagi okay! apapun pegang hadith ni okay,
"Sesungguhnya meninggalkan waris dalam keadaan kaya & berharta adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin & meminta-minta". okay see you more!!

Kadang bila nak jumpa client, jujurnya memang ada rasa risau,“Betul ke apa aku nak cakap ni?”“Mereka faham ke nanti?”Mac...
28/04/2026

Kadang bila nak jumpa client, jujurnya memang ada rasa risau,

“Betul ke apa aku nak cakap ni?”
“Mereka faham ke nanti?”

Macam berdiri atas stage, tetap ada pressure, lagi-lagi bila berdepan dengan orang yang kita baru kenal.

Sebab tu Maria selalu amalkan doa Nabi Musa:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي
يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka memahami kata-kataku.”

Lepas tu, Maria jalan je. Yang baik semua dari Allah SWT. Yang kurang, kita perbaiki dari diri sendiri.

Hakikatnya, bukan sebab kita dah sempurna baru kita berani, tapi sebab kita beranikan diri, kita menjadi lebih baik.

Jadi kalau ada mummies yang rasa nak tambah income, tapi takut nak jumpa orang, takut nak mula, Jangan biar rasa tu hentikan langkah.

Semua orang yang berjaya pun pernah rasa takut.
Bezanya, mereka tetap pilih untuk jalan.

Kalau mummies nak mula step pertama dalam bisnes takaful, Maria boleh guide dari zero sampai confident jumpa client, inshaAllah.

Drop “NAK” atau PM Maria.
Jom Kita buat sama-sama 💛

Semalam kan, maria travel naik Mrt untuk training di GE. Otw balik, rasa penat sangat dalam mrt tu, rasa macam… kalau bo...
06/08/2025

Semalam kan, maria travel naik Mrt untuk training di GE.

Otw balik, rasa penat sangat dalam mrt tu, rasa macam… kalau boleh baring, nak baring ajerrr 😌

So definitely i am not in the mood of anything, duduk tak selesa.

Bila nak keluar dari mrt tu, ada adik ni panggil.

“Akak, akak!”

Ahh sudah! Mesti ada barang tertinggal ni! Risau! Mrt dah nak nak berjalan tu!

Dan maria toleh ke adik tu, “yer dik kenapa? “

👩🏻: akak cantiklah! S**a tengok akak dengan niqab ni!

🧕: owh ye ke! MashaAllah. Terima kasih tau.

Actually maria agak surprised dan amazed dengan adik ni! Sebab ..

1. Willing to compliment: berani dia tegur & bahagiakan orang lain. Her positive words really made my day. Kadang kita ni, bukan tak nampak benda yang baik-baik dikeliling kita, tapi mulut tu berat nak memuji.

2. No judgemental: jujurnya adik ni, dia takde lah bertudung pun, but the way i dress alhamdulillah boleh inspire dia. Mungkin kita tak tahu, itu akan inspire adik ni in future.

Jadi maria learned, kita ni pun, janganlah being judgemental dengan orang lain, kita pun tak tahu, tah those people boleh jadi jauh lebih baik dari kita.

Maria doakan semoga adik tu berjaya dalam kehidupan. And my pesan kepada adik tu as standard boring kakak-kakak, “adik belajar rajin-rajin tau! Semoga berjaya”☺️

Sekian,
Maria Sanusi
Agency Manager, Great Eastern Takaful

11/07/2025

Dari RM47.50/bulan. Tp boleh bagi sehingga RM1/2juta pada orang tersayang. Kita tak minta yg buruk!Sekiranya pergi dulu, atleast pasangan &anak2 ada duit dan hidup tanpa meminta.tawaran sehingga 25julai25.whatsapp sekarang

09/06/2025

Mungkin tahun 2026 akan jadi lebih baik dari tahun sebelumnya, sebab awak dah buat yg terbaik untuk tahun ni. just Keep going tau

09/06/2025

Assalamualaikum & Selamatpagi. jom mulakan pagi hari dengan doa: Ya Allah, ringankan lah beban kami dan permudahkan urusan kami.

With Muhammad M Ridzuan – I just got recognized as one of their top fans! 🎉
09/06/2025

With Muhammad M Ridzuan – I just got recognized as one of their top fans! 🎉

Apa status application saya ya?Hai, mesti ada tertanya-tanya kan bila ambil hibah / medical card, apakah status terkini?...
07/03/2025

Apa status application saya ya?

Hai, mesti ada tertanya-tanya kan bila ambil hibah / medical card, apakah status terkini?

jom Maria share 1 dulu: INFORCE:

Bila mana plan keluar status "INFORCE", :
bermakna perlindungan client telah aktif. Sebarang kecederaan / kematian akibat kemalangan akan terus aktif dalam tempoh 24 jam.

Lain-lain perlu lalui tempoh menunggu 30 hari untuk infection, seperti pneumonia, denggi, influenza.

Tempoh 120 hari diperlukan untuk penyakit dalaman seperti: jantung, buah pinggang, kanser, stones , etc.

Dan sekiranya melepasi sehingga 2 tahun, bermakna perlindungan menyeluruh akan diaktifkan. tetapi still company ada hak untuk investigate kes kita dulu samada genuine atau tidak.

nanti maria share maksud status lain ya, semoga bermanfaat.

13/01/2025
Assalamualaikum para mummies & daddies! InshaAllah someday your kids akan eventually get into marriage life. Jangan stre...
20/12/2024

Assalamualaikum para mummies & daddies! InshaAllah someday your kids akan eventually get into marriage life.

Jangan stress your kid to save so much money for the wedding. Belajar alar kadar, kalau ada duit pun, bersederhana. Sebab kadang tu, ramai golongan belia terbuat pinjaman peribadi, untuk kenduri kahwin. Kesian masa depan dirobek demi kebahagiaan sehari. Unless the parents chip in okay lah. Maklumlah, ramai saudara mara & kenalan kan.

As for me, inshallah kalau my kid in future nak kahwin simple & just invite few numbers pun maria okay.

Nanti bila dah kahwin, bawa sikit buah tangan & bawa je pasangan tu ke rumah saudara-mara untuk berkenalan.

Duit tu, belajar simpan, ambil medical card untuk diri & pasangan, ambil incompe protection, invest sikit, simpan deposit untuk rumah pertama, pergi travel. Amboihh!

Unless alhamdulillah comfortable, mungkin ideologi tu berubah. But as per now, im still keen with the idea & happy with it 😊

Apa pendapat mummies berkenaan ni? Logik ke tak logik? 😄

Dalam persediaan perkahwinan Alif & pasangan, maria ambil bahagian untuk siapkan pelamin. macam biasa kita fokus pada bu...
18/12/2024

Dalam persediaan perkahwinan Alif & pasangan, maria ambil bahagian untuk siapkan pelamin. macam biasa kita fokus pada budget friendly element.

Asalnya nak set up pelamin DIY, tapi memandangkan masa yang mencemburui, maria jumpa 1 tempat yang buat sewa DIY pelamin.

Sangat mudah, kita sewa pelamin yang dah siap , tinggal pick up dan letak sahaja. Tengoklah ni, Untuk pelamin ni, sewanya cuma RM269.

Antara pakej lengkap yang maria tengok, dalam sekitar RM2,000, khas untuk set up pelamin. But of cos lah, set up dia lebih extravagant.

Buat bakal pengantin, boleh juga consider sewa DIY pelamin. its okay kalau keep it simple, niat asal kan nak perkenalkan pasangan baru pada sahabat & saudara mara. Jadi jadi kalau pilih nak keep it simple pun okay. Yang penting, Jangan sampai rasa terbeban & berhutang untuk sana sini untuk buat kenduri.

Balance duit tu, ambil hibah RM 500,000 untuk pasangan. Dalam 2 ringgit je sehari. Dan Nanti ada duit lebih, boleh buat booking untuk beli rumah pertama bersama pasangan. Tu kan lebih baik. Kita cakna untuk jaga ekonomi keluarga dari hari start kenduri.

*gambar pengantin bersama kumpulan tarian ‘Bunga Mawar’ 🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Pengalaman suami nak ambil hibah untuk isteri, isteri nak buatkan hibah untuk suami, adik nak ambil hibah ke abang , bia...
17/12/2024

Pengalaman suami nak ambil hibah untuk isteri, isteri nak buatkan hibah untuk suami, adik nak ambil hibah ke abang , biasa kita dengar.

Tapi bila dengar jiran nak buatkan hibah untuk jiran, ini hebat. Tersangat prihatin. Semoga Allah limpahkan kurnia pintu rezeki buat jiran yang baik hati ini ❤️

Address

House Of Jeehad
Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maria Sanusi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Maria Sanusi:

Share