21/07/2026
π DARI ZERO KE HERO: PERJALANAN USAHAWAN MUDA MEMBINA PERNIAGAAN BERIMPAK
Bagaimana seorang Graduan Kejuruteraan mampu mengubah disiplin sebagai bekas atlet negara menjadi asas kejayaan dalam dunia keusahawanan?
Jom dengarkan perkongsian inspirasi daripada Muhammad Faizul M. Nasir, Alumni POLYCC dan Pengurus TMF Legacy Enterprise.
Beliau merupakan Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) serta bekas pesilat elit kebangsaan Malaysia yang pernah meraih Pingat Emas Sukan SEA 2015 & 2017 (Kelas B Putra 50β55 kg) dan mewakili negara di pentas Sukan SEA, Sukan Asia serta Kejohanan Dunia Pencak Silat.
Kini, beliau berjaya membina kerjaya sebagai usahawan muda, membuktikan bahawa disiplin, ketabahan dan semangat juang bukan sahaja membawa kejayaan dalam sukan, malah menjadi kunci utama dalam membina perniagaan yang berimpak.
β¨ Sertai sesi ini untuk mengetahui:
β
Bagaimana mengubah cabaran menjadi peluang
β
Rahsia membina jenama dan perniagaan yang berjaya
β
Kepentingan disiplin, kepimpinan dan daya tahan dalam dunia keusahawanan
β
Inspirasi khas untuk pelajar TVET, graduan dan bakal usahawan muda
π― Jangan lepaskan peluang untuk belajar daripada seorang alumni yang telah membuktikan bahawa kejayaan bukan bergantung pada di mana kita bermula, tetapi sejauh mana kita sanggup berusaha untuk mencapainya.
π Tarikh: 22 Julai 2026
π Masa: 2 petang
π Lokasi: Dewan Al Jazari PSA
Politeknik.kolejkomuniti
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Kementerian Pendidikan Tinggi
Unit Keusahawanan & Alumni, BAPP, JPPKK
Coopsa
Institut Koperasi Malaysia
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - JKM PSA
Themalaysianfighter