Perunding Takaful Anda

Perunding Takaful Anda Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perunding Takaful Anda, Insurance Company, TTDI Seksyen 13, Shah Alam.

Innalillahi Wa'Innailaihi Rojiun‎       .اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ .. الفاتحة                  Al-fatihah...
31/07/2022

Innalillahi Wa'Innailaihi Rojiun
‎ .اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ .. الفاتحة
Al-fatihah.

‎ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞
‎ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞
‎ إيَّاك نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ
‎ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
‎ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..
‎ آمِّيْ
Semoga roh nya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan yang beramal soleh.
Amiin. Amiin Ya Rabbal Alamiin

ADMIN
31 Julai 2022/ 2 Muharram 1444H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dukacita dimaklumkan Ybhg Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim telah p**ang ke rahmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur. Allahyarham dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23hb April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung. Beliau meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT khusus buat Allahyarham semoga Allah SWT memperkenan doa kita.

Ya Allah, Kau berilah pengampunan kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran.
Gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.

Aamiin aamiin ya rabbal aa la miin.

02/08/2020

Marilah kita belajar daripada negara-negara lain supaya kita dapat mencegah daripada dilanda gelombang tsunami Covid-19 yang lebih dahsyat lagi. Inilah kebimbangan saya dan saya menyeru Rakyat Malaysia untuk patuh kepada penjarakan fizikal selamat, kerap cuci tangan dan pakai pelitup muka. Kurangkan berada di tempat awam dan duduk di rumah lebih selamat.

Kita jaga kita,
kita jaga keluarga kita.
Kita jaga masyarakat dan
negara kita.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”. (Ar-Ra'd ayat 11)

29/07/2020
𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛, 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚!Saya tertarik dengan perkongsian Tuan Sufyan Bakir berkenaan suami y...
23/07/2020

𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛, 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚!
Saya tertarik dengan perkongsian Tuan Sufyan Bakir berkenaan suami yang hadiahkan sebuah rumah buat isteri. Tetapi disebabkan salah pengurusan, rupanya suami telah hadiahkan HUTANG!
Bagaimana boleh berlaku?
Sepasang suami isteri ingin tinggal di sebuah rumah idaman yang berharga RM1.2Mil. Disebabkan komitmen suami dah maksimum, maka financing 100% dibuat atas nama isteri. Komitmen bulanan, suami yang bayarkan ke Bank. Bertuahnya isteri kan? Dah ada rumah RM1.2Mil atas nama sendiri
Tapi… disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari
Suami meninggal
Komitmen bulanan terhadap rumah, isteri terpaksa tanggung sendiri. Apa pilihan yang isteri ada?

1. Jual aset arwah suami (cth kereta, tanah, emas), dapatkan bahagian faraid isteri dan sambung komitmen bulanan yang ditinggalkan arwah suami
2. Terpaksa menambahkan pendapatan untuk menyambung komitmen bulanan tersebut
3. Jual rumah tersebut, cari rumah yang lebih sesuai dari segi komitmen bulanan (samada beli baru atau sewa)
Sedihnya isteri, sudahlah kehilangan suami… Terpaksa membuat pilihan yang perit ini..

----------------------------------.
Masa ni, isteri akan sedar…
KALAULAH dia bersungguh suruh arwah suaminya ambil SIJIL TAKAFUL untuk perlindungan hutang ni, mungkin dia tak rasa bebanan ini
Jadi, jangan tunggu lagi. Dapatkan rundingan persediaan perlindungan tersebut dari saya SEKARANG
Jangan hadiahkan HUTANG, sebaliknya hadiahkan JUTAAN RINGGIT untuk bantu meringankan bebanan orang tersayang yang bakal kita tinggalkan!

Assalamualaikum n Good Day !“Sistem tolong menolong”Sistem takaful adalah satu sistem berteraskan prinsip syariah yang m...
21/07/2020

Assalamualaikum n Good Day !

“Sistem tolong menolong”

Sistem takaful adalah satu sistem berteraskan prinsip syariah yang menjamin 'ketelusan dan keadilan' demi memastikan semua pihak tidak merasa tertindas. Prinsip utama takaful ialah semua pihak dapat berasa manfaat dan tidak terasa sebarang keraguan atau tertipu.

Kontrak takaful berasaskan tabarru' (derma) dan taawun (tolong-menolong), di mana semua peserta yang memilih atau menyertai pelan takaful bersetuju untuk saling menolong, jamin menjamin antara mereka ketika ditimpa musibah

Maka ini jihad kami untuk memberi kesedaran kepada orang ramai

Samada mereka terima atau tidak itu adalah ketentuan dari Dia.. Hidayah itu milik Allah

Yang penting kami sudah amanah dalam menyampaikannya (tabligh)

Semua masyarakat khususnya umat Islam hendaklah mempunyai kesedaran tinggi untuk mengambil perlindungan takaful supaya diri dan keluarga sentiasa dilindungi jika ditimpa musibah atau kesusahan.

Your takaful advisor
Ridwan Zaini

www.wasap.my/60182209697/takaful




Rindu Mak😭Test pinjam RM10,000 sahaja."Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospita...
16/07/2020

Rindu Mak😭

Test pinjam RM10,000 sahaja.

"Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?"

Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia.

Aku pendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat "wayang" pasal nak pakai duit untuk hospital, ini respon yang isteri dia bagi:

1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam.
2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000.
3. Kesimp**annya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu.

Okay beralih kepada orang terpilih kedua.

Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.

Pendek cerita, respon bff:
1. Bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar.
2. Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah.

Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000.

Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong.

Siapa orang terakhir dia call ni?

Mak dia.

Respon mak dia:
1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena 'penyakit' tapi tak bebel banyak macam isteri dia.
2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000.
3. Mak mintak dia balik kampung, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.
4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia.

Selesai 'cabaran' kawan aku ni, meleleh air mata aku woih.

😭😭😭

Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir.

Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak.

Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu.

Kredit pada pemilik asal karya ini.

16/07/2020

Ramai yang tahu bahawa pelan penggantian pendapatan (Income Replacement) dan pelan perlindungan pend

15/07/2020

Haikal meninggal dunia meninggalkan Plan Astro Full Package kat isteri dan anak2nye. Setiap bln byr Rm100.

Rayyan p**a meninggalkan pampasan Takaful Rm250,000💰 kpd isteri dan anak2nye. Setiap bln byr Rm100 jgk.

Yang mana korang rasa lebih baik👆🏻❓❓❓

15/07/2020

Jumlah kes dunia pada hari ini hampir kepada 13.5 juta. Peningkatan jumlah kes harian ini yang melibatkan tiga negara utama iaitu Amerika Syarikat, Brazil dan India di antara 30 ribu kes hingga 66 ribu kes terutamanya jumlah kes harian Brazil meningkat 2 kali ganda berbanding semalam.

Kadar kesembuhan dunia sudah menghampiri 57% dengan 54 buah negara mempunyai kadar kesembuhan melebihi 90%.

15/07/2020

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali.

Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Tinggi kandungan lemak tepu ( lemak trans meningkatkan risiko kanser)
2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
3. Tinggi bahan pengawet
4. Boleh meningkatkan tahap kolestrol 'jahat' dalam badan
5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT.

Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan, anda boleh rujuk Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga info ini memberikan kebaikan kepada semua yang membacanya!



Address

TTDI Seksyen 13
Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Takaful Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share