15/04/2026
Geng Kuantan, korang tau tak kenapa ramai kawan-kawan kita kena 'reject' bila apply financing? Bukan sebab nasib tak baik, tapi data yang bercakap.
Ikut statistik, hutang isi rumah Malaysia dah cecah RM1.65 trilion! Angka ni bukan main-main. Sebab tu sekarang, hampir 45% permohonan sangkut sebab rekod dokumentasi tak kemas atau DSR (Debt Service Ratio) dah 'merah' sangat.
Khusus buat geng penjawat awam kat HTAA atau MBK, kena sentiasa alert dengan 'Golden Rule' 40%. Gaji bersih (net pay) kita kena maintain atas 40% baru profile borrowing nampak sihat dan 'safe'. Kalau dah bawah tu, sistem automatik nampak kita tengah sesak.
Untuk geng Gebeng atau Semambu p**a, slip gaji dan penyata akaun tu 'nyawa' profile korang. Biar gaji tak sebesar bos, tapi kalau urus cantik, profile tetap nampak outstanding.
Jaga profile kewangan ni macam kita jaga kesihatan sendiri. Bila profile sihat, hati pun tenang bila ada keperluan mendesak nanti. Kita nak komuniti Kuantan semua bijak urus data diri masing-masing.