BIRU - Bateriku Insurance for Road Users

BIRU - Bateriku Insurance for Road Users BIRU provides online insurance and takaful quotations with e-roadtax service.

Salam Maulidur Rasul 1448H ๐ŸŒ™โœจSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Semoga kita terus meneladani ak...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H ๐ŸŒ™โœจ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita terus meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam menyayangi, menjaga dan melindungi insan di sekeliling kita.

Seperti nilai perlindungan yang dibawa oleh BIRU, semoga setiap langkah kita sentiasa dipermudahkan dan setiap yang tersayang sentiasa dalam lindungan. ๐Ÿ’™

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ

20/08/2026

Insiden macam ni selalu jadi pengajaran untuk semua pengguna jalan raya ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿš—

Dalam video ni, kereta masuk terlalu rapat depan lori tanpa ambil jarak selamat yang sepatutnya dan akibatnya kereta tu kena gilis.

Ramai tak sedar yang lori ada blind spot yang jauh lebih besar berbanding kereta biasa. Pemandu lori mungkin langsung tak nampak kereta yang cuba potong atau masuk terlalu rapat di hadapan mereka. Tambah p**a, lori perlukan jarak brake yang lebih jauh sebab berat & saiznya.

Sentiasa beri ruang & jarak yang selamat bila berada berdekatan kenderaan besar macam lori. Jangan ambil risiko sebab beberapa saat je nak potong laluan.

Accident boleh berlaku bila-bila masa, pastikan kereta korang dilindungi dengan sewajarnya. Dengan Biru.my, korang boleh dapatkan insurance kereta dengan senang & cepat. Klik link kat bio sekarang! ๐Ÿ”ต

19/08/2026

Emergency lane bukan jalan pintas ya kawan-kawan. Ia laluan kecemasan yang disediakan untuk situasi genting, dan boleh selamatkan nyawa orang yang betul-betul memerlukan. ๐Ÿšจ

Dalam video ni, seorang penunggang motor merakam kelakuan pengguna jalan raya yang main redah emergency lane sesuka hati. Bukan setakat tengok je, dia terus buat laporan melalui aplikasi MyJPJ. ๐ŸŽฅ

Cuba fikir sekejap. Kalau berlaku kecemasan, motor mungkin masih boleh menyelit celah-celah kereta. Tapi macam mana p**a dengan ambulans atau bomba yang bersaiz besar? Kalau emergency lane pun dah penuh dengan orang yang tak sabar, ke mana lagi mereka nak lalu? Saat macam ni lah setiap saat sangat bernilai untuk nyawa seseorang. ๐Ÿš‘

Nampak macam benda kecil, tapi tindakan report macam ni sebenarnya beri impak besar untuk keselamatan kita semua. Sebab tu, disiplin atas jalan raya ni tanggungjawab kita bersama. ๐Ÿš—๐Ÿ’™

Jom sama-sama jadi pengguna jalan yang bertimbang rasa. Dan lepas dah jaga jalan, jangan lupa jaga kenderaan sekali. Lindungi motor & kereta anda dengan insurans yang senang diuruskan, semua boleh settle online kat Biru.my โœ…

14/08/2026

Tiba-tiba sebuah bas datang dari sebelah kiri, selamba je lalu bahu jalan sebab nak masuk simpang kiri di hadapan. ๐Ÿ˜ญ๐ŸšŒ๐Ÿ’จ

Memang nampak macam โ€œalah dekat je simpang tuโ€, tapi bila guna bahu jalan sebagai shortcut, pengguna jalan raya lain mungkin tak sempat jangka ada kenderaan besar datang dari sebelah.

Bila jalan jem, semua orang nak cepat. Tapi jangan sampai beberapa minit yang kita nak jimat tu boleh membahayakan orang lain. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ๐Ÿ™

Atas jalan raya ni macam-macam boleh berlaku. Kita boleh jaga cara kita memandu, tapi tindakan pengguna lain memang susah nak dijangka.

Sebab tu selain sentiasa berhati-hati, pastikan insurans dan roadtax kenderaan korang sentiasa aktif. ๐Ÿ’™

๐Ÿ“ฑ Dah nak tamat tempoh? Semak dan renew dengan mudah di **Biru.my atau DM sekarang ๐Ÿ˜‰**

11/08/2026

Dah ada penghadang merah, tapi kereta ni tetap pilih untuk cross dari kiri terus ke kanan. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿšง๐Ÿš—

Masa tu owner dashcam memang tengah lalu macam biasa. Tiba-tiba kereta keluar dan melintas terus di hadapan. Nasib baik sempat react, kalau terlambat beberapa saat memang tak tahu apa yang boleh jadi. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Penghadang diletakkan bukan suka-suka. Kalau dah nampak laluan memang tak sepatutnya digunakan, jangan ambil risiko semata-mata nak cepat. Kita mungkin rasa sempat, tapi pengguna jalan raya lain belum tentu sempat mengelak. ๐Ÿ™

Atas jalan raya, kita boleh kawal cara kita memandu, tapi kita tak boleh jangka tindakan orang lain.

Sebab tu selain berhati-hati, pastikan insurans dan roadtax kenderaan sentiasa aktif. ๐Ÿ’™

๐Ÿ“ฑ Dah nak tamat tempoh? Semak dan renew dengan mudah di Biru.my atau Dm Sekarang ๐Ÿ˜‰

07/08/2026

Mula-mula semuanya nampak macam perjalanan biasa jeโ€ฆ ๐Ÿ๏ธ๐Ÿš—

Rider dah berada di lane dia dan teruskan perjalanan macam biasa. Tapi tak lama lepas tu, sebuah kereta mula datang rapat dari belakang, cucuk berkali-kali dan ada ketika nampak macam cuba menghimpit rider tersebut. ๐Ÿ˜ฅ

Bila jadi situasi macam ni, memang mudah untuk emosi ambil alih. Seorang rasa dia betul, seorang lagi mungkin rasa tercabar. Tapi atas jalan raya, sekali kita hilang sabar, akibatnya boleh jadi jauh lebih besar daripada apa yang kita sangka.

Kereta ada badan yang melindungi pemandu. Rider p**a hanya ada helmet dan kelengkapan keselamatan sebagai perlindungan. Jadi kalau berlaku pertembungan, risikonya memang tinggi. ๐Ÿฅบ

Tak rugi pun kalau kita mengalah sekejap, beri ruang dan teruskan perjalanan. Tak perlu kejar, tak perlu himpit, tak perlu balas. Yang penting semua orang dapat sampai ke destinasi dengan selamat. ๐Ÿ™๐Ÿ’™

Kita boleh berhati-hati, tapi kita tak boleh jangka tindakan semua orang di atas jalan raya. Sebab tu selain pandu dengan selamat, pastikan perlindungan kenderaan pun sentiasa ada.

Insurans dan roadtax dah nak tamat? Jangan tunggu last minute.

๐Ÿ“ฑ Semak dan renew dengan mudah di **Biru.my**. ๐Ÿ’™

05/08/2026

Masih ramai rakyat Malaysia yang sanggup berhenti dan membantu orang lain ketika diperlukan. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tapi bila giliran kita p**a diuji di atas jalan raya, adakah kita sudah cukup bersedia?

Kalau kereta tiba-tiba buat hal atau bateri kong, ramai dah tahu boleh cari Bateriku.com untuk dapatkan bantuan. ๐Ÿ’š๐Ÿš—

Tapi bila masuk bab perlindungan kenderaan, jangan tunggu sehingga kemalangan berlaku atau roadtax dah tamat baru nak semak. Pastikan insurans dan roadtax sentiasa aktif supaya urusan lebih mudah apabila berlaku perkara yang tidak dijangka. ๐Ÿ’™

๐Ÿ“ฑ Nak semak quotation atau renew insurans dan roadtax? Buat dengan mudah secara online di Biru.my atau DM sekarang.

31/07/2026

Beberapa saat je bezakan antara sempat mengelak... atau kemalangan. ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ๏ธ

Dalam video ini, seorang penunggang motosikal nyaris bertembung dengan sebuah kenderaan yang rosak di tengah jalan. Mujur dia sempat mengelak pada saat akhir.

Kalau kenderaan korang mengalami kerosakan, jangan biarkan ia menjadi bahaya kepada pengguna jalan raya lain. Jika keadaan mengizinkan, alihkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat dan gunakan tanda amaran supaya pemandu lain sempat bertindak.

Kadang-kadang bukan kecuaian kita yang mengundang kemalangan, tetapi situasi yang berlaku di hadapan tanpa diduga.

Semoga kita semua sentiasa memandu dengan lebih peka dan selamat. ๐Ÿ’™

Jangan lupa juga pastikan insurans dan roadtax sentiasa aktif. Bila tiba masa nak renew, buat je dengan mudah di Biru.my ATAU DM Kami๐Ÿ˜‰

30/07/2026

Bila hujan lebat, mesti akan nampak situasi macam ni... ๐ŸŒง๏ธ๐Ÿš—

Ada pemandu yang terus pasang lampu hazard sebab rasa lebih selamat. Ada juga yang memilih untuk tidak pasang kerana bimbang ia mengelirukan pengguna jalan raya lain.

Apa pun pendapat masing-masing, perkara paling penting ialah memandu mengikut keadaan jalan, kurangkan kelajuan dan sentiasa peka dengan persekitaran. ๐Ÿ™

Korang p**a macam mana? Team pasang hazard atau tak pasang hazard bila hujan lebat? Kongsikan pendapat dekat ruangan komen. ๐Ÿ‘‡๐Ÿ’™

Dan jangan lupa, pastikan insurans serta roadtax kenderaan sentiasa aktif. Kalau dah nak tamat tempoh, renew dengan mudah di Biru.my atau dm Kita ๐Ÿ˜‰

23/07/2026

Jalan kosong, tapi U-turn secara mengejut... ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ๐Ÿš—โ†ฉ๏ธ

Bila di jalan raya, kita bukan memandu seorang. Walaupun rasa keadaan selamat, satu keputusan yang dibuat tanpa melihat keadaan sekeliling boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka. ๐Ÿ’ฅ

Sentiasa beri isyarat, pastikan laluan benar-benar selamat dan elakkan membuat pergerakan secara mengejut. Beberapa saat lebih lama lebih baik daripada menanggung risiko yang besar. ๐Ÿ™

Namun, jika perkara yang tidak diingini tetap berlaku, sekurang-kurangnya pastikan insurans dan roadtax kenderaan sentiasa aktif sebagai perlindungan untuk anda. ๐Ÿ’™

๐Ÿ“ฑ Semak, dapatkan quotation dan renew insurans serta roadtax dengan mudah di Biru.my.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BIRU - Bateriku Insurance for Road Users posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share