25/06/2026
Ramai orang nampak "RM50 je" untuk satu cycle kimo.
Dan alhamdulillah, kita memang patut bersyukur kerana Malaysia mempunyai sistem kesihatan yang banyak membantu rakyat.
Tetapi bila bercakap tentang kanser, ada satu perkara yang ramai tak nampak. Bukan semua pesakit risau tentang bil hospital.
Tapi apa yg lebih merisaukan :
βBerapa bulan tak boleh bekerja?
β Berapa banyak cuti tanpa gaji diambil?
β Berapa kali ulang alik hospital?
β Suami/isteri kena ambil cuti jaga pesakit?
β Kos parking, tol, petrol?
β Makanan khas semasa rawatan?
β Susu tambahan jika perlu?
βLampin, kerusi roda, peralatan sokongan (sesetengah kes)?
βUbat sampingan yang mungkin perlu dibeli sendiri?
β Rawatan atau ujian yang tidak ditanggung?
β Pendapatan keluarga yang berkurang?
Kadang-kadang bukan kos rawatan yang "membunuh" tapi kehilangan pendapatan semasa rawatan itulah yang paling menyesakkan.
Bil api air, makanan, yuran sekolah semua tu tak berhenti bila kita sakit. Jadi kehidupan tetap perlu diteruskan walaupon ketika sedang bertarung untuk sembuh.
Sebab itu ramai yang mengambil perlindungan sakit kritikal. Bukan kerana mereka menjangkakan untuk sakit. Tetapi supaya apabila diuji, mereka mempunyai dana tunai untuk memberi ruang berehat, fokus kepada rawatan dan tidak terlalu terbeban memikirkan soal kewangan.
Kadang-kadang caruman yang kecil setiap bulan mampu memberi perbezaan yang besar apabila saat itu benar-benar tiba.
Semoga Allah terus memelihara sistem kesihatan negara kita, dan semoga kita semua diberi kesihatan yang baik serta persediaan yang mencukupi sebelum diuji.
DM untuk tahu plan Sakit Kritikal RM50 sebulan.