Fix-UP Konsultan Kewangan

Fix-UP Konsultan Kewangan Looking for Car & Housing Loan Specialist? Call Me

Faris 01171191179
Fix-UP! Consultant

Kami Pakar Pinjaman Kereta.Beli Kereta Dengan Mudah!100% Pinjaman Bank.Ada masalah dengan pinjaman kereta? Jangan risau,...
02/07/2024

Kami Pakar Pinjaman Kereta.
Beli Kereta Dengan Mudah!
100% Pinjaman Bank.

Ada masalah dengan pinjaman kereta? Jangan risau, kami ada penyelesaiannya! Kami boleh membantu anda menyelesaikan masalah pinjaman untuk sebarang jenis kereta.

✅ Gaji Kasar Rendah
✅ Dokumen Tak Lengkap
✅ Komitmen Rendah/Tinggi
✅ Kerja Sendiri / Ejen Berkomisen

Servis kami di Fix-UP! Consultant
✅ Beli Kereta Baru atau Terpakai
✅ Penyelesaian Loan Bermasalah
✅ Proses Mudah dan Cepat

Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut!
wasap.my/601171191179/FixUP+LoanKereta



PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELISalah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut1. Lawatan...
24/04/2021

PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELI

Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut

1. Lawatan Lebih Dari Sekali

Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.

2. Lawatan Waktu Berbeza.

Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam

3. Lawatan Waktu Hujan.

Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.

4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan

Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman.

5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat

Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa kena tumbuk muka semua rekod mereka ada.

6. Matahari Petang Jatuh Dimana

Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti. Elak beli rumah yang kena matahari petang.

7. Jangan Datang Seorang

Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah s**a gila, tak nampak kelemahan yang ada.

8. Tekanan Air Tinggi

Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi.

9. Pekerjaan Jiran Tetangga

Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu ada.

10. Projek Akan Datang

Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin berharga.

11. Jangan Kagum Rumah Contoh.

Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.

Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang.

Kredit : Azizul Azli Ahmad

KENAPA ORANG MUDA SUKAR NAK BELI RUMAH?Kebanyakan orang muda meletakkan harapan tinggi untuk beli RUMAH landed idaman ki...
19/04/2021

KENAPA ORANG MUDA SUKAR NAK BELI RUMAH?

Kebanyakan orang muda meletakkan harapan tinggi untuk beli RUMAH landed idaman kita. Rumah flat atau apartment mereka tak pandang punya.

"Aku nie kerja pegawai takkan nak duduk flat/apartment"

Secara purata pendapatan orang muda di Malaysia di bawah RM5000 sebulan. Dengan pendapatan begini dan komitmen sedia ada kadar kelayakan pembiayaan RUMAH cuma di bawah RM350K ke bawah sahaja.

Kita kena berpijak dibumi yang nyata. Kita perlu ubah mindset kita. Kita takkan mampu beli sebuah RUMAH landed idaman di awal usia dengan pendapatan sedia ada.

Jadi sebaiknya bermulalah dengan sebuah RUMAH kecil dan sederhana 3 bilik 2 bilik air. Flat atau apartment tiada salahnya. Jika masih bujang boleh duduk 1 bilik dan sewakan 2 lagi bilik untuk tampung bayaran bulanan kita.

RUMAH begini juga sesuai juga untuk yang baharu berkahwin atau bekeluarga kecil. Bila cukup 5 - 10 tinggal di RUMAH tersebut Dan pendapatan Kita juga telah stabil, maka holehlah Kita Beli sebuah RUMAH yang lebih selesa.

RUMAH sedia ada boleh dijual untuk tampung pembelian RUMAH baharu. Jika tak jual pun ia masih boleh disewakan bagi jana pendapatan pasif untuk kita.

Kita kena ingat bahawa kadar peningkatan gaji dan harga rumah di Malaysia tidak selari. Purata peningkatan harga RUMAH di Malaysia adalah antara 6-10% setiap tahun. Jadi semakin lambat kita beli semakin tinggi harga RUMAH.

KITA BUKAN TAK MAMPU, CUMA TAK TAHU

Kredit : Amerul




Jangan Laminate geran korang. Pejabat tanah akan declare geran tu rosak.Baru terkena. Target kes settle 2 bulan, jadi 9 ...
28/03/2021

Jangan Laminate geran korang. Pejabat tanah akan declare geran tu rosak.

Baru terkena. Target kes settle 2 bulan, jadi 9 bulan sebab kena buat geran baru.

Laminate sebab taknak bagi geran rosak. Pejabat tanah p**a kata kalau laminate, geran diisytihar rosak.

Info ni dimaklumkan oleh Urban Hartanah, war-warkan kepada makcik, pakcik, mak, ayah sebab selalu mereka buat.

Kredit: Niaga Kini

ZONE KEDIAMAN YANG WAJIB ADA. Bila kita beli kediaman,  pastikan ada 3 komponen ruangan ini sahabat. 1. RUANG AWAMRuang ...
19/03/2021

ZONE KEDIAMAN YANG WAJIB ADA.

Bila kita beli kediaman, pastikan ada 3 komponen ruangan ini sahabat.

1. RUANG AWAM
Ruang tamu, ruang letak kenderaan, serambi adalah ruang public atau dimana tetamu boleh datang, bertandang dan pergi.

Ruang ini biasanya paling dekat dengan pintu masuk

2. RUANG SEPARA AWAM
Ruang dapur dan ruang makan masuk dalam kategeri separa / 'semi public' ini.

Ruang ini hanya orang tertentu sahaja boleh sampai. Tak semua orang kita bawa kedapur kita termasuk makcik² bawang!

3. RUANG PERIBADI
Kawasan ini adalah ruangan bilik, hanya penghuni boleh berada di zone² ini. Orang lain dilarang 🚫. Ruang ini sangat peribadi dan tertutup.

Manakala kediaman yang tiada batas zone ini, bukanlah pilihan yang tidak baik. Contoh Unit studio sediakan ruang tidur dan ruang tamu secara sekali.

Sebagai muslim, batas sempadan ruang peribadi perlulah tertutup.

Namun ada unit yang dijual 'hybric' dimana ada yang boleh ditambah partion untuk menutup ruangan menjadi sebuah bilik, Bagus bukan bagi yang kaki sublet

Kredit : Azizul Azli Ahmad


BOLEHKAN COMBINE LOAN LPPSA & LOAN BANK?Sekiranya anda bekerja kerajaan, manakala pasangan anda p**a bekerja swasta, and...
19/02/2021

BOLEHKAN COMBINE LOAN LPPSA & LOAN BANK?

Sekiranya anda bekerja kerajaan, manakala pasangan anda p**a bekerja swasta, anda sebenarnya boleh buat join loan yang melibatkan pembelian satu property yang sama.

Misalnya si suami guna government (LPPSA) loan, si isteri p**a guna bank loan.

Ya, BOLEH. Tetapi tertakluk kepada beberapa pra-syarat :

1. Polisi sesuatu bank itu membenarkannya.

2. LPPSA diletak sebagai pemegang gadaian pertama dan bank sebagai pemegang gadaian kedua.

3. Geran asal akan dipegang oleh LPPSA.

4. Bayaran pinjaman akan dibuat secara potongan gaji.

5. Jumlah pembiayaan yang layak dimohon adalah tertakluk kepada kelayakan semasa setiap pemohon.

6. Jenis pembiayaan yang dibenarkan adalah pembiayaan untuk beli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap; dan rumah atau petak rumah kediaman yang dalam pembinaan.

7. Permohonan pembiayaan bersama daripada LPPSA perlu lulus terlebih dahulu sebelum pasangan mengemukakan permohonan dengan mana-mana institusi kewangan/ bank.

8. Kedua-dua pihak diwajibkan menggunakan peguam yang sama bagi urusan dokumentasi pembiayaan.

Info lanjut boleh lihat disini:

http://www.lppsa.gov.my/v2/permohonan-pembiayaan-bersama/

Sekian, terima kasih.

Kredit : SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden K-LITERASI

18 PANDUAN BELI RUMAH TERES1. Lihat orentasi matahari,  jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama ki...
17/02/2021

18 PANDUAN BELI RUMAH TERES

1. Lihat orentasi matahari, jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita.

2. Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika s**ar lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.

3. Jika nak selesa sebaiknya cucur atap biar memanjang kehadapan rumah boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah.

4. Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama.

5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling sekitar 10' kaki. Bila pasang kipas tidaklah putus jari.

6. Sebaiknya kediaman yang ada 3 bilik 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik

7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibahagian belakang bukan depan rumah kita.

8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama, takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi.

9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun ditengah. (bumbung bentuk rama rama)

10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujang tak masuk dan silau kedalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.

11. Jika dapat bahan banggunan guna bata merah bukan bata simen.

12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.

13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.

14. Jika ada duit lebih belilah corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras

15. Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.

16. Elakkan unit dipersimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.

17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan didalam dinding rumah kita.

18.Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang award dan tiada masalah kualiti.
Sebab itu gegadis s**a lelaki matang dan berpengalaman rupannya

Kita tak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.

Design yang baik itu sempurna, kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah owning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita dibeli.

Kredit : Azizul Azli Ahmad
Pelabur Kecil Hartanah

DAPUR RUMAH KITA!Dapur ini biar pun kecil dan sempit ia tetap kemas dan rapi.Jika ada peruntukan lebih, buatlah dapur ya...
14/02/2021

DAPUR RUMAH KITA!

Dapur ini biar pun kecil dan sempit ia tetap kemas dan rapi.

Jika ada peruntukan lebih, buatlah dapur yang baik dan selesa buat keluarga kita.

Disitulah tempat disediakan makanan buat keluarga kita.

Dapur bukan soal untuk nampak cantik saja, ia harus menyimpan bekalan makanan agar tertutup, kemas dan bersih tempatnya.

Suri rumah akan teruja bekerja dari pagi, tengahari dan malam. Ini gelanggang kerja mereka.

Dari kita bazirkan duit pada kereta, lebih baik selesakan dapur rumah kita.

Isteri pasti teruja,

Sampai malam dia akan senyum sampai ketelinga. Dia tahu dimana nak letak set pinggan mangkuk kegemarannya.

Kata orang Kedah Happy wife happy life. Gittew 😋

Kredit : Azizul Azli
Lelaki Seksi Ada Rumah Sendiri

GERAN TANAH HILANG? Apa yg perlu anda lakukan.1)Buat Carian Rasmi RM50.002) Semak betul ker ade nama bapa, ibu atau datu...
12/02/2021

GERAN TANAH HILANG?
Apa yg perlu anda lakukan.

1)Buat Carian Rasmi RM50.00

2) Semak betul ker ade nama bapa, ibu atau datuk dan nenek dalam carian rasmi

3)Harta pusaka perlu geran asli but kalau hilang jangan gelabah.

4) Kalau memang tak jumpa. Langkah nie mesti di patuhi

5)Ambil surat akuan bersumpah kat pejabat pendaftaran tanah untuk geran hilang.

6) Dalam surat tu perkara ini perlu di buat:
A. ⚫Laporan polis (RM2.00) dan disahkan bahagian pentadbiran polis.
No geran dan hakmilik perlu ada dalam laporan polis tersebut. Bila hilang, IC original pengadu.

B. 🔴Dalam surat akuan hilang di pejabat tanah kena tulis nama
pengadu, hubungan dengan waris..
kalau kata kawan waris dok
jangan menggatal pi buat benda nie.

Ade format perlu
dipatuhi.
contoh ada pada pejabat tanah.
SILA PAKAI PEN
DAKWAT BASAH WARNA HITAM Dah siap tulis, kemudian
cari Pesuruhjaya sumpah untuk sahkan akaun sumpah nie..

Biasanya kat pejabat tanah ade pesuruhjaya sumpah..buka mulut
dan berkata dengan manis..tanya ..
Errr bang...kat mana
pesuruhjaya sumpah?.
Sure siap depa hantar sampai pintu pejabat.
IC ori jangan lupa kena tunjuk depan depa.
Dah chop gi buat
matikan setem hasil.

C. ⚫Setem Hasil RM 10.00 dapatkan di pejabat pos yang berhampiran
dan di matikan di pejabat tanah bahagian
matikan setem. ade form kena isi kat sini. Dah siap kat matikan
setem gi balik pejabat pendaftaran tanah untuk ambil resit
bayaran untuk proses geran hilang.

D. 🔴Satu geran hilang RM 200.00.
Kalau 5 geran hilang kira sendiri.
So jangan hilang geran tanah.

E. ⚫Drafting RM 10.00

F. 🔴Dapat resit dari pejabat pemdaftaran tanah sila bayar kat kaunter
pembayaran. Kalau satu geran hilang RM200 + drafting RM 10.00
+ RM 10 untuk MISC..(aku dah lupa laa)
Total bayaran kat kaunter
tu berjumlah RM220 sahaja.

G.⚫ Paling cepat depa kat 6 bulan..
H. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan untuk maklumat kita...

I . 🔴Tunggu sehingga depa hantar surat kat kita pakai pos.

J. Tamat

Kredit : Suraya Adha

TIPS DAN IDEA UNTUK OPEN CLOSETCantik kan..Tahukah almari terbuka mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep al...
11/02/2021

TIPS DAN IDEA UNTUK OPEN CLOSET

Cantik kan..
Tahukah almari terbuka mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep almari bertutup.

Paling jelas, ia menjimatkan ruang, menjadikan ruang bilik kelihatan lebih luas, memudahkan untuk mengambil dan memilih pakaian.

Namun jika tidak kena degan caranya, open wardrobe boleh menyusahkan jika anda jenis yang mahu meletakkan kesemua pakaian walaupun yang tidak digunakan.

Keadaan itu boleh menyebabkan semak dan bersepah… jadi open wardrobe penting untuk sentiasa kelihatan kemas dan teratur.

Bagaimana caranya? Tiru sahaja tips di bawah…

#1 Pilih Jenis Rak
Tentukan jenis sistem penstoran yang anda s**a - sama ada rak bergerak atau rak yang dibina mengikut kesesuaian ruang bilik.

#2 Koordinasi Pakaian
Caranya dengan meletakkan koleksi pakaian yang merupakan stail dan gaya anda, bukannya yang langsung tidak digunakan. Seleksi mix and match juga disyorkan agar koleksi pakaian anda pelbagai dan tidak terhad.

#3 Sembunyi & Paparkan Beberapa
Kunci untuk membuat open wardrobe kelihatan lebih menarik dan pada masa yang sama kemas adalah dengan mengehadkan ruang almari. Sebagai contoh, beberapa koleksi beg tangan, aksesori boleh dipaparkan – yang anda kerap guna, dan selebihanya boleh disimpan dalam kotak atau storage. Begitu juga dengan kasut – display yang anda kerap pakai, selebihnya simpan dalam kotak agar terlihat kemas.

#4 Pastikan Sentiasa Nampak Terang
Sama ada wardrobe anda besar atau kecil, pastikan ia sentiasa nampak terang. Sama ada dengan cahaya semulajadi, pencahayaan lampu atau latar belakang yang berwarna lembut, open wardrobe boleh membuatkan ruang sempit berubah menjadi luas.

Untuk nampak menarik, selitkan sekali tanaman hidup dan cermin panjang untuk nampak ilusi luas yang menyenangkan mata. 🥰

Kredit : Wanista.com

PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELISalah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut1. Lawatan...
10/02/2021

PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELI

Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut

1. Lawatan Lebih Dari Sekali

Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.

2. Lawatan Waktu Berbeza.

Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam

3. Lawatan Waktu Hujan.

Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.

4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan

Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman.

5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat

Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa kena tumbuk muka semua rekod mereka ada.

6. Matahari Petang Jatuh Dimana

Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti. Elak beli rumah yang kena matahari petang.

7. Jangan Datang Seorang

Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah s**a gila, tak nampak kelemahan yang ada.

8. Tekanan Air Tinggi

Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi.

9. Pekerjaan Jiran Tetangga

Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu ada.

10. Projek Akan Datang

Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin berharga.

11. Jangan Kagum Rumah Contoh.

Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.

12. Bila Waktu Puncak.

Ada kala waktu puncak kekediaman itu sesak teruk. Cuba datang beberapa waktu berbeza untuk lihat keadaan sekitar. Jangan lepas beli baru kita menyesal nak balik rumah susah sebab jam teruk.

Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang.

Kredit : Azizul Azli Ahmad




kongsikan saja agar jadi panduan masa depan kita.

Ada yang nk beli rumah boleh hubungi saya
Faris 0195140145
Project Consultant

USIA DAN HUTANG RUMAH1. Ini adalah kedudukan hidup kita, manfaatkan usia kita dengan sebaiknya.2. Jika kita lambat beli ...
28/01/2021

USIA DAN HUTANG RUMAH

1. Ini adalah kedudukan hidup kita, manfaatkan usia kita dengan sebaiknya.

2. Jika kita lambat beli rumah, apakah hingga kita bersara kita mahu membayar hutang rumah.

3. Penjawat Awam yang rumahnya terlelong 70% terdiri dari yang masih ada hutang selepas bersara.

4. Saya buat gambaran ini agar kita cuba letakkan diri kita dimana dalam garis hidup ini.

5. Tandakan berapa usia kita dan bila kita akan bersara. Jika kita tetap belum beli sebuah rumah, bersedialah untuk bekerja selepas bersara nanti kawan.

6. Belilah sebuah rumah kecil buat keluarga tercinta, lindungi mereka dengan kediaman kita yang selesa.

Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana sahaja.

Kredit : Azizul Azli Ahmad

Faris Fauzan 0195140145
Sr. Project Consultant

Address

Radia Office
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fix-UP Konsultan Kewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fix-UP Konsultan Kewangan:

Share