Honda Syima Online

Honda Syima Online Kepakaran kami membantu anda MEREALISASIKAN IMPIAN memiliki kereta dengan JIMAT MASA, TENAGA dan WANG. Kami bekerja dengan CEKAP, TELUS dan MUDAH secara ONLINE.

Tanpa Perlu Pergi ke Show Room. Penghantaran terus ke depan pintu rumah anda.

02/05/2022

‎تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana telah mengurniakan Aidilfitri kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Harap Syima belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada teman2. Uniknya, Aidilfitri pada kali ini menyaksikan ianya di sambut di luar pada jangkaan tarikh umat Islam namun tetap disambut dengan penuh rasa kesyukuran, kegembiraan dan keinsafan.

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan setelah sebulan lamanya kita menahan diri daripada lapar, dahaga, di samping berusaha memperbanyakkan amal soleh dengan ikhlas bagi memperoleh darjat taqwa di sisi Allah SWT.

Di Aidilfitri yang mulia ini, Syima menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin andai ada kekurangan dan kesilapan. Marilah kita semua untuk saling maaf memaafkan di samping meneruskan amalan ziarah menziarahi untuk mengeratkan silaturahim.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
Ikhlas
Honda Syima Online

🙏😊

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*...
28/04/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*ٍ

Hari ini 27 Ramadan 1443H adalah Jumaat terakhir Ramadan. Diam tak diam Ramadan perlahan-lahan meninggalkan kita. Tiga hari lagi kita akan menambut Syawal, hari kemenangan umat Islam.

Duhai Ilahi, andai ini Ramadan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadan paling bererti, paling berseri, menerangi kegelapan jiwa kami, membimbing hati nurani kami, menyuluh diri kami ke jalan menuju reda serta kasih sayang mu Ya Ilahi.

Amin Ya Rabbal Alamin
Ikhlas
Honda Syima Online

Kerajaan baru2 ni mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik COVI...
28/04/2022

Kerajaan baru2 ni mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik COVID-19 dilonggarkan mulai 1 Mei 2022.

Teman2 mesti lega kan sebab sekarang kita sudah boleh balik kampung untuk beraya dan sebagainya. Akan tetapi, kita masih perlu memakai pelitup muka walaupun tiada lagi penjarakan fizikal.

Amalan kebersihan seperti mencuci tangan dan memakai hand sanitizer masih juga perlu dilakukan demi keselamatan. Lebih2 lagi raya nanti kita nak bersalaman. Amalkan norma baru kerana COVID-19 masih lagi ada di sekitar kita.

Syoknya raya kita kali ini! Apa tidaknya sebab dapat tawaran tol percuma dan diskaun tol sempena Aidilfitri. OK, Syima n...
28/04/2022

Syoknya raya kita kali ini! Apa tidaknya sebab dapat tawaran tol percuma dan diskaun tol sempena Aidilfitri.

OK, Syima nak ingatkan supaya teman2 pandulah dengan cermat sewaktu pulang beraya di kampung.

Lagi satu, teman2 yang nak masuk highway pada masa tol percuma nanti, pastikan ada RFID, kad TnG/IC TnG yang aktif. Bukan main redah je tol tu. Teman2 tetap kena guna RFID atau sentuh kad TnG untuk maklumat trafik.

Apapun, jangan risau sebab kredit tidak akan ditolak. Oleh itu, sila rancang perjalanan dengan baik untuk menikmati tawaran tol percuma pada tempoh berkenaan.

Berikut tarikh dan lokasi highway tol percuma dan diskaun.

     Kebelakangan ini cuaca tak menentu dengan hujan lebat berterusan sebelah petang. Di ibu negara semalam dilanda banj...
26/04/2022



Kebelakangan ini cuaca tak menentu dengan hujan lebat berterusan sebelah petang. Di ibu negara semalam dilanda banjir kilat dan bencana ini kerap berlaku sejak awal tahun ini. Ini menyebabkan banyak kenderaan sangkut dalam banjir akibat beberapa jalan dinaiki air.

Bagaimanapun, bencana ini boleh berlaku di kawasan lain juga. Syima harap teman2 berhati2 ketika memandu dalam cuaca sebegini dan cari tempat selamat jika merasakan lokasi teman2 mula berdepan banjir.

Semoga tips ini dapat membantu teman2 jika kenderaan anda antara yang terkesan akibat banjir. Syima doakan agar kita semua dipermudahkan urusan dalam menghadapi bencana ini.

TAHNIAH‼️ KERANA BERJAYA MEMILIKI HONDA CITY IDAMANAlhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Shafira kerana ...
26/04/2022

TAHNIAH‼️ KERANA BERJAYA MEMILIKI HONDA CITY IDAMAN

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Shafira kerana berjaya memiliki kereta idamannya Honda City V Spec. Semoga puan sekeluarga senantiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya selalu.. Amin 🤲

Nama Customer : Puan Nur Shafira
Kereta : Honda City 1.5 V Spec
Warna : Pearl White

Nak service pantas, cepat & mudah. Segera hubungi Syima. Anda tidak akan kecewa. Jom booking dengan Syima, raya dah nak dekat.
Untuk pertanyaan & urusan lebih pantas hubungi Syima 👇👇
📲Whatsapp > https://syimahonda.wasap.my
📞Call > 011-6977 6969
📱 FB > Honda Syima Online
🌐Website > www.hondamalaya.com
📧Email > [email protected]

 BAHAYA tertidur beberapa saat ketika memandu kerana ini boleh menjadi punca kemalangan. Syima nak ingatkan teman2 yang ...
26/04/2022



BAHAYA tertidur beberapa saat ketika memandu kerana ini boleh menjadi punca kemalangan. Syima nak ingatkan teman2 yang memandu pulang ke kampung supaya dapatkan rehat secukupnya terutama mereka yang menempuh perjalanan jauh. Jika mengantuk ketika dalam perjalanan berhentilah rehat seketika di Hentian R&R.

Siapa pernah mengalami Micro Sleep???

Micro sleep adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat!

Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

Simptom-simptom micro sleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya micro sleep
Paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*...
21/04/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*ٍ

Alhamdulillah..Salam Jumaat yang barakah 20 Ramadan 1443H. Moga limpahan rezeki sentiasa mengiringi perjalanan kita hari ini
Semoga semua usaha, amalan dan ibadah diberkati Allah SWT. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga kita sihat, bahagia dan berjaya dunia akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin
Ikhlas
Honda Syima Online

     JOM TUNAIKAN ZAKAT FITRAH⁣ ⁣📆 Tarikh: 16/19/23/30 April 2022⁣⏰ Masa: 10.00am - 12.00pm⁣⁣⁣🛣️ Tempat: Honda Shared Au...
21/04/2022



JOM TUNAIKAN ZAKAT FITRAH⁣

📆 Tarikh: 16/19/23/30 April 2022⁣
⏰ Masa: 10.00am - 12.00pm⁣⁣⁣
🛣️ Tempat: Honda Shared Auto Cars⁣⁣⁣
Seksyen 15, Shah Alam.⁣⁣⁣
📍 Waze: Honda 3S Centre Shah Alam⁣⁣⁣

Zakat Fitrah adalah kewajipan fardu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Honda Shared Auto Cars Shah Alam ada membuka kaunter menunaikan zakat fitrah pada tarikh berkenaan. Mereka yang berhampiran atau ada urusan berdekatan boleh singgah jalankan kewajipan rukun Islam ke-4 ini dengan mudah dan selamat.

  Tanda-tanda Bateri Kereta Kong* Kereta Tak Boleh Start atau Susah Nak Start* Lampu Amaran Kereta Menyala* Kereta Bau B...
21/04/2022



Tanda-tanda Bateri Kereta Kong

* Kereta Tak Boleh Start atau Susah Nak Start
* Lampu Amaran Kereta Menyala
* Kereta Bau Busuk
* Alarm Kereta Berbunyi Sendiri

Bateri adalah satu elemen paling penting dalam sistem elektrik kenderaan dan antara komponen yang wajib diganti setiap dua tahun bergantung kepada cara penjagannya. Buat yang tak tahu, bateri dalam kereta ni berfungsi untuk menyediakan arus elektrik untuk menghidupkan enjin dan menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa kereta tak digunakan.

6 Punca Bateri Kereta Kong

➡️Lupa Tutup Lampu Kereta
➡️Aksesori Kereta Berlebihan
➡️Litar Pintas
➡️Alternator Tak Cas Bateri
➡️Kereta Lama Tak Start
➡️Bateri Kereta Tamat Tempoh Hayat

Mungkin teman2 tak perasan sebelum ini, jadi take note ye! Dah dekat nak raya ni, mesti ramai dah plan nak balik kampung raya sakan. Pastikan sebelum nak melakukan perjalanan yang jauh, check dulu part kereta yang penting ni. Barulah perjalanan lancar.

Selamat memandu!😉

Siapa penggemar cincau kat sini. Mesti ramai kan s**a cincau ni. Tambah lagi bulan puasa ni pasti ramai cari untuk berbu...
20/04/2022

Siapa penggemar cincau kat sini. Mesti ramai kan s**a cincau ni.
Tambah lagi bulan puasa ni pasti ramai cari untuk berbuka.

Permintaan cincau memang akan meningkat pada bulan puasa sebagai minuman menyejukkan badan. Rasanya yang kenyal, enak, segar dan sejuk dicampur ais sangat sesuai untuk diminum bagi membantu menghilangkan dahaga.

Cincau ni sejenis jeli berwarna hitam yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan sering dijadikan pencuci mulut atau bahan juadah manisan yang mudah didapati. Biasa terdapat dalam minuman soya, sirap bandung, teh ais, milo ais dan kuih manis.

Walaupun sering menjadi bahan utama dalam sajian pencuci mulut, ramai yang tidak tahu sebenarnya cincau ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita.

Jom tengok apa khasiat cincau ni. Dah tahu, petang ni bolehlah berbuka dengan air cincau.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1443H kepada semua umat Islam.Semoga kita diberikan kekuatan menghayatinya d...
18/04/2022

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1443H kepada semua umat Islam.
Semoga kita diberikan kekuatan menghayatinya di samping orang yang tersayang.

Address

Honda Shah Alam 3S Center/Shared Auto Cars Sdn Bhd, No. 41, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15
Shah Alam
40200

Telephone

+601169776969

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Honda Syima Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Honda Syima Online:

Share