24/01/2022
Jangan banyak beralasan kerana alasan musuh kejayaan.
LAW OF SUCCESS
"BERGERAK DENGAN APA YANG ANDA ADA"
(1) Jika ada motor sahaja, 'bergeraklah' dengan motor dahulu, tak perlu guna alasan tunggu ada kereta baru senang jumpa orang.
(2) Jika ada kereta Kancil, bergeraklah dgn kancil dahulu, tak perlu guna alasan tunggu ada BMW baru nak ligat buat sales.
(3) Kalau baru tahu 1 atau 2 produk, mulakan sales dgn produk yg anda dah tahu dulu, jangan nak mengada2 nak belajar semua dah pandai baru nak bergerak.
(4) Jika tengah hujan, gunakanlah payung atau kertas s/khabar, tak perlu tunggu hujan dah teduh betul baru nak gi jumpa orang.
(5) Jika takde kerusi meja kat rumah habis rosak kat banjir ke, alaslah lantai dgn kertas s/khabar dan buat esubmission sambil bersila dahulu.
Untuk Berjaya,
BERGERAKlah sekarang DENGAN APA YANG ANDA ADA.
(dan anda kenalah gagal memberi alasan).
Credit : fb Mohd Shukur