28/06/2024
MARKET REVIEW - 28.06.2024.
Semalam pasaran saham US ditutup bercampur2, namun semua indeks masih berjaya ditutup lebih tinggi.
Para pelabur sedang menimbang data inflasi PCE indeks pada hari Jumaat yang akan mempengaruhi pendirian Fed tentang penurunan interest rate.
Pelabur2 berharap melalui PCE indeks akan menunjukkan tekanan inflasi yang berkurangan, yang boleh memperkukuh kemungkinan Fed akan menurunkan interest rate pada akhir tahun ini. Jika PCE mengecewakan, kebimbangan ttg stagflation akan timbul. Sebaliknya, jika PCE memberangsangkan, ia sepatutnya membantu pasaran bergerak lebih tenang ke dalam bulan Julai.
Pasaran saham US juga menimbulkan persoalan sama ada perdagangan artificial intelligence (AI) dapat terus menyokong pasaran dalam separuh kedua tahun ini.
Dengan pasaran saham US yang kini semakin overbought dan agak mahal mungkin akan menyebabkan correction pada masa akan datang kerana pasaran perlu calibrate semula utk membenarkan sektor-sektor lain untuk wujud bersama. Correction ni boleh mencetuskan market volatility, tetapi pada masa sama peluang menarik.
Data initial weekly jobless claims menunjukkan 233,000, menurun sebanyak 6,000 daripada minggu sebelumnya. Angka ini lebih rendah daripada jangkaan 235,000. Tetapi recurring jobless claims meningkat ke paras tertinggi sejak akhir 2021, mencadangkan ia mengambil masa lebih lama untuk orang yang menganggur mencari pekerjaan.
Ketidaktentuan pasaran dijangka berterusan menjelang pengumuman data PCE indeks US. Pelabur2 skrg mengambil pendekatan berhati-hati, mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat sehingga data PCE dikeluarkan.
Untuk jangkamasa panjang, melihat perkembangan pergerakan inflasi dan interest di US, market Gold dilihat akan tenang hingga petang ini.
Utk yang ingin SETUP SEGERA, boleh PM admin terus. 📸🧲💰
Sebarang pertanyaan hanya PM / INBOX admin
Join Group telegram
-> https://t.me/+RXhO4xQRlMLvJgml
Atau PM saya di telegram
-> https://t.me/FaizPlay