Aman Palestin Shah Alam

Aman Palestin Shah Alam Sumbangan & Derma | Bank Islam: 12029010047880 | Maybank : 562263010787 | CIMB Islamic : 8600460353 | Bank Muamalat : 12070005133717 | Tel : 0355105867

VISI
Menjadi sebuah badan yang akan menjadi sumber rujukan (Marja’iyyah) dengan mengambil peranan memberikan pertolongan (An-Nusrah) dan sokongan (Ad-Da’mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan (Jiddiyyah).

Suasana di Masjid Imam Al-Shafie suatu masa dahulu. Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian bersolat ...
30/11/2023

Suasana di Masjid Imam Al-Shafie suatu masa dahulu. Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian bersolat dan berucap bersama para jemaah di Gaza.

Beruntungnya para pewakaf yang terlibat membina masjid ini beberapa tahun dahulu.

Terima kasih kepada yang menderma kepada Aman Palestin.


MASJID IMAM SHAFIE SUDAH MUSNAHMasih ingat lagi projek Masjid Imam Shafie di Gaza? Ya. Inilah Masjid Imam Shafie yang di...
30/11/2023

MASJID IMAM SHAFIE SUDAH MUSNAH

Masih ingat lagi projek Masjid Imam Shafie di Gaza? Ya. Inilah Masjid Imam Shafie yang dibina semula oleh Aman Palestin hasil daripada infak para penyumbang. Masjid ini pernah dirobohkan sekali pada perang 51 hari tahun 2014, kini dimusnahkan sekali lagi oleh Tentera Rejim Isr4el dalam perang Taufan Al-Aqsa.

Kami menerima berita daripada Ir. Omar Seyam, CEO Aman Palestin Gaza pada 29 November dan beliau mendapatkan pengesahan Kementerian Wakaf Gaza bahawa Masjid Imam shafie menerima dua serangan pada 15 dan 23 November. Serangan berlaku ketika rakyat Gaza sedang bersolat qiamullail di dalamnya yang akhirnya memusnahkan masjid tersebut dan angka syahid masih dalam pengiraan.

“Seluruh warga Aman Palestin berdukacita menerima berita ini disaat Aman Palestin dibekukan akaunnya sedangkan kami telah bersedia menghantar bantuan orang ramai yang telah dikumpulkan bernilai RM8 juta kepada Palestin!” - Ismail Muhammad Juffri, Pengurus Jabatan Media dan Dokumentasi Aman Palestin

Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas merupakan salah seorang yang berucap di masjid ini semasa perasmiannya pada 1 Februari 2019!




  | 🚨 BANTUAN KECEMASAN PALESTIN 10 NOVEMBER 2023 SELAMAT TIBA DI GAZA 🚨Alhamdulillah, dalam kesulitan yang berlaku di G...
16/11/2023

| 🚨 BANTUAN KECEMASAN PALESTIN 10 NOVEMBER 2023 SELAMAT TIBA DI GAZA 🚨

Alhamdulillah, dalam kesulitan yang berlaku di Gaza, Aman Palestin tidak terlepas dalam memberikan bantuan terus kepada rakyat Gaza dalam khususnya dalam bantuan makanan dan perbuatan.

pada 10 November 2023, Aman Palestin berjaya menyalurkan bantuan hasil sumbangan para penyumbang SEBANYAK RM2,585,000 (USD 550,000) yang berbentuk:

💵 BANTUAN KEWANGAN
USD 300,000 (3,000 keluarga)

🥘 MAKANAN PANAS
USD 50,000 (1,000 keluarga)

🏨 PERUBATAN (HOSPITAL AL-SYIFA’)
USD 100,000

🚑 2 BUAH AMBULANS (HOSPITAL AL-SYIFA’)
USD 100,000

Jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat Palestin. Tiada balasan yang lebih besar melainkan pembebasan Palestin secara keseluruhannya!

‼️ TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG ‼️



  | APA YANG KITA TAHU PASAL "TWO STATE SOLUTION"?Ramai yang tanya kenapa kita tak bagi je sebahagian tanah untuk yahudi...
08/11/2023

| APA YANG KITA TAHU PASAL "TWO STATE SOLUTION"?

Ramai yang tanya kenapa kita tak bagi je sebahagian tanah untuk yahudi zio.n1s duduk? Kenapa tak boleh nak berdamai dengan diplomasi?

Jom kita cuba faham dulu apa yang dimaksudkan dengan cadangan "TWO STATE SOLUTION" lepas tu baru kita fikir patut atau tidak kita bagi muka dekat penjajah haram Isr4el!




Mari Kenali Sheikh Ahmad Yassin.Seorang Figura yang mengabadikan dirinya demi perjuangan Palestin.🇵🇸       a caption...
07/11/2023

Mari Kenali Sheikh Ahmad Yassin.

Seorang Figura yang mengabadikan dirinya demi perjuangan Palestin.🇵🇸




a caption...

  | SIAPAKAH 'MASTERMIND' TAUFAN AL-AQSA?Pasti ramai tertanya-tanya siapakah yang menggerakkan Briged Al-Q4ss4m dengan p...
06/11/2023

| SIAPAKAH 'MASTERMIND' TAUFAN AL-AQSA?

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah yang menggerakkan Briged Al-Q4ss4m dengan pergerakan yang terancang sehingga menggerunkan Isr4el, kan?

Beliau adalah Muhammad Al-Dheif!




Sebar dan kongsikan. Semoga semua lebih cakna apa yang telah terjadi di sana. 🇵🇸 ゚viral
12/10/2023

Sebar dan kongsikan. Semoga semua lebih cakna apa yang telah terjadi di sana. 🇵🇸

゚viral

Address

A-1-2, Alam Avenue, Jalan Serai Wangi F 16/F, Persiaran Selangor, Seksyen 16
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+60355105867

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aman Palestin Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aman Palestin Shah Alam:

Share