Puncak Alam Terkini

Puncak Alam Terkini Sumber info, berita dan isu semasa sekitar Puncak Alam. Komuniti • Aktiviti • Hebahan • Fasa 1 & sekitarnya.

Berita Komuniti |PUNCAK ALAM, 1 Feb  —Lebih 300 penduduk membanjiri kawasan Fasa 1 Bandar Puncak Alam seawal jam 7.30 pa...
02/02/2026

Berita Komuniti |

PUNCAK ALAM, 1 Feb —
Lebih 300 penduduk membanjiri kawasan Fasa 1 Bandar Puncak Alam seawal jam 7.30 pagi bagi memeriahkan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun penubuhan kawasan tersebut hari ini.

Fasa 1 Puncak Alam yang mula dibuka pada Disember 1999 dahulunya dikelilingi ladang kelapa sawit dan hanya dihubungkan melalui jalan dari Sungai Buloh serta Meru, kini berkembang pesat sebagai antara penempatan utama di daerah Kuala Selangor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan, Y. Bhg. Tn. Hj. Mohd Faisal Ismail. Turut hadir Pengerusi 4PA Tn. Hj. Hanif, Timbalan Pengerusi 4PA En. Nasha, wakil MPKS En. Azhari serta pengerusi dari Fasa 2 dan Puncak Bestari.

Majlis penutup p**a disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Dato’ Harrison.

Dalam ucapannya, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Fasa 1 (JKPF1), En. Azhar bin Abdullah berkata sambutan Jubli Perak ini bukan sekadar meraikan tempoh 25 tahun, tetapi sebagai tanda penghargaan terhadap perjalanan dan pengorbanan penduduk sejak tahun 1999.
“Dahulu kawasan ini hanya dikelilingi ladang kelapa sawit dengan kemudahan yang amat terhad. Hari ini, Fasa 1 Puncak Alam telah berkembang menjadi komuniti yang harmoni, aktif dan saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa, sukarelawan serta seluruh penduduk yang berganding bahu menjayakan program berkenaan.

“Semangat kejiranan inilah kekuatan kita selama 25 tahun. Saya berharap perpaduan ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan generasi akan datang,” tambah beliau.

Pelbagai acara komuniti diadakan sepanjang program termasuk senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa, bola tampar, sepak takraw, bola jaring, sepak penalti, congkak serta tarik tali.

Sebanyak 24 hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada pengunjung, antaranya barangan elektrik, basikal serta pakej percutian tiga hari dua malam ke Cameron Highlands.

Program yang berakhir pada jam 1.20 tengah hari itu mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan penduduk setempat sepanjang 25 tahun pembangunan Fasa 1 Puncak Alam.

Berita Komuniti |Fasa 1 Puncak Alam Rai Jubli Perak 25 Tahun, Pelbagai Acara DisusunPuncak Alam, 20 January 2026 —Pendud...
20/01/2026

Berita Komuniti |

Fasa 1 Puncak Alam Rai Jubli Perak 25 Tahun, Pelbagai Acara Disusun

Puncak Alam, 20 January 2026 —
Penduduk Fasa 1 Puncak Alam bakal menyambut Sambutan Jubli Perak 25 Tahun menerusi satu program komuniti yang akan diadakan pada Ahad, 1 Februari 2026 bertempat di Dataran Mahkota Impian, Kawasan D, Fasa 1 Puncak Alam.

Program anjuran Jawatankuasa Penduduk Fasa 1 (JKPF1) ini membawa tema “25 Tahun – Ukhwah, Ceria & Sihat” dengan objektif mengeratkan hubungan kejiranan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

Menurut Pengerusi Sambutan, Encik Azhar bin Abdullah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Fasa 1 (JKPF1), sambutan Jubli Perak ini dirangka sebagai platform untuk menggalakkan penyertaan aktif penduduk melalui pelbagai aktiviti berbentuk sukan, rekreasi dan kekeluargaan.

Sambutan ini akan melibatkan pertandingan dan aktiviti secara berpasukan mengikut kawasan, iaitu:

- Pasukan A: Gabungan Kawasan A, B dan C
- Pasukan B: Gabungan Kawasan D dan E

Antara acara yang bakal dipertandingkan termasuk:
• Congkak
• Jaring Bola Jaring (Throw in Netball)
• Spike to Rope (Bola Tampar)
• Tendangan Penalti
• Takraw Bulatan (Timbang Bola)
• Tarik Tali
• Acara Mewarna Lukisan

Penduduk Fasa 1 dan kawasan sekitar dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini serta memberikan sokongan kepada pasukan kawasan masing-masing demi menyemarakkan semangat kejiranan.

📍 Fasa 1 Puncak Alam

Laporan: Puncak Alam Terkini

📸 Kredit foto: Ihsan Jawatankuasa Penduduk Fasa 1 Puncak Alam






Berita Komuniti |SURAU AR-RAHIMAH FASA 1 TERUSKAN TRADISI PROGRAM IFTAR MENGIKUT ZON SEMPENA RAMADHAN 2026Puncak Alam, 2...
20/01/2026

Berita Komuniti |

SURAU AR-RAHIMAH FASA 1 TERUSKAN TRADISI PROGRAM IFTAR MENGIKUT ZON SEMPENA RAMADHAN 2026

Puncak Alam, 2026 —
Surau Ar-Rahimah Fasa 1 akan meneruskan tradisi tahunan penganjuran program berbuka puasa (iftar) mengikut kawasan sempena Ramadhan 2026, selari dengan usaha mengimarahkan bulan mulia serta mengukuhkan hubungan kejiranan dalam kalangan penduduk.

Menurut Pengerusi Surau Ar-Rahimah Fasa 1, Tuan Haji Asri Bin Abdul Hamid, program iftar mengikut zon ini telah dilaksanakan setiap tahun dan terbukti berkesan dalam menggalakkan penglibatan komuniti secara menyeluruh.

“Pelaksanaan berbuka puasa secara bergilir mengikut kawasan A, B, C, D dan E bukan sahaja memudahkan pengurusan, malah dapat memupuk semangat kebersamaan serta kerjasama antara penduduk,” katanya.

Bagi Ramadhan 2026, program iftar ini kekal sebagai program utama surau, di samping beberapa pengisian ibadah teras lain yang turut dirancang bagi memberi manfaat kepada jemaah.

Antara program utama Ramadhan 2026 yang dicadangkan ialah: Program Iftar Ramadhan mengikut zon Fasa 1 (A, B, C, D dan E),Solat Sunat Terawih berjemaah 20 rakaat dan Solat Sunat Witir 3 rakaat,Tadarus al-Quran melibatkan Muslimin dan Muslimat,Qiyamullail dan Sahur pada 10 malam terakhir Ramadhan,Program Nuzul al-Quran dan Khatam al-Quran
dan Gotong-royong pembersihan surau sebagai persediaan Ramadhan dan Aidilfitri

Beliau berharap tradisi tahunan ini dapat diteruskan dengan sokongan padu penduduk Fasa 1 serta menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim dan meningkatkan penghayatan ibadah sepanjang Ramadhan.

📍 Surau Ar-Rahimah Fasa 1
Foto: Ihsan Surau Ar-Rahimah Fasa 1

Laporan: Puncak Alam Terkini






PUNCAK ALAM TERKINI DILANCARKAN SEBAGAI PLATFORM BERITA KOMUNITIPuncak Alam, 19 Januari 2026 —Satu platform maklumat set...
19/01/2026

PUNCAK ALAM TERKINI DILANCARKAN SEBAGAI PLATFORM BERITA KOMUNITI

Puncak Alam, 19 Januari 2026 —
Satu platform maklumat setempat baharu, Puncak Alam Terkini, kini dilancarkan bagi menyampaikan berita, info dan hebahan berkaitan komuniti sekitar Puncak Alam khususnya Fasa 1 dan kawasan sekitarnya.

Menurut pengurusan page, penubuhan Puncak Alam Terkini bertujuan menjadi medium perkongsian maklumat yang tepat, berhemah dan bermanfaat kepada penduduk setempat merangkumi isu semasa, aktiviti komuniti serta hebahan awam.

“Platform ini diwujudkan untuk membantu komuniti kekal peka terhadap perkembangan sekeliling serta menggalakkan perkongsian maklumat secara bertanggungjawab,” katanya.

Orang ramai turut dialu-alukan untuk berkongsi maklumat berkaitan aktiviti komuniti dan hebahan awam dengan mematuhi etika penyampaian maklumat.

📍 Puncak Alam Terkini
📲 Ikuti kami untuk berita & info setempat.


Puncak Alam Terkini





Dapatkan perlindungan Takaful RM 1 juta hanya dari Rm93Untuk info wasap:-www.wasap.my/60126956809/Hibah1juta
06/02/2024

Dapatkan perlindungan Takaful RM 1 juta hanya dari Rm93

Untuk info wasap:-

www.wasap.my/60126956809/Hibah1juta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya Nizam dari Aia Public Takaful, Ingin menawarkan Perlindungan Takaful Sebanyak RM1 Juta Daripada Hanya RM93 Sebulan. Saya lampirkan poster untuk tujuan rujukan dan boleh hubungi saya di www.wasap.my/60126956809/Hibah1juta

02/02/2024
30/01/2024
KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL-Utk Isteri Tampung Belanja Kehidupan-Income Replacement-Melunaskan Hutang Si Mati-Pengurusan P...
24/01/2024

KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL
-Utk Isteri Tampung Belanja Kehidupan
-Income Replacement
-Melunaskan Hutang Si Mati
-Pengurusan Pusaka
-Perbenlanjaan Sekolah Anak
-Badal Haji
-& b*k perkara lagi

Maka TAK SALAH untuk kita lindungi nyawa kita walaupun dengan pampasan yang serendah RM100,000. Kerana WANG tersebut dapat membantu ahli keluarga yang kita bakal tinggalkan.

Yang Patah Mungkin tidak lagi tumbuh,
Yang Hilang Mungkin tidak berganti,

www.wassap.my/60126956809/HibahTakaful
www.wassap.my/60126956809/HibahTakaful
www.wassap.my/60126956809/HibahTakaful

𝙃𝙄𝘽𝘼𝙃 𝙏𝘼𝙆𝘼𝙁𝙐𝙇 - 𝙎𝙚𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙪 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙏𝙄𝘼𝙉 @ 𝙃𝙄𝙇𝘼𝙉𝙂 𝙐𝙋𝘼𝙔𝘼 𝙆𝙀𝙆𝘼𝙇, 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙤𝙧 𝙏𝙖𝙠𝙖𝙛𝙪𝙡 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙢𝙡𝙖𝙝 𝙒𝘼𝙉𝙂 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚...
22/01/2024

𝙃𝙄𝘽𝘼𝙃 𝙏𝘼𝙆𝘼𝙁𝙐𝙇 - 𝙎𝙚𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙪 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙏𝙄𝘼𝙉 @ 𝙃𝙄𝙇𝘼𝙉𝙂 𝙐𝙋𝘼𝙔𝘼 𝙆𝙀𝙆𝘼𝙇, 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙤𝙧 𝙏𝙖𝙠𝙖𝙛𝙪𝙡 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙢𝙡𝙖𝙝 𝙒𝘼𝙉𝙂 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙡𝙪𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙞𝙣𝙨𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙣𝙖𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣.

Maka Insan tersebut boleh la menggunakan wang tersebut untuk

-Menyambung Kehidupan
-Membesarkan Anak-Anak
-Melunaskan Hutang Arwah
-Pengurusan Pusaka

HIBAH TAKAFUL bakal bantu waris menyelesaikan pelbagai perkara

K𝐄N𝐀P𝐀 𝐏E𝐑L𝐔 𝐒E𝐉U𝐓A?? A𝐧d𝐚i K𝐞l𝐮a𝐫g𝐚 𝐚n𝐝a p𝐞r𝐥u𝐤a𝐧 𝐑M𝟒,𝟎0𝟎 𝐒e𝐛u𝐥a𝐧 𝐮n𝐭u𝐤 𝐤e𝐡i𝐝u𝐩a𝐧, R𝐌1,0𝟎0,0𝟎0 b𝐨l𝐞h b𝐞r𝐭a𝐡a𝐧 𝐬e𝐡i𝐧g𝐠a 2𝟓0 B𝐔L𝐀N,

𝐈n𝐬y𝐚-𝐀l𝐥a𝐡 𝐚n𝐚k-a𝐧a𝐤 𝐝a𝐩a𝐭 𝐦e𝐥e𝐩a𝐬i f𝐚s𝐚 𝐝i𝐦a𝐧a m𝐞r𝐞k𝐚 𝐛o𝐥e𝐡 𝐁e𝐫d𝐢k𝐚r𝐢 𝐒e𝐧d𝐢r𝐢

Boleh hubungi Saya Untuk Ketahui Lanjut Tentang Hibah:
www.wassap.my/60126956809/HibahTakaful
www.wassap.my/60126956809/HibahTakaful

SEMINAR PENULISAN WASIAT (PERCUMA) Bertempat di RADIA, Bukit Jelutong, Shah Alam. Sabtu 10.30 Pagi6 January 2024FREE BUK...
20/12/2023

SEMINAR PENULISAN WASIAT (PERCUMA)

Bertempat di RADIA, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Sabtu 10.30 Pagi
6 January 2024

FREE BUKU WASIAT!!!

TEMPAH SLOT KEHADIRAN ANDA

www.wasap.my/60126956809/Seminar-Wasiat-Percuma
www.wasap.my/60126956809/Seminar-Wasiat-Percuma
www.wasap.my/60126956809/Seminar-Wasiat-Percuma

WASIAT Bermaksud Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Rukun Wasiat

1. Pewasiat
2. Penerima wasiat (benefisiari)
3. Harta yang diwasiat
4. Sighah (lafaz wasiat)

KADAR WASIAT adalah Satu pertiga dikira daripada harta bersih setelah dijelaskan kos urusan pengebumian dan hutang pewasiat. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.

Ketahui lanjut dengan hadir ke seminar pada tarikh diatas

Sesekali merasa duduk dengan orang2 hebat.. Alhamdulillah
07/12/2023

Sesekali merasa duduk dengan orang2 hebat.. Alhamdulillah

Address

No. 12 LMI 2/22A, Bandar Puncak Alam
Shah Alam
42300

Telephone

+60126956809

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puncak Alam Terkini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Puncak Alam Terkini:

Share