Sekretariat Rukun Negara PSA

Sekretariat Rukun Negara PSA Sikap bersatu di titik beratkan untuk melahirkan satu mahasiswa yang berjaya dan berprinsip.

Sekretariat Rukun Negara Merupakan Satu Badan Pelajar yang telah ditubuhkan hasil daripada kerjasama JPNIN dan juga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).Badan pelajar ini merupakan badan pelajar yang memperjuangkan semangat perpaduan diantara kaum dan juga bersatu di peringkat IPT dalam meningkatkan semangat Patriotisme di kalangan Mahasiswa dan Masyarakat Setempat. Sekretariat Rukun Negar

a memainkan peranan penting untuk menyatu padukan mahasiswa dibawah satu lembayung bangsa Malaysia dalam keadaan harmoni,sentosa dan patriot. Sikap peduli p**a diketengahkan untuk mengembling keperihatinan mahasiswa untuk membantu dan menyemarakkan semangat kesukarelawan yang ampuh dan jitu. Semoga pertubuhan badan Sekretariat Rukun Negara membawa impak yang besar terhadap semua mahasiswa di Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam.

04/06/2020

Toggle navigation
OHBULAN!
SHOUT OUT!MAY, 14 2020
Kongsi Video Anda Dan Menangi Sijil Simpanan Premium Sehingga RM5000
by Mastura

Media Prima Digital (MPD) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan peraduan Kongsi Video Kreatif Anda yang bertemakan .

Cara penyertaan
Dengan hanya menghantar video kreatif berdurasi 30 saat, anda berpeluang memenangi 9 hadiah utama melebihi RM5000 dan 30 hadiah saguhati dlm bentuk SSPNi.

Penyertaan ahli Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara amat dialu-alukan.

Peserta hanya perlu follow dan like Facebook, Instagram dan Twitter Kementerian Perpaduan Negara. Kemudian muat naik video dengan tag .

Setkan akaun kepada ‘Public’ bagi memudahkan penganjur melihat video yang anda muat naik di laman media sosial. Penyertaan video perlu disertakan dengan lengkap nama, no telefon, akaun media sosial serta pautan karya video (link) ke [email protected]

Video yang dihasilkan perlulah mengandungi mesej yang jelas terutama menerapkan norma baharu penjarakan sosial dan sanitasi dalam kehidupan seharian dengan tidak meninggalkan elemen perpaduan sesama rakyat, memelihara cara hidup yang muafakat, toleransi serta unsur masyarakat yang bersatu-padu.

Konsep gaya susunan video kreativiti, kandungan dan kualiti video serta tatabahasa yang digunakan akan diambil kira bagi penilaian dalam video tersebut. Video yang mempunyai jumlah likes dan perkongsian yang banyak juga akan dijadikan asas penilaian bagi peraduan ini.

Setiap video yang dihasilkan mestilah dari idea asal peserta dan kandungan video tidak boleh menyentuh isu-isu sensitiviti kaum, agama dan politik. Imej yang mengandungi elemen seksual, keganasan melampau atau sebarang kelakuan berunsur provokasi juga adalah dilarang sama sekali.

Peraduan bermula 15 Mei hingga 15 Jun 2020. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta juga boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini.

Semua video penyertaan adalah hak milik Kementerian Perpaduan Negara dan boleh digunakan bagi tujuan promosi. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Facebook Kementerian Perpaduan Negara.

JOM DAFTAR SEMUA MAHASISWA PSA !
03/02/2017

JOM DAFTAR SEMUA MAHASISWA PSA !

JOM SERTAI SEKARANG !!!!PENDAFTARAN TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA PSA :)
01/02/2017

JOM SERTAI SEKARANG !!!!
PENDAFTARAN TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA PSA :)

28/03/2015

Assalamualaikum wbt semua Pengarah Politeknik Malaysia.

Earth Hour Politeknik Malaysia
28 Mac 2015 (Sabtu)
8.30pm - 9.30pm.
Saya mohon agar semua politeknik mengambil bahagian dengan penuh komitmen.

Mohon juga semua Politeknik Malaysia menghantar laporan penjimatan tenaga elektrik pada masa sejam tersebut kepada JPP pada atau sebelum 30hb Mac ini untuk dimasukan ke dalam teks ucapan KP semasa pelancaran polygreen blueprint 1 April nanti di PMM..

Terima kasih.
Wassalam.
MOHLIS JAAFAR

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR 2014 DI TUMPAT, KELANTANAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Adalah dimaklumkan Po...
08/01/2015

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR 2014 DI TUMPAT, KELANTAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Adalah dimaklumkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan mengadakan MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR 2014 DI JAJAHAN TUMPAT, KELANTANbermula 7/1/2015 hingga 12/1/2015.
Misi ini akan disertai oleh 37 orang pegawai dan staf dan 60 orang pelajar termasuk PUSPANITA, RELASIS, PISPA, MEKAR, SRN, SUKARELAWAN YES POLITEKNIK dan RELA SELANGOR.
Sehubungan dengan itu, pihak sekretariat misi (Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Beruniform, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudyaan) merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga politeknik serta agensi/individu luar yang turut memberikan sumbangan dan bantuan.
Team A (teknikal) bersama sukarelawan YES POLITEKNIK akan memulakan misi perjalananan pada 7/1/2015 (Rabu) dan Team B (sukarelawan) akan memulakan perjalanan misi pada 8/1/2015(Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada para team tersebut.
Pihak kami sekali lagi memohon doa keselamatan dan kesihatan daripada seluruh warga politeknik supaya misi ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian. Terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(HJ. NASRUL EFFENDY BIN HJ. MAT NASIR)
Sekretariat Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir 2014
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

23/12/2014
30/10/2014

Pengambilan Ahli Kelab Permotoran PSA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pencarian Ahli Kelab Permotoran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah..

Pelajar Sepenuh Masa / Separuh Masa serta Alumni PSA dialu-alukan untuk merapatkan silaturahim melalui kelab ini...

Briefing akan bermula:

Tarikh - 6 November 2014(Khamis)
Masa - 5.00petang
Tempat - Dewan Kuliah Utama (DKU)

Pra Pendaftaran bermula 23/10/2014... berminat whatsapp 010-527 3622 (En. Ipin) / 014-6260220 (En. Yap),

1.Sediakan salinan Kad Pengenalan , KAD MATRIK, dan LESEN MOTOR.
2. Pelajar yg mempunyai motor besar/racing/GP yang cc tinggi 150, anda akn melalui saringan utk di beri latihan MARSHALL.
3. Motor biasa yang cc rendah dialu-alukan untuk menyertai team Konvoi.... tapi tidak dibenarkan menyertai Pasukan MARSHALL.

Tujuan Kelab Permotoran ni ditubuhkan utk beri kesedaran dan mewujudkan Kelab Permotoran bukan atas nama permotoran shaja..

Kelab Permotoran ini akan melopori CSR2 yg memerlukan tenaga pelajar yg ramai Contoh gotong royong, kenduri dan sebagainya.

Bagi Pasukan Marshall, seperti pelajar yang mempunyai Motor jenis DUKE/KAWASAKI/BMW etc tu berkemungkinan akan di beri Latihan Intensif dan Taklimat utk mnjadi marshall bg kelab permotoran Politeknik.

Motor yang diubahsuai cc contoh 135LC ke cc ke 150 atau lebih tidak dibenarkan menyertai Pasukan MARSHALL. hanya akan dipertimbangkan untuk menyertai sebagai Ahli atau menyertai Konvoi.

Sekian, harap maklum

Yap Zuoo Huang

Good luck to all the colleagues of Malaysia Polytechnic to success in the final exam.... God will bless all of you...
20/10/2014

Good luck to all the colleagues of Malaysia Polytechnic to success in the final exam.... God will bless all of you...

Can't show their face LIVE in TV nevermind... At least can show the photo in Facebook...Well done to all the participant...
31/08/2014

Can't show their face LIVE in TV nevermind... At least can show the photo in Facebook...

Well done to all the participants frm PSA... Good job...

Thank you for everyone & every organisation especially Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) for the invitation.

Address

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Shah Alam
40150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Rukun Negara PSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share