Pejuang Harta Pusaka

Pejuang Harta Pusaka Sila PM saya untuk keterangan lebih lanjut berkenaan dengan pengurusan harta pusaka.

01/05/2025

PELAJARILAH ILMU FARAID, BERAMAL DENGANNYA

Bila Islam menurunkan hukum berkait harta-pusaka, yang Allah sebutkan dalam al-Quran, ini adalah ketentuan / kefardhuan yang Allah tetapkan –

- Antara sebabnya untuk mengelakkan perbalahan.

Bahkan ilmu pertama yang Allah angkat ialah ilmu faraid.

Rasulullah SAW bersabda:

يَا أَبَا هُرَيْرَةَ تَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهَا، فَإِنَّهُ نِصْفُ الْعِلْمِ وَهُوَ يُنْسَى، وَهُوَ أَوَّلُ شَيْءٍ يُنْزَعُ مِنْ أُمَّتِي

Maksudnya: Wahai Abu Hurairah, pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya sesungguhnya ia merupakan sebahagian daripada ilmu yang dilupakan serta ilmu ini merupakan ilmu yang pertama diangkat daripada umatku.

(Hadis riwayat Ibn Majah)

- Belajarlah ilmu faraid, kerana ia ilmu pertama yang Allah akan angkat

Sehingga bila dua orang berbalah, dia tak jumpa penyelesaian. Sedangkan faraid ini penyelesaian, bukanlah ilmunya takda tapi kefahaman itu takda.

Ilmu itu ada dalam buku, tercatat tapi kefahaman takda. Dan kecenderungan untuk bagi secara faraid takda kerana mereka merasakan lebih berhak. Sedangkan Allah yang menentukan siapa berhak.

Si Isteri kata, “Saya lebih berhak atas harta suami saya.”
Dia nak bolot semua. Sedangkan bahagian isteri hanya ¼ atau 1/8.

Si suami kata, “Saya lebih berhak ke atas harta isteri saya.”
Dia suami nak bolot semua.
Sedangkan bahagiannya hanya ½ atau ¼.

Si Abang sulung kata dia nak ambil semua harta Ayah. Walhal dia Abang sulung takda beza dengan adik yang bongsu dalam penerimaan pusaka. Abang Sulung dia rasa dia besar, dia rasa budak-budak kecik bukan tahu bab harta. Tuan-tuan, dalam Islam takda beza kecik besar, tua muda. Yang membezakan hanya lelaki atau perempuan kerana keutamaan.

Bukan kerana diskriminasi, atau penghinaan tapi maslahat.

Ia telah dibincangkan secara panjang lebar oleh para Ulama bahawa lelaki itu akan berkahwin dan ada mas kahwin. Dan perempuan akan berkahwin dan menerima mas kahwin.
Akhirnya bahagian perempuan lebih banyak daripada harta pusaka.

Maka bila ditanyakan,
Bila isteri dapat 1/8 dalam suasana si suami ada anak, dan si suami dapat ¼ dalam situasi isteri itu ada anak sama ada daripadanya, atau daripada suami yang lain.
- Suami ini akan berkahwin lagi
- Isteri ini juga akan berkahwin lagi

Isteri akan kahwin lagi, dia akan dapat mas kahwin.
Manakala suami berkahwin lagi, dia akan bayar mas kahwin.

Maka asas itu jelas, kenapa berlaku perbezaan dalam demi maslahah, bukan kerana diskriminasi. Jauh sekali penghinaan.

Maka dunia menyebabkan perbalahan ini merosakkan agama.

Tuan-tuan sudah berbalah, khusyuk ke sembahyang. Takkan khusyuk. Kalau kita berbalah dengan adik-beradik, khusyuk ke ibadat? Takda. Maka ini kategori disebutkan, ‘dunia yang melalaikan.’

Share dari Page Tokku Pasir Gudang

11/02/2025

HARTA ANAK YATIM JANGAN DISALAHGUNA, IA TERMASUK DOSA BESAR

وَءَاتُوا۟ ٱلْيَتَـٰمَىٰٓ أَمْوَٰلَهُمْ ۖ وَلَا تَتَبَدَّلُوا۟ ٱلْخَبِيثَ بِٱلطَّيِّبِ ۖ وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَهُمْ إِلَىٰٓ أَمْوَٰلِكُمْ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ حُوبًۭا كَبِيرًۭا
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
(Surah An-Nisa, 2)

Maka bila bapa saudaranya dengar ayat ini, bila turun ayat ini dia berkata, “Kami dengar perintah Allah dan perintah Rasul. Kami berlindung kepada Allah daripada dosa besar lalu dia memberikan seluruh hartanya kepada anak yatim itu (dia tak ambil walau sedikit).”
Dia takut dosa besar, ini watak para sahabat RA.

Maka Rasulullah SAW berkata, “Siapa yang mencegah dirinya daripada sifat kedekut, dan mengembalikan hak orang lain maka halal baginya Syurga.”

Ini pujian Rasulullah SAW kepada bapa saudara ini yang tanpa melengah-lengahkan bila turun perintah agar mengembalikan harta anak yatim, maka dikembalikan. Maka kata Rasulullah SAW,

‘Orang ini maka halal baginya Syurga (tempatnya di Syurga).’
Dan bila anak yatim ini dia dapat harta dia, apa dia buat? Dia sedekah ke jalan Allah.

Bapak saudaranya menyerahkan hak dia sebagai anak yatim, dan dia anak yatim ini p**ak bila dapat harta dibelanjakan ke jalan Allah. Rasulullah SAW mendengar perbuatannya dan berkata,
“Tetaplah baginya pahala dan kekal baginya dosa.”
Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, kami tahu akan makna pahala yang tetap (sedekahnya), tapi macam mana dosa yang kekal? Sedangkan dia membelanjakan hartanya ke jalan Allah?”

Lalu Rasulullah SAW berkata, “Tetaplah pahala bagi budak ini yang sedekahkan hartanya dan kekallah dosa ayahnya yang tinggalkan harta.”
Ayah budak ini yang telah mati dan meninggalkan hartanya, tetapi tidak dibelanjakan hartanya kepada yang sepatutnya (ke jalan Allah). Maka kekallah dosanya kerana dia gagal mengeluarkan harta ke jalan Allah. Adapun anaknya (budak yatim tadi), bila dapat harta dia infak maka baginya pahala.
Harta ini ada dua (2) fungsi, dengan sebab harta ini:
i. Dosa (ayahnya); dan
ii. Pahala (anak yang membelanjakan harta yang ayah tinggalkan).

Kita lihat dalam perolehan harta Si Ayah mungkin cuai, dia kumpul harta tapi cuai dalam menafkahkannya, mengeluarkan zakat maka dia berdosa dengan apa dibuat. Maka bila harta itu beralih-tangan kepada anaknya, anaknya orang baik yang mana disedekah, dizakat dan diinfak.Maka anaknya dapat pahala pada harta yang sama!

Itulah kata Rasulullah SAW, tetap pahala dan kekal dosa. Dosa ayahnya dahulu yang tidak menggunakan harta dengan cara sebenar.
Kata para Ulama, kandungan / penafsiran ayat ini bahawa Allah Taala telah memerintahkan supaya dikembalikan harta anak yatim apabila mereka sudah mencapai umur baligh yang sempurna (umur yang mana dia boleh menguruskan hartanya).
Ia berdasarkan uruf (kebiasaan setempat / masyarakat).

Namun maksimum seorang anak yatim yang dianggap dia sudah boleh menguruskan hartanya (minimum bila anak yatim itu baligh), maksimum umur dia 25 tahun.

Setengah Ulama menyatakan diberikan harta ini bila anak yatim ini berusia 25 tahun kerana pada usia ini dia pandai menguruskan dengan betul. Adapun budak yang baru berusia 17 – 18 tahun usia baligh di sisi Imam Abu Hanifah (di sisi mazhab Shafie, usia 15 tahun); atau
- Kedatangan haid (wanita)
- Mimpi (lelaki).
Purata pada usia 15 tahun.

Pada usia 15 tahun sudah pandai urus harta? Diberi dia RM50, habis. Dia bukan tahu nilai RM50, yang dia tahu dia mudah dapat dan mudah habis. Dia tak fikir, dia belum mumayyiz.
Budak yang bila mumayyiz bila dia dapat satu harta, dia fikir sebahagian untuk disimpan, dia mula fikir tadbir – urus harta ini untuk beberapa hari mendatang. Itu tanda dia berakal (mumayyiz). Tapi yang jenis dapat duit dan belanja, ini belum mumayyiz walau umur dia 17, 18 tahun. Beri RM10, habis, beri RM20, habis dibelanja. Tak pernah boleh simpan, erti dia belum pandai mengurus harta.

Bila kita dewasa, kita dapat gaji kita fikir nak simpan sikit. Itu tanda pengurusan harta. Kita akan fikir apa lebih pada harga rendah untuk kita simpan lebih banyak. Kadang-kala kita fikir untuk selain simpanan dan mahu buat pelaburan.

Pelaburan yang p**angan walau 3% - 4% daripada duit tak bergerak (simpanan). Kita mula ada akal.
Itu sifat manusia, dia ada sifat ingin mengembangkan harta. Budak yang belum pandai mengembangkan harta maka dia belum mencapai umur baligh yang sempurna. Bagi duit ke anak-anak, tanya dia nak buat apa dengan duit?
Kalau dia kata nak habiskan, dia tak pandai nak kembangkan harta. Tapi kalau kita beri duit ke anak dan dia kata, “Duit ni Abang nak simpan sikit, lepas tu nak belanja.”
“Duit yang ini Abang nak laburkan sikit, beli barang dan jual.”
Otaknya dah boleh generate income maka dia boleh diserahkan semua hartanya. Kalau tidak, tak boleh. Setengah Ulama meletakkan usia 25 tahun, tapi Imam Abu Hanifah kata, “Tidak ada nas pun kata umur 25 tahun (kena berikan harta itu kepada anak yatim).”

Nas yang kata, bila budak ini (anak yatim) baligh dan Wali (penjaga harta) waima dia kerabat, atau bukan kerabat. Dia akan memastikan budak ini benar-benar mencapai umur baligh yang sempurna. Bukan sekadar baligh daripada sudut mencapai umur tertentu, tapi dia mampu menguruskan (hartanya).

Kalau dia mula ada sifat sayang harta, kita tahu dia boleh urus harta.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Copy dari page Pertubuhan Pengajian Ilmu Islam- PQ Tokku Pasir Gudang

07/02/2025

SEMPADAN HARTA SUAMI - ISTERI, JANGAN SEWENANGNYA SEDEKAH & HUTANG WAJIB DIBAYAR

Kalau kamu pinjam harta isteri, bayar.
Jangan ingat pinjam duit isteri nanti lepas Akhirat kelak, kena bayar. Ia termasuk hutang yang tak diampunkan dosa, termasuk hak / tanggungan walau sudah mati maka diambil daripada harta-pusaka.

Makna suami meninggal dan gagal beri nafkah sepanjang perkahwinan maka Si Isteri ini sebelum dia ambil 1/8 pusaka dia, maka dia tuntut hutang suami dulu. Sepanjang kahwin suami tak pernah beri nafkah? Maka mungkin dapat sekian banyak, tambahan 1/8 yang memang harta pusaka (bahagian isteri).

Itu hak dia.

Atau suami ini ada hutang tak bayar, pun kena ambil.
Tak boleh kata,
“Jangan berkira sangat..”

Isu harta masing-masing ada hak, malah isteri tak boleh mengambil lebihan daripada nafkah, bahkan haram isteri bersedekah dengan duit suaminya tanpa izin suami. Atau dia bersedekah harta suami, tanpa izin suaminya.

Dia tahu suami dia beli ‘gearbox’ letak dekat meja nak makan, dia perempuan pemurah terus sedekah ke jiran sebelah! Mengamuk suami, tengok takda. Maka haram dia bersedekah.

Kalau dia tahu suami dia seorang yang s**a bersedekah, maka kalau isteri bersedekah pada harta suaminya maka isteri dapat ½ pahala suaminya. Suami jenis s**a sedekah, dia tahu kalau tak guna sesuatu itu dia s**a beri ke orang. Basikal beri ke orang, kereta, motor lama tak guna diberikan ke orang, maka suami dia pun s**a dan pahala dapat ke dia.

Kalau macam tu, takpa.

Tapi sekiranya suami tak redha, dia kena ganti semula.
Potong nafkah. Pandai-pandai jual basikal, biar tak naik pun. Isteri jual basikal harga RM10,000 dia sedekah. Kecik hati suami. Boleh potong duit harta-pusaka.

Makna kalau isteri mati, dia berhutang p**a nilaian basikal dijual itu RM10,000 sebelum diambil ½ atau ¼ bahagian dia, maka ambil dulu hutang tersebut. Bab harta ini ada sempadannya.

Isteri jangan main-main dengan harta suami,
Suami jangan main-main dengan harta isteri.

Copy dari page Pertubuhan Pengajian Islam
TOKKU PASIR GUDANG

17/10/2024

Adakah seorang suami boleh membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta pusaka isterinya yang meninggal dunia?
Sila komen

TAHUKAH ANDA APAKAH HAK ANAK TAK SAH TARAF?Anak Tak Sah Taraf ini adalah anak yang dilahirkan di luar nikah dan bukan da...
23/11/2022

TAHUKAH ANDA APAKAH HAK ANAK TAK SAH TARAF?

Anak Tak Sah Taraf ini adalah anak yang dilahirkan di luar nikah dan bukan daripada persetubuhan Syubhah.
Anak tak sah taraf ini TIDAK berhak mewarisi harta pusaka bapa biologi.
Apakah Kekangan Anak Tak Sah Taraf yang dihadapi dari aspek perundangan?

(1) Pusaka:-
Anak tak sah taraf dinasabkan pada ibunya sahaja maka mereka hanya mewarisi harta pusaka si Ibu sahaja. (mengikut faraid)

(2) Penjagaan:-
Hak jagaan bagi anak tidak sah taraf hanya pada ibu kandung dan saudara mara ibu kandung tersebut sahaja.

(3) Nafkah:-
Segala nafkah adalah tanggungjawab ibunya. Ini kerana anak itu dinasabkan pada ibu.
Bagaimana Kita Boleh Menjamin Hak Anak Tak Sah Taraf?
Islam Menggalakkan Perkara Tersebut Untuk Memelihara Hak Anak Tak Sah Taraf:-

1) Memberikan tidak melebihi 1/3 dari harta kepada anak tak sah taraf melalui Wasiat.

2) Memberikan aset-aset tertentu kepada anak tak sah taraf melalui Hibah.

3) Melantik Wasi dan Pemegang Amanah yang berwibawa untuk melaksanakan Wasiat dan Hibah serta mentadbir harta pusaka dengan baik.

wassap.my

Apa hak Isteri sekiranya harta atas nama suami? Seperti:1. Rumah2. Kondominium3. Tanah dan4. Aset-aset alih yang lain. B...
23/11/2022

Apa hak Isteri sekiranya harta atas nama suami? Seperti:
1. Rumah
2. Kondominium
3. Tanah dan
4. Aset-aset alih yang lain.

Bagaimana nasib sekiranya :
1. Isteri suri rumah sepenuh masa?
2. Harta tersebut isteri yang sama-sama bayar tapi nama isteri tiada dalam geran.
3. Isteri telah mengeluarkan duit sendiri untuk membuat ubahsuai rumah tersebut ?
4. Akaun bersama dengan Isteri?

Sekiranya suami tidak membuat apa-apa perancangan ianya akan jatuh faraid. Iaitu semua harta diatas akan difaraidkan.

Namun sekiranya suami bersetuju membuat perancangan perjanjian harta sepencarian sekarang dengan syarikat amanah, maka harta yg disebutkan dalam perjanjian tersebut akan diberikan terus kepada isteri atas harta sepencarian. Tidak perlu difaraidkan harta tersebut.

Namun perjanjian harta sepencarian ini bukanlah instrument untuk LARI dari FARAID, iannya adalah sekadar suami memberi perlindungan kepada isteri dengan memberi harta rumah untuk isteri tersebut berteduh sekiranya suami tersebut tiada nanti.

Ianya mudah jika kita merancang sekarang harta kita sebelum ketiadaan kita. Kita hanya boleh ikhtiar yang terbaik, namun selebihnya hanya Allah yang mengetahui. Lebih baik ikhtiar yang terbaik dari tinggalkan tanpa apa-apa ikhtiarkan.

wassap.my

21/06/2020

WARIS BERBALAH PASAL PUSAKA

Risau jika seandainya tiba-tiba meninggal dunia , bagaimana dengan urusan syarikat , aset-aset yang lain…siapa yang akan uruskan, hutang-piutang, bagaimana dengan keluarga???

Buat perancangan harta semasa sihat supaya syarikat dapat diteruskan oleh keluarga, harta-harta pusaka dapat di urus tadbir dengan cepat, menjelaskan hutang-piutang/hasrat ,harta diwarisi dengan mudah dan mengelakkan waris terjebak memakan harta yang bukan mereka.

Nak penerangan tentang Perancangan Harta Islam boleh contact:

04/03/2020

Salah faham apa itu wasiat.
Mengapa nak buat wasiat??. Faraid kan ada.. Berwasiat bukan untuk pemberian kepada waris. Waris sudah ada bahagian faraid masing-masing. Perkara yang paling penting, tujuan wasiat untuk melantik pentadbir untuk menguruskan urusan pentadbiran pusaka si mati, menyelesaikan hutang-piutang, melantik Pemegang Amanah harta anak bawah umur, melaksanakan hasrat/pesanan si mati dan akhir sekali memudahkan proses pengagihan baki harta kepada waris faraid.

Waris bergaduh berebut harta. Kita tinggalkan waris dan harta menjadi beban kepada kita di akhirat. Membiarkan waris membuat dosa memakan harta yang bukan hak mereka, memakan harta batil dan memakan harta anak-anak yatim.

Fikirkan harta yang bakal ditinggalkan, hutang yang bakal ditinggalkan dan keluarga yang bakal dtinggalkan. Laksanakan tanggungjawab yang diberi. Buat perancangan harta Islam sebelum kita kembali menemui pencipta kita Allah SWT.

wassap.my


Bukan menantu pilihan..Hubungan tidak begitu mesra dari awal lagi dia berkahwin.Suami meninggal dunia Januari lalu.  Ber...
24/09/2019

Bukan menantu pilihan..Hubungan tidak begitu mesra dari awal lagi dia berkahwin.

Suami meninggal dunia Januari lalu. Berpunca dari demam, kemudian koma dan meninggal dunia pada usia awal 30an..Ketika itu tinggal lah dia dengan 4 orang anak yang masih kecil bawah 12 tahun dan yang paling kecil berusia 2 bulan.

Hubungan dengan mentua ibarat seperti putus terus..dia dan anak-anak tidak lagi dibenarkan menjejak kaki kerumah mentua lagi..

Bila suami pergi untuk selama-lamanya.. Kes**aran semakin bertambah..Tiada sokongan dari keluarga arwah suami.

Kebanyakkan aset yang dibeli diletak atas nama suami.. Setiap bulan gaji ditolak tetapi harta tidak dapat dinikmati.

Mentua tidak mahu bekerjasama mengurus pusaka arwah..Sehingga kini tiada sebarang tanda -tanda mentua akan bekerjasama..

Kematian satu kepastian.tarikh dan bila kematian kita tidak tahu.

Rancang harta semasa sihat..sediakan dokumen Wasiat..Wasiat tanda kasih sayang kepada waris yang tinggal.

BARANG KEMASKisah ini dari seseorang bertanya tentang barang kemas peninggalan arwah ibu.Si ibu ada berpesan hendak memb...
29/08/2019

BARANG KEMAS

Kisah ini dari seseorang bertanya tentang barang kemas peninggalan arwah ibu.

Si ibu ada berpesan hendak memberi barang kemas ini kepada 3 orang anak perempuannya. Si adik perempuan memberitahu abang-abangnya bahawa ibu wasiatkan barang kemas kepada mereka sahaja.

Perlu fahami
a)TIADA Wasiat kepada waris kerana waris faraid sudah ada bahagian masing-masing.

b)Si ibu tadi berhasrat untuk memberi kepada anak perempuan sahaja dan bukan berwasiat.

c) Walaupun anak lelaki tidak memakai barang kemas tetapi sebagai waris faraid mereka ada hak ke atas barang kemas tersebut.

Saya bertanya, adakah saudara boleh melepaskan hak saudara kepada saudara perempuan???...Dia keberatan untuk melepaskan hak.

Adik-adik perempuan dan abang-abang boleh bermuafakat; samada adik beradik lelaki hendak hendak melepaskan hak kepada adik beradik perempuan atau jika tiada muafakat bahagi secara faraid ( cairkan atau bayar kepada yang waris mengikut bahagian mereka)

Jangan biarkan waris-waris terus membuat dosa memakan harta batil, harta anak yatim dan hak si mati.


Wasiat memudahkan urusan pentadbiran Dan pengagihan harta pusaka kepada waris-waris yang tinggal.
26/07/2019

Wasiat memudahkan urusan pentadbiran Dan pengagihan harta pusaka kepada waris-waris yang tinggal.

Perebutan pusaka berlarutan, tiada permuafakatan diantara waris-waris..Pertikaian pusaka tidak.mengira samada harta yang...
21/02/2019

Perebutan pusaka berlarutan, tiada permuafakatan diantara waris-waris..

Pertikaian pusaka tidak.mengira samada harta yang ditinggal banyak atau sikit..

Buat perancangan awal harta Islam semasa sihat lagi. Wasiat memudahkan urusan pentadbiran harta pusaka.

PUTRAJAYA - Ibu kepada bekas Adun Rompin, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah memfailkan saman terhadap dua cucunya kerana gagal memasukkan saham tiga buah syarikat bernilai RM1.3 bilion dalam senarai aset harta pusaka allahyarham.

Address

Shah Alam
40460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejuang Harta Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share