Muqmeen Group

Muqmeen Group The place where people unite to achieve common goal

Perginya seorang suami,seorang ayah,seorang sahabat,seorang leader,dan semestinya, seorang insan yang sangat baik.Allahy...
03/02/2026

Perginya seorang suami,
seorang ayah,
seorang sahabat,
seorang leader,
dan semestinya, seorang insan yang sangat baik.

Allahyarham Muhammad Asri bin Thomas
adalah jiwa yang sentiasa memberi tanpa mengharap balasan. Beliau juga yang banyak membuka ruang fikir, mengajar kami melihat kehidupan dari pelbagai perspektif.

Beliau sentiasa ada saat diperlukan. Dalam kesibukan yang tak pernah surut, keluarga tetap menjadi keutamaan. Itu nilai yang tidak semua orang mampu jaga.

Tenanglah dikau di sana.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosanya, lapangkanlah kuburnya, dan tempatkanlah beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah untuk arwah Asri Thomas🤍

🇲🇾Dirgahayu Tuanku🇲🇾Menjunjung kasih sempenaUlang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan ...
02/06/2025

🇲🇾Dirgahayu Tuanku🇲🇾

Menjunjung kasih sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan pemerintahan yang penuh keberkatan.

30/03/2025

“Lafaz takbir ini bukan sekadar alunan, tapi tanda Syukur dan Kemenangan.”Moga Syawal ini membawa seribu keberkatan dan rezeki yang melimpah kepada kita semua. Dengarkan Takbir Raya daripada kami warga Muqmeen Group i-City untuk semua. 🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! 💚

26/03/2025

“Wanita Anggun”

Hilangnya insan tersayang bukan hanya meninggalkan luka di hati, tetapi juga cabaran untuk meneruskan kehidupan. Dalam kesedihan seorang ibu yang kehilangan suaminya, ada sinar harapan yang telah dirancang sejak awal - Hibah Takaful.

Cinta sejati bukan sekadar kata-kata, tetapi persiapan untuk mereka yang kita tinggalkan. Kerana kasih sayang bukan hanya diungkapkan, tetapi diwariskan.

Disamping itu, PruBSN Anggun juga ialah pelan takaful komprehensif yang direka khas untuk wanita pada pelbagai peringkat kehidupan.

Mencarum takaful bukan sesuatu yang sia-sia, sebab ia sebenarnya satu bentuk perlindungan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga.




LEADERSHIP WORKSHOP 2025Program 2 hari 1 malam anjuran Muqmeen Group i-City yang bertempat di Agrocamp Janda Baik milik ...
23/01/2025

LEADERSHIP WORKSHOP 2025

Program 2 hari 1 malam anjuran Muqmeen Group i-City yang bertempat di Agrocamp Janda Baik milik Senior Agency Manager, Hj Abdul Aziz Bin Riadi khas buat barisan para Leaders, Leadership Management Team & Captains dibawah naungan branch i-City.

Alhamdulillah banyak intipati ilmu yang dicurahkan kepada kami semua bagi menaikkan nilai-nilai murni dan secara langsung memberi impak positif pada prestasi individu dan 'team'. Sesi ini juga lebih menekankan bagaimana untuk kami meneraju 'team' di era yang serba dinamik melalui kaedah 'Digital Leadership'.

Bertempat di fasiliti yang serba mencukupi dengan kemudahan yang selesa, keadaan persekitaran di atas bukit yang tinggi dengan permandangan cantik dan udara yang sejuk dan nyaman merupakan satu bonus bagi menaikkan deria dan pancaindera bagi kami.

Berbekalkan dengan ilmu yang dikongsi, semoga kami bawa pulang dan istiqomah untuk terus 'implement' dalam perniagaan Takaful kami; dan dapat melahirkan lebih ramai Leaders yang berkaliber di bawah agensi kami.

Kepada sesiapa yang berminat untuk tahu tentang perniagaan Takaful, boleh PM untuk detail lanjut.

Kami akan bantu anda dari setiap sisi dengan banyak platform yang lengkap sehingga anda menjadi Leader satu hari kelak.

Back to Nature : A Regal Escape – MG i-City Day Out (MiDO)Pada tarikh 06/10/2024, warga MGiC telah berkumpul dalam suasa...
06/10/2024

Back to Nature : A Regal Escape – MG i-City Day Out (MiDO)

Pada tarikh 06/10/2024, warga MGiC telah berkumpul dalam suasana yang penuh kemeriahan di Bernam Nature Hut.

Acara ini bukan sahaja mempertemukan ahli keluarga, tetapi juga membina jalinan yang lebih erat antara kita semua.

Dari aktiviti sukaneka yang mencuit hati hingga ke sesi makan bersama yang penuh gelak tawa, setiap detik dipenuhi dengan kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan padu. Juga kepada barisan Muqmeen Community Club (MCC) yang bertungkus-lumus memastikan acara berjalan dengan lancar.

Semoga acara seperti ini terus diadakan untuk merapatkan silaturahim dan mengukuhkan kasih sayang dalam keluarga kita.

Jumpa lagi di acara akan datang!

*Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M*Dalam memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, marilah kita memperbanyakkan selawat d...
16/09/2024

*Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M*

Dalam memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, marilah kita memperbanyakkan selawat dan mengamalkan ajaran baginda.

Semoga kita terus diberkati dengan rahmat, syafaat, dan kecintaan Rasulullah SAW.

Marilah bersama-sama kita menuju kecemerlangan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

*Selamat Hari Malaysia!*Marilah kita bersama-sama menyambut Hari Malaysia dengan semangat perpaduan dan kesetiaan kepada...
16/09/2024

*Selamat Hari Malaysia!*

Marilah kita bersama-sama menyambut Hari Malaysia dengan semangat perpaduan dan kesetiaan kepada negara tercinta. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semoga Malaysia terus maju dan makmur!

Saya Anak Malaysia!🇲🇾

BUILDING SUSTAINABLE & PROFITABLE BUSINESS : MID YEAR REVIEW 2024 Alhamdulillah, selesai sudah program MGiC Mid Year Rev...
14/07/2024

BUILDING SUSTAINABLE & PROFITABLE BUSINESS : MID YEAR REVIEW 2024

Alhamdulillah, selesai sudah program MGiC Mid Year Review 2024 di AAR Agrocamp, Janda Baik.

Apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, apa yang kita CAKAP, apa yang kita BUAT, semuanya adalah DOA.

Doakan semoga warga MGiC terus melakar kejayaan demi Agama, Bangsa, dan Negara.

Salam Awal Muharam 1446H diucapkan buat seluruh muslimin dan muslimat. Semoga segala amal ibadah kita bertambah dan akan...
07/07/2024

Salam Awal Muharam 1446H diucapkan buat seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga segala amal ibadah kita bertambah dan akan menjadi lebih baik untuk tahun ini.

Marilah bersama sama kita jadikan awal muharam ini sebagai permulaan yang baik untuk kita semua dalam menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Address

Level 15 Menara Mercu Maybank
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muqmeen Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muqmeen Group:

Share