Redzuan Zainal Abidin- PruBSN Takaful Advisor

Redzuan Zainal Abidin- PruBSN Takaful Advisor Saya menyediakan khidmat nasihat untuk anda bagi polisi takaful yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan anda. Your Trusted Advisor

Polisi ini akan meringankan beban keluarga anda dikala ditimpa bencana. Perlindungan jangka pendek dan panjang untuk anda & keluarga.

"Man, aku bujang, anak isteri pon takdak. Tak ambik hibah takaful pon takpa kan"Takpa. Takdak masalah pon. Cuma hibah ni...
05/12/2021

"Man, aku bujang, anak isteri pon takdak. Tak ambik hibah takaful pon takpa kan"

Takpa. Takdak masalah pon. Cuma hibah ni hadiah. Walaupun kita ni bujang, takdak tanggungan, kita ada mak ayah.

Kalau umur kita panjang, mungkin sempat kita berbakti banyak kepada mak ayah.

Kalau umur kita pendek dan dipanggil dulu sebelum mak ayah, tak sempat nak berbakti panjang kepada mak ayah.

Dengan serendah rm100 sebulan, kita boleh hadiahkan mak ayah kita rm250, 000 jika kita "dipanggil" dulu. (Ada ja rm50 sebulan, benefit kurang sikit)

Mak ayah kita tak kelapaq pon duit tu. Tapi dengan duit tu mak ayah boleh sedekah kat anak anak yatim, bawak satu family pi umrah, tolong bayarkan yuran pengajian adik-adik kita, mungkin mak ayah ada hutang sikit sikit yang boleh selesaikan terus.

MasyaAllah syurga untuk kita permudahkan banyak urusan orang yang kita sayang dan memerlukan.

Takmau lagi ka?

Mai kita sembang.

Info: kelapaq ni bahasa Kedah. Bahasa Malaysia nya "tak teringin sangat" 😁

C&P
Credit to

Nak habis bulan baru ni cuba check perbelanjaan sepanjang bulan ni. Mana tahu ada lebihan yang patutnya boleh di "alloca...
05/12/2021

Nak habis bulan baru ni cuba check perbelanjaan sepanjang bulan ni.

Mana tahu ada lebihan yang patutnya boleh di "allocate" utk polisi takaful diri sendiri, isteri dan anak terlepas ke tangan:

1. Rokok
2. Netflix
3. Unifi
4. Starbuck
5. McD

Apa kata masuk bulan baru kita ejas bagi priority dulu.

Bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri, untuk isteri, untuk anak. Senang cerita untuk orang yang kita sayang la.

Sayang anak anak kan?

😍😍


04/12/2021

Saya ambil medical card + hibah takaful untuk diri saya kerana hanya ada 1 sebab saja.

Saya TAK ADA DUIT yang banyak.

Saya fikir simple.

Esok kalau saya bangun, jatuh sakit, kena operate,

Mana saya nak cari duit yang banyak sekaligus. Saya TAK ADA DUIT yang banyak.

Takkan nak susahkan anak isteri, family dan kawan kawan.

Esok kalau saya tak bangun bangun dari tidur, macamana nasib anak isteri saya.

Dalam bank pon tak banyak saving, hutang pon ada. Saya TAK ADA DUIT yang banyak.

Takkan nak susahkan family,kawan kawan untuk tolong anak isteri saya?

Sebab tu saya ambil hibah takaful + medical card.

Supaya bila saya sakit dan meninggal dunia, saya tak susahkan anak isteri saya dari segi financially atas izin Allah swt.

Saya dah check ic saya. Ada tarikh lahir saja. Tarikh mati tak ada. So saya taktau bila Allah nak uji saya dan keluarga.

Jadi jom kita buat hibah dan medical card untuk orang yang kita sayang.

Kita ambil takaful sebab kita tak ada duit yang sangat banyak.

Kalau kita banyak sangat duit then it is a choice.

Priceless moment of mine... Tengok 2 Permata hati beta ni tido makes me smile, touch n thinking a lot... Dear arjuna kes...
26/07/2021

Priceless moment of mine... Tengok 2 Permata hati beta ni tido makes me smile, touch n thinking a lot... Dear arjuna kesayangan beta... Life is unusual now... But keep dream big,... Keep going... Keep doing good things... Most important.. keep spreading positive vibe...
For me.. anak2 yang suci murni ni yg always buat saya nak buat lebih baik dunia akhirat... In Sha Allah... Anak2 ANUGERAH terindah... jom raikan ANUGERAH ini sebaik mungkin😊😊

Menabung untuk masa depan mereka... Kalau bukan kita.. Siapa lagi? 🤔Ir. Red It's all about family www.wasap.my/601256523...
13/07/2021

Menabung untuk masa depan mereka... Kalau bukan kita.. Siapa lagi? 🤔

Ir. Red

It's all about family
www.wasap.my/60125652301/takaful pada harga promosi dan flexible untuk saya dan keluarga tercinta

*Diversify your Investment* 💰💰💰Akaun ASB dah penuh? 😎Let's diversify investment bersama RHB Unit Trust.Investment method...
09/07/2021

*Diversify your Investment* 💰💰💰

Akaun ASB dah penuh? 😎

Let's diversify investment bersama RHB Unit Trust.

Investment method:
1.💵Cash
2. EPF (akaun 1)💹

*Fund type :*
i) mid risk
ii) return : 14-16%

👨‍💻 Ir. Red
📱0125652301
Diversify your investment
www.wasap.my/60125652301/nakinvest

Kawan:Aku ni ada la dekat 5 tahun ambik hibah takaful. Sekali pun tak pernah claim. Rasa rugi je duk bayar selama ni. Ka...
05/07/2021

Kawan:
Aku ni ada la dekat 5 tahun ambik hibah takaful. Sekali pun tak pernah claim. Rasa rugi je duk bayar selama ni. Kalau dulu tak ambil pun takpe. Ini semua ejen tu la asyik duk suruh aku ambik dulu. Baik aku berhenti je....

Abg:
Aku percaya kau ni salah faham pasal Hibah Takaful ni. Rasa rasa kau Takaful ni apa ?

Kawan:
Ye lah, aku beli hibah takaful sebab kalau apa apa jadi, aku nak claim. Kalau tak claim, rugi la aku bayar, tak dapat apa apa !

Abg:
Itulah masalahnya. Kau ingat beli Hibah Takaful ni macam beli duit pampasan. Selagi tak dapat duit pampasan, kau rasa rugi. Sedangkan takaful tu BUKAN AQAD JUAL DUIT PAMPASAN.

Mana ada orang jual duit RM1 juta dengan bayaran RM300 sebulan je?

Kawan:
Habis tu, kalau bukan beli duit pampasan, apa benda yang aku beli? Apa yang aku dapat dari Hibah Takaful ni ?

Abg:
Kau bayar RM300 sebulan untuk coverage hayat 1 juta tu, apa yang kau dapat adalah JAMINAN BERTULIS dalam bentuk polisi Takaful.

Sekarang ni cuba kau fikir balik, dengan caruman RM300 sebulan tu, SIAPA yang boleh beri jaminan bertulis, nak kasi family kau 1 juta kalau kau dah takde?

Adik beradik kau boleh sign agreement sekarang?
Majikan kau berani?
Kekawan kau ada yang sudi?
Badan kebajikan, badan NGO ada yang sanggup?

Takde kan?

Sedar tak, takde pihak yang akan ganti income kau yang hilang bila kau dah takde dan kasi 1 juta kat family kau, selain syarikat Takaful tu?

Kawan:
Jadi, apa maksud kau ?

Abg:
Maksud aku, apa yang kau bayar tu, kau dah pun dapat benda yang mereka niagakan, iaitu

JAMINAN BERTULIS nak TANGGUNG KERUGIAN kewangan dalam hidup kau tu. Hidup kau dan masa depan family kau LEBIH TENANG & LEBIH TERJAMIN sebab ada jaminan bertulis Takaful tu.

Dengan jaminan bertulis tu jugak, kau boleh support loan application di bank ganti MRTT. Dengan jaminan bertulis tu jugak, kau boleh claim pelepasan cukai pendapatan kat LHDN.

Dan kau cakap, kau tak dapat apa apa?🤔🤔

Ir. Red

It's all about family
www.wasap.my/60125652301/takaful

Tabarru’ membawa maksud menyumbang dengan rela atau menyediakan khidmat bakti secara ikhlas.Dalam konteks takaful, tabar...
05/07/2021

Tabarru’ membawa maksud menyumbang dengan rela atau menyediakan khidmat bakti secara ikhlas.

Dalam konteks takaful, tabarru’ merujuk kepada peserta mendermakan sebahagian atau keseluruhan wang sumbangan yang dibayar semasa menyertai pelan atau skim takaful dengan tujuan untuk digunakan bagi membantu rakan peserta yang dibebani kehilangan atau kerugian berikutan dilanda musibah tertentu.

Oleh kerana tabarru' dikategorikan sebagai kontrak satu pihak yang tidak memerlukan sebarang pertukaran atau timbal balas, aplikasi tabarru' di dalam takaful telah menghapuskan unsur-unsur gharar, riba dan maisir yang menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram.

Credit :

Ir. Red

It's all about family
www.wasap.my/60125652301/takaful

SALAH FAHAM SEORANG SUAMIKisahnya seorang suami ditawarkan plan hibah takaful, tetapi ditolak dengan alasan duit KWSP di...
05/07/2021

SALAH FAHAM SEORANG SUAMI

Kisahnya seorang suami ditawarkan plan hibah takaful, tetapi ditolak dengan alasan duit KWSP dia sudah lebih dari yang cukup. Isterinya tak perlu risau.

Tahukah tuan dan puan, walaupun penama KWSP adalah nama isteri kita, duit KWSP bukanlah milik mutlak isteri.

Penama KWSP hanya pentadbir saja. Penama wajib bahagikan duit itu mengikut faraid.

Penama KWSP tidak seperti penama hibah takaful. Penama hibah takaful adalah PEMILIK duit tu. Ada beza ya tuan/puan.

Ir. Red

It's all about family
www.wasap.my/60125652301/takaful

TAKAFUL :Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasa...
05/07/2021

TAKAFUL :
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’

Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkannya menjadi seorang peserta dalam pelan takaful tersebut dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Ir. Red

It's all about family
www.wasap.my/60125652301/takaful

Address

Shah Alam
Shah Alam
40150

Telephone

+60125652301

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Redzuan Zainal Abidin- PruBSN Takaful Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Redzuan Zainal Abidin- PruBSN Takaful Advisor:

Share