22/10/2026
RM5 billion claims payout. maksudnya, AIA bayar claim medical card/ bill hospital sepanjang 2025 sebanyak 5billion!
ORTHOPEDIC (tulang, spine, saraf, ligamen, etc) dan CANCER (pelbagai jenis) mencatat claim paling tinggi; RM594juta dan RM482juta claim tahun 2025.
Jumlah purata kes warded utk CANCER sahaja RM82,179. Itu purata. Mungkin ada antaranya dan biasa berlaku, 1 warded utk kes cancer, cecah ratusan ribu Ringgit Malaysia.
Kes ORTO pun dah makin common sekarang. Nauzubillah..
Data ni AIA tabulate dari seluruh clients AIA. Kalau tanya pengalaman I as agent selama 10 thn ni, I pernah ada client yang warded sampai 120K Utk sekali warded sahaja. Dan limit medical card dia 100K sahaja. Ada juga client kepada kawan I, 100K++ sebab kemalangan kecederaaan akibat dipukul, ditetak dan bil tu non-stop sebab saraf banyak injured. Kes ni memang eye-opener sebab tengah makan, member kena serang tiba2. Dipindahkan dari Hospital seremban ke colombia asia PJ sebab pakar kat situ.
Dan kes ni sampai arini masih perlukan rawatan. Annual limit medical card dia cuma 100K. Memang client tu keluar duit sendiri lepas tu. Imagine in between sakit lain p**ak datang...yang tak sikit2 kos. nauzubillah..
Kalau kes² claim lain yang 10K, 20K, 30K semua tu da common. Mungkin ada yang cakap, “tu la gi hospital swasta lagi, mmg dia akan caj kaw2 la”. Yang pertama kita nak, cepat dirawat, selesa berubat, dapat support dari keluarga ketika berubat. Bil, bayar pakai medical card.
Yang I perhati , AIA sangat strict dengan charges yang hospital bagi dalam itemised billing. Boleh tengok senarai panels hospital AIA atau charges yang AIA akan enquire hospital, tapi masih cover untuk clients.