Khairul Ezuwan Yusoff

Khairul Ezuwan Yusoff Kongsikan apa sahaja perkara yang memberi manfaat. Jadikan FB sebagai Medan ilmu, bukan bersosial kosong tanpa faedah

Tahukah anda, kereta kita itu adalah liabiliti?Kalau belum keperluan, tangguh dulu! Kalau boleh guna motor, guna dulu! J...
26/05/2020

Tahukah anda, kereta kita itu adalah liabiliti?

Kalau belum keperluan, tangguh dulu!
Kalau boleh guna motor, guna dulu!

Jom saya tunjukkan kenapa!

Contoh, Honda City Type V, tahun 2020 (Rujuk gambar di bawah)

Dalam masa 9 tahun, korang dah lost hampir 50k!

Ini tak termasuk lagi
✅ Interest Bank
✅ Kos Maintenance
✅ Insuranse, Road Tax
✅ Tayar, Minyak, Tol
✅ Sportrim & Accessories mesti kena ada kan 😏😏

Kalau ikut congak saya, boleh jadi kos yang keluarkan untuk kereta sahaja adalah 100k utk 9tahun ni..

Alamak.. Hmm.. kalau suruh menyimpan, agak-agak boleh sampai ke value 100k tu dalam masa 9 tahun 🤔

Huhu!

Bila kereta jika

✅ Betul-betul menjadi keperluan

✅ Selepas korang dah beli rumah (Nak utilise DSR sebaiknya)

✅ Dah ada sekurang-kurangnya 3 bulan emergency fund

✅ Dan sekiranya Kereta itu akan booast career / business korang

Sekadar Perkongsian. Selebihnya, kau buatlah keputusan yang terbaik untuk diri & family.

Jangan sampai tercyduk di kemudian hari.

Setuju dengan saya? Cuba komen sikit 👇

- Admin Mad

Hati-hati dengan scammer yang Cuba ambil kesempatan menangguk di air keruh . Nampak trick ni macam kurang bijak ,  tapi ...
07/04/2020

Hati-hati dengan scammer yang Cuba ambil kesempatan menangguk di air keruh . Nampak trick ni macam kurang bijak , tapi mereka mampu memperdayakan beribu orang . Maklumkan pada mak ayah , adik beradik masing .

“Kenapa banyak sangat dapat 9 ebook, siap video tutorial tapi MURAH SANGAT?”Kami nak bagi ruang kepada semua orang, lagi...
18/11/2018

“Kenapa banyak sangat dapat 9 ebook, siap video tutorial tapi MURAH SANGAT?”

Kami nak bagi ruang kepada semua orang, lagi-lagi golongan muda supaya dapat belajar ilmu kewangan dan hartanah tanpa terbeban.

Kami faham sekarang golongan muda tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Mungkin RM20 ini akan jadi sebab perubahan pada diri anda dengan acuan ilmu kewangan dan hartanah ni yang tidak diajar di sekolah dan universiti.

DENGAN HARGA PROMOSI RM20, ANDA DAPAT:

>> 7 ebook + 2 ebook baru hartanah dan kewangan.

>> Purata RM2.23 untuk setiap ebook.

>> BONUS! 9 video tutorial ASB genius.

>> Template perjanjian sewaan & sublet.

>> Jimat RM369!!

>> Money back guaranteed! Kami refund 100% kalau anda rasa produk ni tak baik untuk anda dalam masa 5 hari.

>> Langganan seumur hidup. Kami akan tambah ebook dari masa ke semasa. Anda boleh download secara percuma.
==========
DETAIL 9 EBOOK DAN 9 VIDEO
==========

Penulis-penulis ebook ini bukan nama-nama asing dalam industri kewangan dan hartanah di media sosial.
1. Ebook A$B Genius 2 (RM35)
>> Khairul Ezuwan
>> mendedahkan pelbagai teknik-teknik yang digunakan dalam A$B Financing untuk mendapatkan profit yang maksima.
2. 9 Video Digital A$B Genius berdurasi 1 jam 20 minit (RM99)
>> Khairul Ezuwan
>> 9 Video tutorial A$B Genius menambah kefahaman yang lebih jelas dalam pelbagai teknik yang digunakan melalui ASB Financing .
3. Ebook Pencen Mewah Dengan Hartanah (RM35)
>> Huzaifah Abdullah Sani
>> Bagaimana hartanah jadi pasif income untuk berpencen awal dan selesa. Pelajari langkah dari pengalaman penulis yang berpencen seawal umur 38 tahun dengan cara ini.
4. Ebook 'Panduan Lengkap Strategi Pelaburan Shoplot' (RM35)
>> Huzaifah Abdullah Sani
>> pelaburan shop lot adalah pelaburan yang berisiko tinggi, namun dengan langkah yang betul & tepat, boleh bina keuntungan yang berganda. Ikuti pengalaman penulis.
5. Ebook Lelaki, Wang & Rumah Pertama (RM35) NEW!!
>> Dr Azizul Azli Ahmad
>> Rumah pertama adalah asset yang terpenting. Jangan tersalah langkah. Belajar dari pengalaman luas penulis yang memiliki 16 hartanah dalam tempoh yang singkat.
6. Ebook Nota Hartanah (RM35) NEW!!
>> Meor Zaidee @ Abang Ensem
>> ilmu kewangan adalah ilmu yang sangat penting dalam melalui kehidupan yang sentiasa berubah. 14 hartanah dimiliki berasaskan dari ilmu kewangan di peringkat awal .
7. Ebook Aku Tuan Rumah (RM35)
>> Huzaifah Abdullah Sani
>> belajar menguruskan rumah sewa dengan cara yang efektif dan tersusun.
8. Ebook Buat Duit Dengan Rumah Tamu (RM35)
>> Syahnaz Akhtar Mat Ali
>> Buat Rumah Tamu Salah Satu cabang membina cash flow yang besar dalam pelaburan hartanah. Tapi Jangan buat tanpa ilmu.
9. Ebook 'Bank Tolong Aku' (RM25)
>> Mior Hafis Mior Ahmad
>> Rujukan dan panduan dalam membuat pembiayaan Hartanah dengan bank.
10. Ebook 'Beli Rumah Lelong Tanpa Slip Gaji' (RM20)
Ihsan Zainal
>> Tanpa payslip pon boleh beli rumah.
11. Extra Free: format dokumen (Microsoft word)
>> Tenancy Agreement
>> Sublet Agreement
Harga sebenar semua item RM389!!

Kami nak tawarkan harga istimewa kepada anda dengan harga serendah RM20 sahaja bermula 14 November 2018 hingga 30 November 2018.

Jimat RM369!!
==========
CARA ORDER
==========
1. Buat bayaran RM20 ke akaun Maybank ini dan simpan resit/bukti bayaran.

Key Empires Consultancy
562085607240
[email protected]

2. (WAJIB) Klik link ini untuk tempahan.

https://key.onpay.my/order/form/comboebook/20

3. Isi borang tempahan dan submit borang tempahan. Anda akan dapat invois tempahan.

4. Bukti bayaran boleh diupload semasa mengisi borang tempahan ATAU Whatapps bukti bayaran beserta invois ke 017-2841849

(Ini adalah EBOOK & VIDEO DIGITAL)

PEMBUKAAN PRE ORDER BUKU "PENDEKAR KEYBOARD" TELAH DIBUKA SEKARANG !!================================Alhamdulillah buku ...
01/08/2017

PEMBUKAAN PRE ORDER BUKU "PENDEKAR KEYBOARD" TELAH DIBUKA SEKARANG !!
================================

Alhamdulillah buku pertama saya telah berjaya disiapkan dan sedang dalam proses printing . Buku ini telah mula ditulis sejak 1 tahun yang lalu , kini telah tiba masanya untuk diterbitkan.

Isi kandungan dalam buku ini berkisar mengenai ilmu-ilmu yang saya fikir berguna kepada orang ramai dan mereka perlukan. Setiap tulisan dalam buku ini adalah tulisan dari idea dan kefahaman saya sendiri tanpa merujuk kepada sebarang bacaan lain . Tulisan dari hati saya sendiri.

Judul bukunya seperti seorang yang berperang namun isinya bukan satu peperangan fizikal. Walaupon itu jiwa saya, namun saya sedar saya hanya mampu menentang tetapi tidak mampu menghapuskan mereka. Saya berfikir , saya mampu hapuskan kejahatan tersebut secara perlahan-lahan bila kita mampu buat masyarakat menjadi bijak. Buku ini banyak kepada menyampaikan idea dalam kewangan , ASB , Hartanah & mengesan teknik-teknik penipuan masa kini. Isi kandungan buku ini setebal 204 muka surat.

Harga buku ini RM35.00✔️untuk Semenanjung Malaysia dan RM37.00✔️ untuk Sabah & Sarawak. Kos pos RM7.31 untuk seluruh Semenanjung Malaysia & RM12.31 untuk Sabah & Sarawak .

NANTI DULU !! Untuk tawaran Pre Order buku PENDEKAR KEYBOARD ini untuk 1000 unit cetakan pertama sahaja yang akan mula diedarkan pada 10 Ogos 2017, Kami tawarkan anda dengan harga RM30✅ sahaja termasuk pos laju seluruh malaysia termasuk Sabah & Sarawak .

Cabutan Bertuah : Dengan langganan Pre Order Buku Pendekar KEYBoard ini anda juga akan layak secara automatic untuk 2 cabutan grand melalui no order yang anda akan terima nanti.

1.Cabutan Grand Merdeka - sebuah motorsikal Yamaha Ego Avantiz 125 (Cabutan akan dilaksanakan secara live pada 15 September 2017)

2.Cabutan Grand Genius - sebuah motorsikal Yamaha NVX 155 (Cabutan akan dilaksanakan secara live pada 15 Januari 2018)

Tak lupa juga : untuk 1000 unit pertama ni , Saya akan sign Autograf Khas untuk anda ( macam retis pulak.hehe) . Maklumlah dah hampir 3 tahun buat Ebook , Ebook takde tempat nak sain . 😅

Klik link disini untuk pre order "Buku Pendekar KEYboard"

http://gedungilmukey.aztetic.my/buy/pendekarkeyboard

Pembayaran RM30✅ boleh dibuat ke akaun Maybank:

KEY EMPIRES CONSULTANCY :

562085607240

Email address: [email protected]

Boleh Whatapps bukti bayaran atau sebarang pertanyaan ke:

wasap.my/60136340048

wasap.my/60172841849

Tel : 0136340048

Tel : 0172841849

*Ini adalah tawaran pre order . Buku Pendekar Keyboard ini sedang dalam proses printing akan mula di post kepada pelanggan yang melanggan pre order ini mulai 10 Ogos 2017.

15/06/2017

Kenapa pentingnya ada tujuan & matlamat sebelum melakukan ASB Financing?
==============================

Dari kecil Kita diajar menyimpan dalam tabung. Contoh yang diajar untuk membeli mainan sendiri contohnya satu masa dulu nak beli kereta control yang berharga RM100. Mula la berjimat simpan duit belanja, duit raya dan sebagainya. Jika tujuannya untuk itu, Kita akan tunggu sampai cukup RM100 baru kita keluarkan untuk beli mainan tersebut.

Saya berpengalaman mempunyai ribuan pelanggan dalam ASB Financing yang melibatkan pembiayaan ASB bernilai ratusan juta. Kebanyakan pelanggan saya diisi dengan kefahaman & matlamat terlebih dahulu. Jika mereka target 3 tahun dengan compounding, mereka tidak akan keluarkan dividen yang diperolehi selama 3 tahun, malah ada diperingkat awal telah potong buku ASB tersebut. Puncanya kerana mereka telah diisi dengan matlamat untuk memperolehi simpanan RM50K dalam tiga tahun atau kegunaan deposit rumah, berkahwin dan sebagainya. Alhamdulillah ramai yang telah berjaya menggunakan kaedah ini.

Ada juga yang menggunakan teknik rolling dividen. Diperingkat awal lagi mereka telah diisi kefahaman & disiplin yang betul. Dapat sahaja dividen, mereka akan terus pergi ke bank untuk bayar setahun instalment tahun berikutnya. Sebabnya mereka telah difocuskan dalam tempoh-tempoh tertentu untuk mendapatkan satu hasil. Saya mengajar mereka yang buat teknik ini kerana ini adalah kemampuan & potensi yang ada pada mereka.

Tidak dinafikan sebenarnya ramai orang yang ada pembiayaan ASB namun hakikatnya mereka tak tau pon Apa yang mereka buat tu, yang mereka tahu buat pembiayaan, akhir tahun dapat dividen. Jenis yang macam ni yang takkan pernah tahan jiwa bila dapat dividen, dividen belum keluar dah banyak agendanya. Berbeza dengan mereka yang buat dengan ilmu, agenda mereka telah tetapkan dalam tempoh tertentu diperingkat awal lagi. Bila sudah mencapai matlamat dapat tempoh tersebut, biasanya mereka akan terus mempertahankan untuk tempoh yang lebih panjang kerana mereka sudah melihat hasilnya.

'Kalau orang yang berlari tahu dimana garisan penamatnya, mereka akan terus lari, tetapi orang yang berlari tanpa tahu dimana garisan penamatnya, mereka takkan mula berlari atau baru 200 meter terus berhenti & balik rumah'.

ASB bukan segalanya, ASB financing hanya salah satu tools kewangan. Setiap orang ada cara mereka sendiri. Cara paling baik adalah ajak mereka berilmu dalam melakukan sesuatu bukan menafikan keupayaan dan potensi yang sesuai dengan mereka. "Kita rasa Honda Civic turbo itu lebih bagus jauh lebih baik dari Perodua Axia. kalau Kita cakap Jangan pakai Axia, mesti pakai civic turbo sedangkan mereka tidak mampu, sampai bila mereka tidak akan ada kenderaan untuk bergerak".

Jangan salahkan juga mereka yang mengkritik, kritikan mereka membuat anda perlu berfikir dan mencari ilmu. Fikir secara terbuka dan positif 👌

-KEY-

Gaji tak besar? Mulakan menyimpan dengan RM100 boleh hasilkan simpanan pencen anda RM1.55 juta? Mesti baca..============...
13/06/2017

Gaji tak besar? Mulakan menyimpan dengan RM100 boleh hasilkan simpanan pencen anda RM1.55 juta? Mesti baca..
=================================

Kita faham tidak semua orang akan mampu nak terus buat simpanan yang besar setiap bulan terutamanya golongan muda dan baru bekerjaya. Namun itu bukan halangan untuk anda bermula jika anda mahu bermula untuk membina simpanan masa hadapan. Mulakan simpanan tahun pertama dengan lebih kurang RM100 & tingkatkan jumlah simpanan bulanan pada setiap tahun sedikit demi sedikit dan anda mampu menghasilkan simpanan pencen anda RM1.55 juta.

Mulakan dengan pembiayaan ASB RM20,000 , tempoh pembiayaan 30 tahun dengan komitmen bulanan RM108. Cukup setahun bila dapat dividen ASB , Jangan usik dividen. Tambah lagi Satu pembiayaan ASB RM20,000 , tempoh pembiayaan 29 tahun dengan komitmen bulanan RM109. Maka sekarang komitmen bulanan sekarang RM108 + RM109 = RM217 , bila dapat lagi dividen kedua-kedua sijil ini , Jangan usik dividen . Tahun berikutnya tambah lagi pembiayaan ASB RM20,000, tempoh pembiayaan 28 tahun dengan komitmen bulanan RM111 . Sekarang Komitmen kita RM108+RM109+RM111 = RM328. Begitulah seterusnya mengikut jadual seperti di bawah .

*Ilustrasi kiraan kadar keuntungan efektif tahunan bank seperti dapat rajah saya letakkan 5% dan dividen tahunan ASB & ASB2 berasaskan dividen 6.5% setahun.

Dalam rajah ini saya memberi contoh seseorang yang bermula pada umur 25 tahun dan target berpencen pada umur 55 tahun .

Saya bagi satu contoh supaya anda memahami kiraan seperti dalam rajah . Contohnya sijil pertama RM20,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun . Dari dividen yang compounding dari sijil pembiayaan tersebut dalam tempoh 30 tahun akan menghasilkan dividen terkumpul RM112,287 + sijil ASB yang sudah habis dibayar RM20,000 = RM132,287✅ (Rujuk cara kiraan ini pada rajah kedua menggunakan Financial Calculators)

*Ye betul , Ini hanya sekadar teori. Ia hanya boleh jadi kepada siapa yang mahu mempraktikkannya. 👌. Ini mungkin bukan teknik yang terbaik , sekadar memberikan idea kepada mereka yang sesuai menggunakannya. Mungkin anda mempunyai kemampuan yang lebih besar , ikut potensi diri anda sendiri .

Kalau nak share status ni , silakan 👌



-KEY-

11/06/2017

Kalau hari ini anda blacklisted disebabkan pembiayaan tak berbayar atas kecuaian anda sendiri, kemudian anda merungut bila dah selesaikan, nama anda masih blacklisted nak buat pembiayaan baru. Sepatutnya anda perlu bersyukur sebab tiada lagi hutang baru untuk anda . Tak mustahil anda akan buat kesilapan kedua & mungkin lebih teruk dari sebelumnya. Hutang tidak berbayar adalah berkaitan dengan habit yang sukar diubah walaupon sebenarnya anda mampu untuk membayarnya. Contoh , hutang kawan RM1,000 setahun tak bayar, pastu update pergi bercuti ke Korea.

-KEY-

11/06/2017

Orang ramai perlu Ilmu Financing??
------------------------------------

Ramai orang nak buat financing , tetapi hakikatnya ramai yang tiada Ilmu dalam Financing. Kenal dulu apa Itu Debt Service Ratio, Fix income, variable income, alternate income, proxy income, Tenancy Agreement Income,dividend income, statutory deduction, nett income, Net Disposal income, commitment auto calculated, actual instalment, CCRIS report, collateral code & banyak lagi. Kalau di Bank, Ada Risk grade lagi yang sukar difahami oleh orang ramai. Walaupon Sekarang saya bukan lagi seorang banker yang memproses pembiayaan , Saya Cuba sentiasa up to date kan ilmu tersebut.

Dari segi persediaan Documentation dalam pembiayaan juga Setiap individu adalah berbeza bergantung kepada keadaan. Ingat, yang meluluskan pembiayaan akhir anda adalah Manusia, Bank bagi pembiayaan kepada individu yang mereka yakin Mampu membayar pembiayaan tersebut. Tugas Kita sebagai pemohon pembiayaan adalah meyakinkan pihak bank. Dalam bank sendiri Ada Policy breach yang mana memerlukan mitigation untuk satu-satu pembiayaan diluluskan, bagi pembiayaan yang tidak juga diluluskan, bermakna approver tidak dapat diyakinkan dengan kemampuan anda. Ada orang yang Debt Service Ratio burst tetapi pembiayaan tetap diluluskan Kerana keyakinan bank pada mereka. Ada yang DSR cun tetapi kena tolak mentah-mentah. Mungkin sekarang bank tidak beritahu apa reason mereka menolak pembiayaan anda. So, anda perlu usaha cari ilmu ini.

-KEY-

Address

Plaza Azalea
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairul Ezuwan Yusoff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share