06/03/2017
10 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi
Masalah pengurusan kewangan ini terjadi kepada mereka yang makan gaji ataupun yang bekerja sendiri. Tidak kisahlah berapa banyak pun anda punya pendapatan tetapi jika tidak diuruskan dengan baik memang sesak nafas sebelum sampai hujung bulan.
Bila dah tak cukup mulalah kita meminjam sana sini, berhutang sana sini untuk cukupkan keperluan kita. Dan yang paling tidak bagusnya bila kita mula berhutang dengan mereka yang tidak sepatutnya seperti skim pinjaman duit yang berasaskan riba/bunga.
Ok sebelum kita pergi kepada tips mengurus kewangan dengan baik kita lihat dulu apa kesilapan yang sering dilakukan semasa menguruskan wang.
#1 Tidak tahu pendapatan bersih sebulan
Bagi mereka yang sudah lama mungkin benda ini dah settle, tapi kebiasaannya bagi orang muda yang baru bekerja bila dapat gaji je contohnya RM2,500 terus terbayang-bayang di kepala nak beli apa.
Rilek dulu, kita kena kenal berapa pendapatan bersih kita. Gaji kita itu tolak dulu dengan kos yang kita wajib kita selesaikan dulu contohnya
β’ Kos minyak pergi balik kerja
β’ Pinjaman kereta
β’ Pinjaman rumah
β’ Bayaran tol pergi balik kerja
Dan seterusnya, anda tambah sendiri mengikut apa yang sesuai dengan keperluan anda.
kredit
#2 Belanja ikut nafsu
Ini benda biasa yang selalu terjadi. Kita bukan belanja ikut nafsu tapi kita belanja ikut keperluan.
Kadang-kadang orang bagi alasan βdah penat kerja sebulan kenalah bagi habuan sikit untuk diri sendiriβ. Ok statement ini memang ada betulnya tapi masalah habuan tersebut bersifat βtambahanβ bukan yang βmemerlukanβ.
#3 Malas dan jahil
Nak tahu kenapa duit kita tak pernah cukup? Sebab kita pemalas! Malas nak merancang, bila tak merancang konfirm kita menempah kepada kegagalan.
Kalau kita tak ada ilmu spend masa sikit untuk belajar, ambil kursus mengurus kewangan atau minta nasihat dari orang tua.
Kalau pemalas sangat pergi buka youtube dan search βmengurus kewanganβ banyak video yang anda boleh lihat dan belajar.
OK cukupla kita senaraikan 3 punca orang gagal dalam mengurus kewangan, sebenarnya banyak lagi boleh cari bacaan tambahan di google dan sebagainya.
Jadi sekarang kita move on p**a kepada tips pengurusan kewangan. Perkongsian ini berdasarkan ilmu yang cetek dan banyak tanya orang je, kalau ada ada tips mengurus kewangan versi anda sendiri rajin-rajinkanlah share dibahagian comment ya =)
kredit
#1 Simpan 10-15% daripada gaji bersih anda
Selepas anda tolak semua kos dan dah dapat gaji bersih, tolak lagi dari gaji bersih tersebut 10-15% untuk masuk dalam akaun simpanan.
#2 Buat akaun simpanan asing
Buat satu akaun khas untuk anda menyimpan sahaja dalam itu, akaun ini tak akan sesekali diusik kecuali ada hal kecemasan. Dan yang lebih baik anda buat akaun simpanan ini tanpa kad debit, maksudnya minta pada bank kita nak buku simpanan sahaja.
kredit
#3 Simpan resit
Tips ini saya dapat melalui seorang pakcik. Katanya jika kita simpan resit kita akan mudah trace semula kemana duit kita berbelanja sebab ada tarikh dan catatan banyak mana kita berbelanja pada waktu itu. Dan paling hebatnya pakcik ini simpan resit untuk 3 bulan yang lalu! (Warna tulisan pun dah tak berapa nampak)
#4 Belanja yang perlu sahaja, yang nafsu tolak jauh-jauh
Kenapa kita selalu sahaja tak cukup duit sehingga akhir bulan sebab kita belanja pada benda yang kemahuan bukan keperluan. Lebih teruk lagi jika kemahuan kita tu yang βshort termβ seperti makan di restoran yang tersangat mahal makanannya.
kredit
#5 Elakkan makan diluar
Nak tahu tak yang kalau kita beli bahan mentah sendiri dan masak kita mampu jimat sehingga 30-40%. Jadi elakkan makan diluar kalau tiada keperluan yang mendesak. Air milo buat sendiri ambil air dan ais dalam peti sejuk dan bancuh kosnya mungkin tak sampai RM1 tapi kalau kat kedai sampai RM2.50!
#6 NO kad kredit!
Yang bahayanya bila kita guna kad kredit ini adalah kita rasa macam berduit, padahal yang sebenarnya kita berhutang dengan bank. Jadi elakkan buat kad kredit, kalau nak guna kad juga gunalah kad debit sahaja ya.
kredit
#7 Catit duit keluar masuk
Ini perlukan komitmen yang sangat tinggi. Buat catatan harian setiap kali sebelum masuk tidur kemana duit kita telah dibelanjakan dari sekecil-kecil belanja hinggalah yang paling besar. Ini tujuan supaya bila akhir bulan nanti kita boleh jimat mana yang perlu.
#8 Jimat mana yang boleh
Sebagai contohnya jimatkan penggunaan elektrik,air dan yang lain mana yang perlu. Ini supaya tak adalah bil kita melambung tinggi sangat. Dan kalau boleh sekarang ini banyak pakej telekomunikasi yang menawarkan pakej yang jimat dan rendah. Limitkan bergayut lama-lama, guna apps yang percuma seperti whatsapp, telegram dan lain-lain.
#9 Letakkan sasaran penjimatan
Cara ini untuk meningkatkan motivasi kita menyimpan. Sebagai contoh kita letak sasaran selepas 3 bulan kita berjaya kumpul RM5000. Dan kita gunakan duit yang disimpan untuk manfaat yang berbaloi seperti membawa keluarga bercuti. Sebaiknya jangan habiskan terus simpanan tersebut, simpan untuk kegunaan masa depan.
kredit
#10 Bayar hutang anda dahulu
Perkara paling utama adalah bayar hutang atau pinjaman yang kita ada dulu. Baru kita merancang kemana duit kita akan dibelanjakan. Kalau kita tak selesaikan hutang dulu, hutang ini akan makan diri kita nanti. Meranalah kita hidup dengan rumah kena lelong, kereta kena tarik. Selesaikan yang utama dahulu!