29/01/2026
PEMAKLUMAN PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP UNTUK PELAJAR SEPARA TAJAAN
Untuk makluman, mulai *3 FEBRUARI 2026 (Selasa)* semua permohonan pengeluaran pendidikan KWSP bagi pelajar yang mendapat separa tajaan perlu dibuat sepenuhnya secara atas talian i-Akaun KWSP. *Tiada lagi permohonan secara manual di Kaunter KWSP* akan diterima. Semua permohonan dan urusan berkaitan hendaklah dibuat sepenuhnya melalui sistem yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, semua pelajar yang menerima tajaan diminta untuk *mengemaskini maklumat tajaan* masing-masing di dalam sistem Portal *Mystudent* dengan memilih Kategori Tajaan sama ada:
• Tajaan penuh
atau
• Tajaan separa
Dan sekiranya tajaan telah tamat, mohon kemaskini kepada tiada tajaan/pembiayaan/pinjaman.
Maklumat yang tepat dan terkini amat penting bagi memastikan urusan pengesahan permohonan pengeluaran pendidikan KWSP berjalan dengan lancar.
Selain itu, *tarikh akhir* penjanaan secara kendiri *Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar (SPPP)* bagi pelajar tajaan melalui sistem dibuka sehingga *15 Februari 2026 (Ahad)* sahaja.
Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah dihargai.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari Soalan Lazim Pelajar UiTM atau hubungi Pegawai Bertanggungjawab iaitu :
1. Encik Muhammad Amir Hamzah Mohd Samsudin, Penolong Bendahari di talian 03-5544 3374
atau
2. Puan Nik Nur Syahirah Nik Osthman, Penolong Akauntan Kanan di talian 03-5544 3401
Sekian, terima kasih.