Pejabat Bendahari Uitm Kampus Puncak Perdana

Pejabat Bendahari Uitm Kampus Puncak Perdana Assalamualaikum Dan Salam UiTM

page rasmi makluman dari Pejabat Bendahari UiTM KPP

Sebarang masalah berkaitan Kewangan Pelajar, sila emel kepada alamat emel berikut mengikut kategori pelajar:

Prasiswazah : [email protected]
Pascasiswazah : [email protected]
Prasiswazah PJJ/PLK : [email protected]

Assalamualaikum WBT / Salam sejahteraNOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI DAN KAUNTER PEJABAT BENDAHARI KAMPUS PUNCAK PERDAN...
03/01/2023

Assalamualaikum WBT / Salam sejahtera

NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI DAN KAUNTER PEJABAT BENDAHARI KAMPUS PUNCAK PERDANA MULAI TAHUN 2023

Dengan berat hati dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari Kampus Puncak Perdana telah menutup operasi secara kekal bermula pada 1/1/2023.

Sebarang urusan rasmi berkaitan boleh dimajukan secara online/talian telefon/ Pejabat Bendahari terdekat seperti Unit Kewangan Zon mengikut PTJ [UKZ 4(KPPIM)/ UKZ 12 (KPSK)] / Bahagian di Shah Alam & Kampus Puncak Alam.

Sebarang kesulitan yang dihadapi, pihak kami memohon ribuan kemaafan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sebelum ini.
Sekian, terima kasih.

No dihubungi lawati> https://bendahari.uitm.edu.my/

1. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media boleh hubungi 03-55445392/55435517/55435393/55435412

2. Kolej Pengajian Seni Kreatif , hubungi: 0355443420/3543/3442/3457

3.Bahagian kewangan Pelajar 0355443339/3361/3435/3346/3441/3445/

4. Pejabat Bendahari Kampus Puncak Alam
0332584009/4278/4207/4279

04/11/2022

MAKLUMAN PENJANAAN BIL SML SESI OKT’22 - FEB’23 (20224)

Berikut adalah tindakan ke atas penjanaan bil pelajar SML sesi 20224:

1. Bagi pelajar yang tidak membuat penjanaan bil, bil pelajar telah dijana secara pukal.

2. Bagi pelajar SML yang mempunyai bil mod S berstatus belum dibayar, bil tersebut telah dibatalkan dan dijana bil SML.

3. Bagi pelajar SML yang mempunyai bil mod S berstatus telah dibayar, penjanaan bil pelarasan bagi mod SML telah dilakukan.
Nota: Dalam kes ini, ada juga pelajar yang layak menerima pemulangan kerana bil SML lebih rendah berbanding bil mod S. Maklumat pemulangan ini akan diemelkan oleh JPKP kepada cawangan yang terlibat.

Mohon pelajar berstatus SML membuat semakan bil di portal pelajar (Student Financial Services).

Sekian, terima kasih.
JPKP

Para Graduan Konvokesyen UiTM Kali Ke-94 Tahun 2022 yang dihormati,PEMBAYARAN YURAN KONVO MELALUI PENGELUARAN PENDIDIKAN...
22/08/2022

Para Graduan Konvokesyen UiTM Kali Ke-94 Tahun 2022 yang dihormati,

PEMBAYARAN YURAN KONVO MELALUI PENGELUARAN PENDIDIKAN i-AKAUN KWSP

Merujuk kepada Piagam Pelanggan KWSP bagi proses pengeluaran akaun ahli akan mengambil masa dalam tempoh 21 hari bekerja (Proses pengeluaran & proses pembayaran yuran kepada UiTM adalah tertakluk kepada kelulusan pihak KWSP dalam tempoh 21 hari bekerja).

Status yuran hanya akan dikemaskini kepada ‘Telah Dibayar’ setelah pihak UiTM menerima pembayaran daripada pihak KWSP.

Bagi melancarkan proses konvokesyen, saudara/saudari TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT PEMBAYARAN BIL TERTUNGGAK MENGGUNAKAN PENGELUARAN PENDIDIKAN i-AKAUN KWSP kerana permohonan di saat akhir dikhuatiri akan melangkau tarikh sidang konvokesyen & berisiko tinggi untuk disekat pengeluaran skrol rasmi.

Namun begitu, tiada halangan sekiranya saudara/saudari ingin membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP untuk menuntut semula bil yang telah dibayar (Self reimbursement).

Di kesempatan ini, sukacitanya Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/saudari para graduan konvokesyen kali ke-94.

Sekian, terima kasih.

10/08/2022

Saudara/saudari pelajar yang dihormati,

PERINGATAN MESRA BAGI PEMBAYARAN YURAN SESI II 2021 / 2022 (SESI 20222) – 20 HARI LAGI

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh akhir pembayaran yuran bagi sesi II 2021 / 2022 (Sesi 20222), adalah pada 27 Ogos 2022 ini.

Sila ambil perhatian berkenaan tempoh pengemaskinian status pembayaran bil adalah bergantung kepada mod pembayaran yang digunakan seperti berikut:
• 2 hari (Kaunter Bank Islam/ATM Bank Islam
• 2 hingga 7 hari (Bank Islam online banking/online VISA Mastercard)
Oleh itu, SILA ELAKKAN PEMBAYARAN YURAN PADA SAAT-SAAT AKHIR.

Memandangkan hanya tinggal 20 hari lagi, saudara/saudari tidak digalakkan untuk membuat pembayaran yuran menggunakan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP bermula dari hari ini (Bagi bil yang belum dibayar).

Ini kerana, merujuk kepada Piagam Pelanggan KWSP bagi proses pengeluaran akaun ahli akan mengambil masa dalam tempoh 21 hari bekerja (Proses pengeluaran & proses pembayaran yuran kepada UiTM adalah tertakluk kepada kelulusan pihak KWSP dalam tempoh 21 hari bekerja).

Untuk makluman saudara/saudari, status yuran hanya akan dikemaskini kepada ‘Telah Dibayar’ hanya sekiranya UiTM telah menerima pembayaran daripada KWSP.

Sekiranya saudara/saudari baru membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP, ianya dikhuatiri akan melangkau tarikh akhir pembayaran yuran & berisiko tinggi untuk dikenakan tindakan Gugur Taraf.

Namun begitu, tiada halangan sekiranya saudara/saudari ingin membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan i-Akaun KWSP untuk menuntut semula bil yang telah dibayar.

Sehubungan itu, sekiranya saudara/saudari masih belum membuat pembayaran yuran, sila berbuat demikian dengan merujuk Panduan Pembayaran Bil melalui Soalan Lazim No.13 di laman web Pejabat Bendahari.

Bagi pelajar yang mengalami masalah kewangan untuk melunaskan pembayaran yuran, saudara/saudari boleh merujuk Soalan Lazim No.22 di laman web Pejabat Bendahari.

Di kesempatan ini, sukacitanya saudara/saudari adalah dinasihatkan supaya lebih peka dengan tarikh-tarikh penting di sepanjang pengajian supaya tidak membuat tindakan pada saat-saat akhir bagi memastikan semua proses berjalan lancar serta mengelakkan daripada dikenakan tindakan.

Sekian, terima kasih.

PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM UNTUK TUJUAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN BAGI SEMESTER OKTOBER 2022-FEBRUARI 2023  Saudara/Saud...
26/07/2022

PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM UNTUK TUJUAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN BAGI SEMESTER OKTOBER 2022-FEBRUARI 2023

Saudara/Saudari pelajar yang dihormati,

Untuk makluman saudara/saudari, pemohon pinjaman PTPTN bagi Semester Oktober 2022-Februari 2023 perlu mempunyai AKAUN BANK ISLAM bagi tujuan permohonan pinjaman PTPTN.

Sekiranya pelajar belum mempunyai akaun Bank Islam, sila klik di sini untuk tujuan pembukaan akaun Bank Islam.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-2690 0900.

Sila rujuk infografik yang dilampirkan, untuk panduan keseluruhan proses pembukaan akaun Bank Islam secara bulk.

13/07/2022

SEGERA: PENGUMUMAN PENTING KEPADA SEMUA PELAJAR DAN PEMINJAM PTPTN(SEBELUM 15 JULAI 2022)

Saudara/saudari pelajar yang dihormati,

Aktiviti melaksanakan consent pembukaan akaun Simpanan I-PRO RHB oleh pelajar UiTM di bawah program Kad Prihatin Siswa akan dilanjutkan sehingga 15 Julai 2022 sahaja.

Pelajar UiTM pada ketika ini yang mendapat bayaran pinjaman PTPTN perlu membuat consent ini kerana bayaran pinjaman PTPTN pada 2023 akan disalurkan menggunakan akaun Simpanan I-PRO RHB sahaja. Pelajar UiTM yang lain digalakkan membuka akaun ini juga kerana ianya adalah percuma.

Layari kpsiswa.uitm.edu.my untuk mengetahui berkaitan program Kad Prihatin Siswa.

i. Aktiviti consent pembukaan akaun ini boleh dibuat melalui aplikasi MyStudent, UFuture dan Student Portal.

ii. Semakan status dan tarikh consent pembukaan akaun ini boleh juga diakses melalui aplikasi MyStudent seperti paparan di atas 👆.

Sumber: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)
Universiti Teknologi MARA

PELAKSANAAN SISTEM FINePROCUREMENT PLUS 2.0  PEJABAT BENDAHARI UiTMSukacita ingin dimaklumkan Sistem FineProcurement Plu...
13/06/2022

PELAKSANAAN SISTEM FINePROCUREMENT PLUS 2.0 PEJABAT BENDAHARI UiTM

Sukacita ingin dimaklumkan Sistem FineProcurement Plus 2.0 boleh dicapai di Portal Kewangan Pejabat Bendahari mulai 13 Jun 2022 melalui pautan : https://myfinancial.uitm.edu.my/new/index.php

Pelaksanaan sistem baharu ini mempunyai ciri-ciri yang telah diringkaskan bagi memudahkan urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan secara dalam talian di jabatan-jabatan UiTM secara amnya. Antara ciri-ciri terkini adalah seperti berikut:-

i) Paparan antara muka yang lebih interaktif

ii) Proses jenis-jenis perolehan baharu diwujudkan

iii) Menu Notis Hantaran dan GRN baharu dibangunkan

iv) Senarai Tugasan untuk tindakan pengguna bagi menyelesaikan proses perolehan tertangguh**

v) Maklumat/Laporan Jenis Perolehan PTJ**

Nota :

**Penambahbaikan sedang dibangunkan dan dilancarkan secara berperingkat

Official Portal of Bursary Office, Universiti Teknologi MARA, FinEPortal

31/05/2022

PENGOPERASIAN KLINIK PERGIGIAN JASMINE PERDANA DI KAMPUS PUNCAK PERDANA EMPAT HARI SEMINGGU.

Di maklumkan bahawa Klinik Pergigian Jasmine Perdana di Kampus Puncak Perdana akan mula beroperasi empat hari seminggu bermula Mei 2022. Rawatan pergigian akan berjalan seperti biasa kecuali Rabu.
Orang awam dan warga UiTM di jemput untuk mendapatkan rawatan daripada klinik pergigian Jasmine Perdana. Perkhidmatan ini dibawakan oleh Fakulti Pergigian UiTM.

Sebarang perubahan pada hari operasi klinik, akan dimaklumkan kemudian. Bayaran perkhidmatan adalah secara tanpa tunai.

lawati FB> https://www.facebook.com/KPJasminePerdana.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian : 03-7962 2400

KAEDAH PEMBAYARAN PENGURUSAN PELEKAT KENDERAAN DAN BAYARAN PELBAGAI DI PEJABAT POLIS BANTUAN BAGI KAMPUS PUNCAK PERDANA ...
30/05/2022

KAEDAH PEMBAYARAN PENGURUSAN PELEKAT KENDERAAN DAN BAYARAN PELBAGAI DI PEJABAT POLIS BANTUAN BAGI KAMPUS PUNCAK PERDANA

Sila gunakan kod QR mengikut kategori yang berkaitan. Borang berkaitan permohonan pelekat kenderaan ada di web yang berkaitan.

Kod QR bayaran adalah menggunakan kadar per unit. Sila buat mengikut jumlah permohonan yang di minta contoh 2 pelekat, 2 kali bayaran berbeza. Sila kepilkan bersama resit dan borang di Pejabat Polis Bantuan untuk tindakan seterusnya.

Address

UiTM Kampus Puncak Perdana
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60379622053

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Bendahari Uitm Kampus Puncak Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Bendahari Uitm Kampus Puncak Perdana:

Share