Abam Takaful88

Abam Takaful88 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Abam Takaful88, NO 5 Jalan TERUMBU 8/18, SEKSYEN 8, Shah Alam.

16/08/2017

Sedikit perkongsian...
BATAL MRTA/MRTT DAPAT DUIT LEBIHAN.
Dapatkan rebet bagi sijil MRTT yang dibatalkan.
Apabila kita membatalkan polisi insurans atau takaful yang diambil secara tahunan seperti insurans kereta, kebakaran dan kesihatan, atau insurans/takaful pembiayaan perumahan seperti MRTA/MRTT, kita berhak untuk membuat tuntutan premium bagi tempoh yang belum luput.
Untuk takaful tahunan seperti takaful kereta, kemungkinan besar anda masih layak mendapat pulangan premium jika polisi sekurang-kurangnya ada tempoh dua bulan sebelum luput.
Sementara itu bagi insurans pinjaman perumahan seperti MRTA/MRTT, apabila anda membayar balik hutang pembiayaan, sama ada kerana menjual rumah/hartanah tersebut, membiayai semula atau mempunyai dana lebihan, anda berhak untuk menuntut kembali premium MRTA/MRTT yang telah dibayar pada permulaan pinjaman untuk tempoh pinjaman yang tinggal.
Tetapi perkara penting yang perlu diingat dalam kes MRTA/MRTT ialah anda mungkin tidak dimaklumkan oleh bank bahawa anda perlu membuat tuntutan.
Baru-baru ini saya menjual satu hartanah dan menyelesaikan pinjaman satu lagi. Kedua-dua pinjaman diambil daripada bank yang sama tetapi cawangan berbeza. Satu cawangan serta-merta meminta saya mengisi borang untuk membuat tuntutan.
Sebaliknya, cawangan yang satu lagi hanya berdiam diri dan saya sendiri yang meminta borang untuk membuat tuntutan daripada mereka selepas dua bulan.
Ini bermakna bahawa bagi sesetengah bank, mereka tidak akan memberitahu pelanggan dan sesiapa yang tidak tahu tentang ini mungkin kerugian beberapa ribu ringgit.
Malah, bagi anda yang sudah menjelaskan pinjaman perumahan dua atau tiga tahun lepas dan masih belum membatalkan polisi, anda masih boleh melakukannya dan mendapatkan kembali wang anda.
Kesimpulannya ialah bagi setiap insurans/takaful yang dibatalkan di mana masih ada sekurang-kurangnya dua bulan lagi sebelum tarikh tamat, tanya bank atau baca terma dan syarat polisi untuk melihat sama ada anda boleh mendapatkan kembali wang anda.
Kredit kepada :

Risalah Labur Niaga
Saham - Unit Amanah - Kewangan - Perniagaan - Ekonomi - Motivasi
LABURNIAGA.COM

15/08/2017

Address

NO 5 Jalan TERUMBU 8/18, SEKSYEN 8
Shah Alam
40000

Telephone

0133931857

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abam Takaful88 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abam Takaful88:

Share