03/01/2024
Tak nak lah takaful ASBF!!!
⚠️ Ada satu golongan yang boleh memanfaatkan takaful dalam ASBF ni. Siapa golongan ini? Jawapannya adalah individu yang dah ada penyakit. Yang mana syarikat takaful/insuran hayat tolak permohonan mereka. 😇
Contohnya kalau dah ada penyakit jantung. Ikutkan syarikat takaful memang tak ambil sebab risiko sangat tinggi. Anytime boleh berlaku serangan jantung. Tapi dalam kes takaful ASBF, syarikat takaful tetap menerima, tapi meletakkan syarat hanya melindungi jika *kematian/TPD berlaku selepas setahun dari tarikh kuatkuasa.*
So kalau ada sesiapa yang dah "direject" oleh syarikat takaful hayat, bolehlah guna option ni. Buat ASBF 200K, ambil full takaful. Tapi yang ni kena plan untuk long term lah. Janganlah terminate awal sebab bila terminate, takaful pun dah tak cover.
😜
Setiap produk ada baik buruknya. Setiap orang juga tak sama keperluan dan matlamat. Jadi kita boleh pilih produk atau plan yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kita