PIBG SKRM

PIBG SKRM membantu meningkatkan dan menambah usaha keperluan permata dalam akademik, kebajikan, kemudahan infrastruktur dan sukan.

Segalanya berkaitan PIBG Sekolah Kebangsaan Raja Muda (SBT) Shah Alam

Terima kasih kepada barisan jawatankuasa PIBG sesi 2025/2026 yang diketuai oleh YDP En Jaza bin Mohammad Jassa di atas k...
26/04/2026

Terima kasih kepada barisan jawatankuasa PIBG sesi 2025/2026 yang diketuai oleh YDP En Jaza bin Mohammad Jassa di atas khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan segala aktiviti sekolah & PIBG berlangsung dengan jayanya. Hanya Tuhan yang mampu membalas setiap titisan keringat dan budi baik kalian.

Tahniah p**a diucapkan kepada semua barisan jawatankuasa PIBG sesi 2026 yang diketuai oleh YDP En Zulazmi bin Haji Idris. Semoga SKRM terus mencapai kecemerlangan dengan cetusan & garapan idea-idea baharu lagi bernas.

25April2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 bertempat di Lanai Gemilang. Anggaran seramai 13...
26/04/2026

25April2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 bertempat di Lanai Gemilang. Anggaran seramai 130 orang termasuk guru dan ibubapa hadir pada mesyuarat kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada semua jawatankuasa yang bertungkus lumus membuat persiapan dan mesyuarat telah berlangsung dengan sangat teratur dan lancar.

22/04/2026

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK RAJA MUDA KALI KE-44

Mohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Sabtu, 25 April 2026
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Lanai Gemilang

📈Jom hadir bersama berbincang usul & cadangan, strategi, halatuju dan penambahbaikan yang boleh dibuat untuk aktiviti akan datang.

☕🫖🥟
Sarapan disediakan bermula 8.00 pagi, jom me"ngeteh" & me"ngopi" di SKRM.
😉😉

Sila buat pengesahan kehadiran melalui https://forms.gle/4NPG7veyxZ5C5XW76

Kehadiran tuan/puan amat bermakna demi kecemerlangan anak-anak kita.

Terima kasih💐

Sebahagian jawatankuasa di belakang tabir yang bertungkus lumus membantu persiapan dan bertugas sepanjang perjalanan maj...
14/04/2026

Sebahagian jawatankuasa di belakang tabir yang bertungkus lumus membantu persiapan dan bertugas sepanjang perjalanan majlis. Terima kasih semua👍

14/04/2026
Pemenang hadiah Pakaian Terbaik mengukit tema Klasik Raya.Tahniah semua.
14/04/2026

Pemenang hadiah Pakaian Terbaik mengukit tema Klasik Raya.
Tahniah semua.

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, pada hari Sabtu 11 April 2026, Sambutan Meriah Raya 2....
14/04/2026

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, pada hari Sabtu 11 April 2026, Sambutan Meriah Raya 2.0 SKRM telah berlangsung dalam suasana ceria dan penuh meriah. Sambutan yang diadakan adalah hasil dari kutipan sumbangan ibu bapa dan guru yang mula dikutip sejak 26 Mac sehingga 8 April 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa, para ahli jawatankuasa dan guru-guru yang memberi kerjasama untuk menjayakan sambutan kali ini. Tahniah & terima kasih 🎉

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa kutipan Tabung Titipan Kasih Ramadan yang telah ditutup pada 10 Mac lalu mend...
13/03/2026

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa kutipan Tabung Titipan Kasih Ramadan yang telah ditutup pada 10 Mac lalu mendapat sumbangan di luar jangkaan iaitu sebanyak RM8,168.00. Terima kasih tidak terkira kepada guru-guru kelas dan 'team' Buletin SKRM yang telah membantu mempromosi kutipan kepada ibubapa & pihak luar.

Dan hari ini Jumaat 13 Mac, telah berlangsung Majlis Masih Ada Yang Sayang, majlis penyerahan duit sumbangan kepada 39 orang murid yang terdiri daripada anak-anak yatim dan kurang mampu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Madrasah Nahdhatul Islamiah, Surau Seksyen 3 Shah Alam yang hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada murid-murid tersebut.

Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.



Address

Jalan Persiaran Dato Menteri
Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SKRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share