Dr Siti Public Gold

Dr Siti Public Gold Bina Kekayaan bermula dengan 1 gram Emas Pertama
(2)

10/09/2026

Komen yang saya terima, โ€œmisalnya saya ada 40 k beli emas, betukah tindakan ini?โ€
Dalam pengurusan kewangan yang bijak, jangan simpan semua simpanan anda dalam bentuk emas. Orang yang bijak akan simpan sebahagian dari simpanan meraka dalam bentuk yang mudah cair untuk kegunaan kecemasan. Sebab dalam keadaan terdesak, duit dalam simpanan kecemasan adalah pilihan paling cepat dan mudah untuk kita dapatkan. Dan orang yang bijak juga akan simpan sebahagian dari simpanan dalam bentuk emas kerana emas adalah pelindung kekayaan yang terbaik. Kerana apa? Emas kalis inflasi dan emas adalah aset yang paling mudah untuk dicairkan berbanding hartanah.

Jadi, berapa banyak emas yang perlu kita simpan dalam simpanan? Dari tulisan Tuan Azizi Ali di buku Jutawan Dari Planet Jupiter, simpanan dalam akaun bank cukup untuk 1-2 bulan perbelanjaan, simpanan di ASB, Tabung Haji dan KWSP cukup untuk simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dan simpanan belanja hangus dan selebihnya duit yang anda tahu anda tidak akan gunakan dalam masa 2 tahun sebaiknya simpan dalam bentuk emas untuk lindungi simpanan anda dari kejatuhan nilai ringgit dan inflasi.

Bagi anda yang ingin membekukan sebahagian simpanan dalam bentuk emas fizikal bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

Bila mula menabung, jumlahnya mungkin nampak kecil. Tetapi bila dibuat secara konsisten, lama-kelamaan boleh jadi aset y...
10/09/2026

Bila mula menabung, jumlahnya mungkin nampak kecil.

Tetapi bila dibuat secara konsisten, lama-kelamaan boleh jadi aset yang kita boleh pegang dan simpan sendiri.

Ada yang mula dengan RM100, dan keluarkan gold bar 1g yang pertama.

Ada yang pilih untuk menabung dalam bentuk perak dan keluarkan dalam bentuk 500g jongkong perak.

Saya cuma bantu tunjukkan caranya.

Yang menjadikan ia berhasil adalah disiplin mereka sendiri untuk terus menyimpan.

Menabung emas tak semestinya perlu bermula dengan jumlah yang besar.Melalui akaun GAP, anda boleh mula serendah RM100 da...
10/09/2026

Menabung emas tak semestinya perlu bermula dengan jumlah yang besar.

Melalui akaun GAP, anda boleh mula serendah RM100 dan tambah simpanan mengikut kemampuan.

Sedikit demi sedikit, gram emas dikumpulkan sehingga capai target yang anda tetapkan.

Bila cukup gram, anda boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal atau jual semula apabila perlukan tunai.

Yang penting bukan berapa besar anda bermula, tetapi berapa lama anda mampu konsisten.

09/09/2026

Jauh perbezaan size gold bar 10g dan 100g. Walaupun gold bar 10g ini kecil, harganya hari ini sekitar RM6,000. Dalam simpanan emas, tidak kira simpanan anda 10g atau 100g, yang penting simpanan emas ini memenuhi matlamat simpanan. Jika anda bergaji sekitar RM5,000 - RM6,000, anda boleh dapatkan 1 keping gold bar 10g sebagai simpanan kecemasan 1 bulan pendapatan. Kumpul sehingga ada 6 keping, kewangan anda sudah terjamin untuk sekurang-kurangnya 6 bulan jika anda kehilangan punca pendapatan.

Anda boleh pilih sama ada anda mahu membuat belian terus jika ada wang tunai yang cukup atau anda boleh menabung gram emas sedikit demi sedikit menggunakan akaun emas GAP atau Gold Accumulation Program. Simpanan di GAP tiada caj dan tiada komitmen. Anda boleh pilih untuk simpan 1g sebulan, dan gold bar 10g ini akan jadi milik anda dalam masa 10 bulan atau simpan 0.5g sebulan dan gold bar 10g ini akan jadi milik anda dalam masa 20 bulan.

Simpanan emas adalah simpanan untuk masa depan. Untuk mulakan simpanan emas fizikal bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

09/09/2026

๐‘๐€๐Œ๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐’๐€๐‹ ๐“๐€๐Š ๐’๐ˆ๐Œ๐๐€๐ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐€๐–๐€๐‹

Saya terima komen ini, jom kita baca bersama: sy menyesal x izinkan suami convert beberapa simpanannya kepada emas. masa tu, 10dinar hanya 16k.. lepas setahun dah hmpir 25k.
Sebenarnya inilah yang berlaku kepada ramai penyimpan emas. Bila harga rendah, kita rasa masih ada banyak masa. Tetapi apabila harga emas sudah naik dengan ketara, barulah timbul rasa, โ€œKalaulah saya bermula lebih awal.โ€

Sebab itu saya selalu tekankan, dalam simpanan emas, jangan terlalu sibuk mencari harga terbaik. Fokuslah kepada pertambahan gram. Harga emas memang akan turun naik, tetapi peluang membeli pada harga hari ini hanya datang sekali. Bila harga sudah bergerak ke paras baharu, kita tidak boleh kembali membeli pada harga lama.

Saya juga s**a satu perkara yang beliau sebut. Suami beliau sebenarnya sudah nampak kepentingan simpanan kepada emas. Ini menunjukkan emas bukan tentang siapa yang betul atau salah. Ia adalah proses belajar. Yang penting, jangan biarkan penyesalan itu menghentikan langkah anda. Jadikan ia pengalaman untuk membuat keputusan yang lebih baik selepas ini.

Anda boleh bermula dengan apa yang anda mampu hari ini. Jika anda rasa nak dapatkan 1 keping gold bar ini terlalu mahal, anda sudah ada pilihan untuk menabung sedikit demi sedikit di akaun GAP. Untuk bermula, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ. Tetapi Mentor adalah orang yang kita dapat ilmu dari beliau. Apa bezanya? Guru ada obli...
09/09/2026

๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ.

Tetapi Mentor adalah orang yang kita dapat ilmu dari beliau.

Apa bezanya?

Guru ada obligation untuk ajar anak murid dan terpulang kepada anak murid nak belajar atau tidak.

Mentor tiada obligation untuk mengajar, tetapi anak murid memilih untuk belajar dari beliau.

Saya dan Eje pernah bermentorkan orang yang kurang tepat dalam bisnes sebelum ini.

Tapi bila kami masuk bisnes Public Gold, kami tidak apply perkara yang sama dalam bisnes lama.

Kami faham ini adalah bisnes yang jauh berbeza dari bisnes retail, fashion dan bisnes buah yang pernah kami buat.

Malah, pengalaman professional Eje dalam dunia construction (construction management) dan saya dalam pengurusan kesihatan (medical centre dan hospital), kami letakkan ditepi untuk belajar ilmu bisnes baru.

Semasa Power Assembly di Hilton Vienna Park minggu lepas, Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng ada tanya, siapa mentor bisnes kita?

Dalam bisnes Public Gold, orang yang banyak membentuk kami hari ini adalah Founder G100 Network, Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Sebelum saya kenal beliau secara peribadi, rupa-rupanya saya pernah baca buku beliau, Misi Bebas Hutang dan buku Wang Emas sekitar awal tahun 2023 yang mana itu adalah titik permulaan saya mula buat perubahan dalam kewangan saya.

Pengalaman lebih 16 tahun dalam dunia emas dan kewangan, penulis buku dan guru bisnes, beliau banyak mengajar berdasarkan pembacaan dan pengalaman beliau.

Tepat sekali panggilan mentor untuk Tuan Mohd Zulkifli.

Mentor adalah orang yang kita dapat ilmu dari beliau. Dari ilmu emas, ilmu kewangan, ilmu membina bisnes, hinggalah ilmu kekeluargaan, alhamdulillah kami belajar sangat banyak dari beliau.

Gambar ini adalah gambar kenangan malam terakhir kami di atas cruise menyusuri Sungai Danube, sungai kedua terpanjang di Eropah. Pada waktu itu, kami sedang menghampiri sempadan antara Austria dan German.

08/09/2026

Cuba lihat komen ini, Tuan Malik nampak perubahan nilai simpanan 50g emas walaupun hanya perlu simpan di tempat yang selamat. Sebenarnya, ada 3 golongan yang mendapat manfaat terbesar dalam simpanan emas.

1. Tidak boleh menabung. Kerja bertahun-tahun tetapi tidak ada tabungan. Sudah cuba bermacam-macam teknik, tetapi setiap kali menabung, selalu bocor. Untuk golongan ini, GAP Auto debit adalah penyelesaian terbaik untuk mereka.

2. Dapat menabung dengan baik, tetapi tabungan hanya dalam ASB, Tabung Haji dan KWSP sahaja. Mereka tidak sedar tabungan mereka dirompak inflasi dan kejatuhan ringgit. Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang untuk simpanan 2 tahun ke atas kepada emas. Pastikan, anda tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan duit yang akan digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji.

3. Kaya raya, tetapi tiada tabungan emas. Seperti kapal Titanic yang tiada bot penyelamat. Tanpa emas, kekayaan mereka berisiko tenggelam bila-bila masa. Jadi solusinya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas.

Mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie menyarankan simpan sekurang-kurangnya 1 kilogram emas untuk satu keluarga sebagai bot penyelamat dan โ€˜insuran kekayaanโ€™ keluarga anda.

Jadi jika anda tergolongan dalam kategori-kategori ini, dan bersedia untuk mengukuhkan kewangan anda dengan simpanan emas, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

08/09/2026

Ada empat matlamat utama mengapa anda perlu menyimpan wang:
1. Persaraan
2. Membeli rumah
3. Pendidikan anak-anak
4. Kecemasan kewangan

Bila melihat senarai ini, ada yang berkata, โ€œSaya masih bujang, baru bekerja, belum ada anak dan masih menyewa rumah. Tak perlu fikir lagi tentang semua ini.โ€ Tetapi percayalah, apabila anda memasuki usia 40an, anda akan mula menyesal kerana tidak membina tabungan sejak usia muda.

Masalahnya bukan kerana anda tidak mahu menabung, tetapi kerana kehendak sering mengatasi keperluan. Mahu bercuti, membeli barangan berjenama atau menaik taraf kereta. Dalam buku Jutawan dari Planet Jupiter, Tuan Azizi Ali menulis bahawa untuk mula membina kekayaan, anda perlu hidup di bawah kemampuan. Jika anda hidup melebihi kemampuan, anda akan berhutang. Jika anda hidup sekadar mengikut kemampuan, anda tiada tabungan. Tetapi apabila anda hidup di bawah kemampuan, barulah anda mampu untuk menabung dan membina kekayaan.

Tetapi jangan sesekali anda rasa sudah terlambat untuk menabung. Mulakan dengan apa yang anda mampu, walaupun sedikit. Jika anda s**ar menyimpan wang kerana mudah dibelanjakan, pertimbangkan untuk menukar sebahagian simpanan kepada emas fizikal. Duit diperlukan untuk perbelanjaan harian, tetapi emas membantu menyimpan nilai kekayaan untuk jangka panjang. Ingat, kekayaan bukan dibina dalam sehari, tetapi melalui tabiat menabung yang konsisten selama bertahun-tahun. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

Penyimpan emas yang berilmu tidak terlalu fokus kepada turun naik harga dalam jangka pendek.Mereka faham fungsi emas seb...
08/09/2026

Penyimpan emas yang berilmu tidak terlalu fokus kepada turun naik harga dalam jangka pendek.

Mereka faham fungsi emas sebagai aset jangka panjang.

Emas bukan jalan untuk cepat kaya. Ia salah satu cara untuk mengekalkan kekayaan yang telah dibina.

07/09/2026

KWSP telah menaikkan Simpanan Asas persaraan daripada RM240,000 kepada RM390,000 bermula 1 Januari 2028. Persoalannya, adakah target simpanan persaraan anda juga sudah berubah?

Ada segelintir yang melihat angka RM390,000 itu besar. Tetapi apabila dipecahkan, KWSP menganggarkan perbelanjaan asas seorang pesara di bandar sekitar RM1,625 sebulan. Itu hanyalah untuk memenuhi keperluan asas. Belum mengambil kira inflasi, kos rawatan kesihatan, atau jika anda mahu menikmati persaraan dengan lebih selesa.

Inilah sebabnya membina simpanan persaraan tidak boleh bergantung kepada satu instrumen sahaja. KWSP ialah asas yang sangat penting dan perlu diteruskan. Tetapi anda juga boleh membina simpanan emas sebagai pelengkap. Tujuannya bukan untuk menggantikan KWSP, tetapi membantu melindungi kuasa beli kekayaan yang dibina selama puluhan tahun daripada dihakis inflasi.

Realitinya, angka simpanan asas persaraan akan terus berubah mengikut kos sara hidup. Sebab itu dengan simpanan emas, anda tidak perlu risau kerana harga emas akan naik selari dengan kenaikan kos sara hidup. Anda boleh letakkan target ada sekurang-kurangnya 1kg emas untuk dana persaraan. Apabila tiba hari persaraan nanti, anda bukan sekadar mempunyai wang untuk hidup, tetapi mempunyai kebebasan untuk memilih bagaimana anda mahu menjalani kehidupan.

Bagi yang ingin memulakan simpanan emas fizikal bersama Public Gold sebagai sebahagian dari perancangan persaraan, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan saya akan kongsikan cara dan strategi simpanan emas yang sesuai untuk anda.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Siti Public Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share