Sport Rim dan Tayar Murah

Sport Rim dan Tayar Murah MENJUAL RIM DAN TAYAR SECOND MURAH

JAUH KITA POS!

15/05/2026

Penduduk Malaysia cecah 34.4 juta: Jumlah Lelaki kini 1.7 juta lebih ramai berbanding wanita

‼️ WANTED ‼️ BARU BEBAS DAH BUAT HAL—————-Lelaki ini diburu pihak polis kerana menjadi suspek utama kes culik, dera dan ...
13/05/2026

‼️ WANTED ‼️ BARU BEBAS DAH BUAT HAL

—————-

Lelaki ini diburu pihak polis kerana menjadi suspek utama kes culik, dera dan liwat seorang remaja lelaki usia 14 tahun.

Kelmarin, 11 Mei 2026, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berjaya diselamatkan oleh penduduk apabila mendengar jeritan dia meminta tolong.

Lelaki ini mendekati remaja itu dan tawarkan nak bagi topup data internet, dengan syarat kena tolong dia angkat barang ke rumah dia.

Remaja yang tak mengesyaki apa-apa, setuju. Dia angkat barang dan bawa ke rumah suspek di Pangsapuri Rimau Indah, Bukit Kemuning, Seksyen 32, Shah Alam.

Sebaik masuk ke dalam rumah, remaja itu diikat dan dikurung sebelum suspek melakukan seks luar tabie terhadap remaja itu.

Kemudian suspek keluar rumah. Remaja itu berusaha membuka ikatan tali dan menjerit meminta tolong. Penduduk pangsapuri yang terdengar jeritan itu segera menolong remaja tersebut kemudian dibawa ke balai polis untuk buat report.

Gambar suspek diperolehi melalui cctv dan polis sedang giat menjalankan usaha menjejaki suspek ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol mengesahkan suspek pernah dihukum penjara 17 tahun pada tahun 2008 oleh Mahkamah Sesyen Ampang. Hukuman tersebut membabitkan kesalahan merogol pegawai perhubungan tetamu (GRO) berusia 24 tahun serta kesalahan merompak dan mengurung mangsa.

Hati-hati semua. Sekarang ni bukan anak perempuan sahaja yang bahaya, anak lelaki pun terdedah dengan bahaya juga.

Begitulah.

‼️ WANTED ‼️Lelaki ini diburu pihak polis kerana menjadi suspek utama kes culik, dera dan liwat seorang remaja lelaki us...
13/05/2026

‼️ WANTED ‼️

Lelaki ini diburu pihak polis kerana menjadi suspek utama kes culik, dera dan liwat seorang remaja lelaki usia 14 tahun.

Kelmarin, 11 Mei 2026, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berjaya diselamatkan oleh penduduk apabila mendengar jeritan dia meminta tolong.

Lelaki ini mendekati remaja itu dan tawarkan nak bagi topup data internet, dengan syarat kena tolong dia angkat barang ke rumah dia.

Remaja yang tak mengesyaki apa-apa, setuju. Dia angkat barang dan bawa ke rumah suspek di Pangsapuri Rimau Indah, Bukit Kemuning, Seksyen 32, Shah Alam.

Sebaik masuk ke dalam rumah, remaja itu diikat dan dikurung sebelum suspek melakukan seks luar tabie terhadap remaja itu.

Kemudian suspek keluar rumah. Remaja itu berusaha membuka ikatan tali dan menjerit meminta tolong. Penduduk pangsapuri yang terdengar jeritan itu segera menolong remaja tersebut kemudian dibawa ke balai polis untuk buat report.

Gambar suspek diperolehi melalui cctv dan polis sedang giat menjalankan usaha menjejaki suspek ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol mengesahkan suspek pernah dihukum penjara 17 tahun pada tahun 2008 oleh Mahkamah Sesyen Ampang. Hukuman tersebut membabitkan kesalahan merogol pegawai perhubungan tetamu (GRO) berusia 24 tahun serta kesalahan merompak dan mengurung mangsa.

Hati-hati semua. Sekarang ni bukan anak perempuan sahaja yang bahaya, anak lelaki pun terdedah dengan bahaya juga.

Begitulah.

Tikam 61 kali: Penuntut kolej didakwa bunuh NurfisyaTertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepa...
13/05/2026

Tikam 61 kali: Penuntut kolej didakwa bunuh Nurfisya

Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Foto Bernama & Sinar Harian

Why should wealthier Malaysian that paying higher taxes are not enjoying same benefits? While laziest always sitting & e...
12/05/2026

Why should wealthier Malaysian that paying higher taxes are not enjoying same benefits? While laziest always sitting & enjoying all the benefits? Gov should teach them how to make money and not just always feed them!!

1 motor 4 kanak-kanak naik dan kemalangan dengan sebuah kereta. Semua bawah umur 14,7,9 dan 12 tahun.. . Keadaan empat k...
12/05/2026

1 motor 4 kanak-kanak naik dan kemalangan dengan sebuah kereta.
Semua bawah umur 14,7,9 dan 12 tahun.. .
Keadaan empat kanak-kanak agak parah.
Ada baca katanya perjalanan dari rumah ke sekolah 5km..agak jauh..
Semoga semua kanak-kanak tersebut sembuh dan jadi orang berjaya..
Kadang anak-anak ni otak mereka tak mampu nak fikir bahaya, kesan dan akibat. Perlu nasihat dan bimbingan orang dewasa.

Tahukah anda..Bermula 1 Jun, korang dah boleh mula dapatkan Mykad baharu. Yang mana rosak tu elok la gi tukar. hehe 😄
11/05/2026

Tahukah anda..

Bermula 1 Jun, korang dah boleh mula dapatkan Mykad baharu. Yang mana rosak tu elok la gi tukar. hehe 😄

Headline mstar “demi sale, abang proton sanggup kena jolok”
11/05/2026

Headline mstar “demi sale, abang proton sanggup kena jolok”

😱PELAJAR 19 TAHUN BERJAYA DIPUJUK DARIPADA TERJVN ASRAMASERI KEMBANGAN, SELANGOR – Seorang pelajar perempuan berusia 19 ...
11/05/2026

😱PELAJAR 19 TAHUN BERJAYA DIPUJUK DARIPADA TERJVN ASRAMA

SERI KEMBANGAN, SELANGOR – Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun berjaya diselamatkan anggota bomba selepas dipercayai cuba terjvn dari tingkat satu bangunan asrama Institut Pertanian UPM pagi semalam, 10/05/2026.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 pagi sebelum sepas**an anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan digerakkan ke lokasi bersama jentera LFRT, EMRS dan Water Tanker.

Komander Operasi, Nor Azuwan Zulghoni berkata, anggota berjaya memujuk mangsa daripada bertindak di luar kawalan sebaik tiba di lokasi.

Mangsa kemudian diselamatkan dengan selamat dan kini menerima rawatan hospital serta sokongan perubatan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.06 pagi dan semua anggota kembali ke balai selepas memastikan keadaan terkawal.

Mangsa dlm rawatan hospital dan sokongan ubat penyakit anxiety dan halusinasi.

Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan

Status terkini hantavirus setakat Mei 2026:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memantau kluster jangkitan hantavir...
11/05/2026

Status terkini hantavirus setakat Mei 2026:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memantau kluster jangkitan hantavirus yang berlaku di kapal persiaran MV Hondius di Lautan Atlantik.
Setakat ini, beberapa kes disahkan dan beberapa kematian telah dilaporkan melibatkan strain Andes virus, iaitu satu-satunya jenis hantavirus yang diketahui boleh merebak antara manusia dalam keadaan tertentu.
WHO dan pakar kesihatan antarabangsa menyatakan risiko kepada orang awam global masih rendah dan situasi ini belum dianggap sebagai pandemik.

Di Malaysia:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa tiada kes hantavirus dilaporkan di Malaysia setakat ini.
KKM juga memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kluster kapal persiaran tersebut.
Risiko jangkitan kepada orang awam di Malaysia ketika ini dinilai sebagai rendah, namun pemantauan masih diteruskan.

Apa yang perlu diberi perhatian:

Hantavirus biasanya berpunca daripada pendedahan kepada najis, air kencing, atau air liur tikus yang dijangkiti.
Gejala awal termasuk demam, sakit otot, keletihan dan boleh berkembang menjadi sesak nafas serius.
Risiko lebih tinggi jika membersihkan kawasan yang banyak tikus tanpa perlindungan.

Langkah pencegahan:

Elakkan menyapu najis tikus secara kering
Gunakan disinfektan ketika membersihkan kawasan tercemar
Pakai sarung tangan dan pelitup muka
Pastikan rumah atau stor bebas tikus

Jika anda mahu, saya juga boleh terangkan:

simptom awal hantavirus,
kadar kematian,
bagaimana ia berbeza dengan COVID-19,
atau sama ada ia mudah merebak antara manusia.

10/05/2026

Genap setahun lepas, aku pernah terjebak dalam satu hubungan terlarang dengan seorang lelaki. Nama biar aku panggil S. Dia tinggal dan kerja kat Sarawak. Status? Suami orang. Baru kahwin p**ak tu, tahun 2024.

Kami mula kenal Januari 2025, kenal pun sebab Instagram. Mula-mula tu biasa je. Rupanya kami ni alumni universiti sama kat Shah Alam. S grad tahun 2014, aku p**a 2019. Dari situ borak jadi senang, ada topik, ada cerita.

Awal-awal memang tak ada apa. Sekadar hantar reels lawak, reply story, borak pasal zaman kampus, kerja semua. Hal peribadi memang jarang sentuh. Aku tahu dia dah ada isteri, tapi entah kenapa masa tu aku buat tak tahu. Nafsu lebih kuat dari akal. Dalam hati ada rasa nak tahu juga, “lelaki ni sebenarnya macam mana?”

Lepas tu dia mula offer belanja GrabFood. Masa tu aku duduk Shah Alam. Aku pun terima je. Dari situ chat makin panjang, makin personal. Mula gurau-gurau, lama-lama jadi menggoda. Benda tu jadi hampir sebulan.

Masuk Februari, dia bagitahu dia ada urusan kerja ke KL dengan bos. Oh ya, dia ni penjawat awam, jawatan pun boleh tahan tinggi. Dia cakap kalau aku ikut, semua dia tanggung. Hotel lain dengan bos, so katanya “tak ada masalah”.

Mula-mula aku ragu. Dia kata nak gerak lusa. Aku tak bagi jawapan lagi. Aku ada tanya jugak,
“Isteri awak tak tahu ke? Tak takut ke?”
Dia boleh jawab selamba, kata semua selamat, takkan kantoi.

Hari dia sampai KL, tengah hari tu dia mesej lagi.
“Nak datang ke tak? Nanti saya urutkan kalau penat.”
Lebih kurang macam tu ayat dia.

Aku kalah dengan pujuk rayu. Hari tu juga aku pergi KL. Malam tu first time jumpa dia. Hati aku bercampur baur. Aku ni bukan jenis s**a rosakkan rumah tangga orang, tapi masa tu aku memang hilang arah. Kami jumpa kat KL Sentral, bersalaman, dan terus ke hotel.

Kami menginap kat hotel bintang 3 area Bukit Bintang. Malam pertama banyak borak pasal kerja. Paling buat aku rasa berdosa, masa tu isteri dia ada call, dan aku duduk betul-betul sebelah dia.

Tiga malam berturut-turut aku dengan S. Shopping, lepak minum, jalan cari makan.. sampai ke atas katil.

Bila tiba hari terakhir, dia nak balik. Aku sambung lagi satu malam sorang-sorang kat hotel. Aku ingat lepas ni kami habis macam tu je. Jadi orang asing balik. Tapi tak. Dia makin ambil berat, makin tunjuk perasaan. Dia cakap, cara kami jumpa ni salah, tapi perasaan dia kata “tak salah”.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kami gaduh benda remeh, gaduh benda besar. Tapi dalam masa sama, makin sayang. Sampai satu hari aku tanya soalan yang aku sendiri takut nak dengar jawapan.
“Kita ni nak macam ni sampai bila?”

Dia jawab,
“Entahlah.. macam mana kalau kita memang ditakdirkan kahwin? Saya rasa saya tak ada jodoh dengan isteri saya.”

Masa tu aku rasa dia dah gila.

Aku perempuan. Isteri dia pun perempuan. Kalau aku kat tempat isteri dia, mesti hancur luluh. Aku ada tanya lagi,
“Awak tak nak ke ada anak dengan isteri awak?”

Dia jawab macam terasa,
“Dah usaha, mestilah nak.”

Jawapan tu buat hati aku pedih.. tapi dalam masa sama, ada rasa lega yang aku sendiri tak faham. Aku terus cakap,
“Kalau isteri awak mengandung, kita berhenti.”

Pertengahan 2025, kami gaduh besar. Lepas tu terus senyap. Lost contact total. Tak ada khabar langsung.

Bulan Oktober, aku ada hubungi dia balik. Tapi semuanya dah lain. Chat jadi hambar, dingin. Masing-masing macam menjauh. Tak lama lepas tu, aku dapat tahu isteri dia tengah mengandung.

Anehnya, masa tu hati aku rasa lega sangat. Sekurang-kurangnya aku harap S boleh berubah dan betul-betul jaga isteri dia. Tapi dalam masa yang sama, rasa bersalah tu tak pernah hilang. Hampir setahun aku hidup dengan rasa berdosa pada isteri dia.

Aku pernah terfikir nak minta maaf dekat isteri dia. Tapi aku tahu benda tu mustahil. Aku tak sanggup ganggu kebahagiaan orang yang tengah bina keluarga.

Sekarang ni, apa yang aku mampu buat cuma berdoa. Minta Tuhan ampunkan dosa aku, dan aku cuba perbaiki diri.

Untuk perempuan kat luar sana..
Cinta kita terlalu mahal untuk kita letak dalam hati lelaki yang dah dimiliki orang. Jaga diri kita elok-elok. Bahagia tu akan datang, tanpa kita perlu lukakan hati perempuan lain. Perempuan yang jaga maruah, dia takkan sanggup bina bahagia atas air mata wanita lain.

Address

Shah Alam
42500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sport Rim dan Tayar Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share